Khamis, 30 Oktober 2008

BULAN NOVEMBER, BULAN RUSH UNTUK GURU2

Sebelum aku aply program KPLI pada tahun 2006 yang lalu aku cuma menganggap kerja guru adalah semudah kerja dalam goverment servent. Pada Tahun lepas walaupun pada akhir tahun aku masih tak dapat lagi merasakan bebanan kerja guru bukan sekadar dari jam 7.30 hingga 2.00 sahaja. Pasalnya tahun lepas aku ,masih lagi jadi guru pelatih. Tahun lepas masa aku tengok rakan2 agak sibuk pada akhir tahun terutama bulan November.Tapi ini tahun baru aku rasa betul2 sibuk. Korang nak tau apa rangkuman kerja guru di SKTAR sekitar bulan tersebut?!..

1) Guru Kelas akan menutup rekod kedatangan murid sepanjang tahun tersebut. banyak kj
2) Guru yang pegang jawatan akan mula dipanggil oleh PPD dan JPN untuk berkursus.
3) Guru data akan mula menyiapkan data untuk rujukan tahun depan.
4) Karnival sekolah2 asli peringkat kebangsasan dijalankan di Kelantan.Aku pi.

Sebenarnya banyak lagi bebanan guru yang belum aku tulis dan mungkin takkan tertulis sebabnya Maha banyak kerja guru ni. So kepada adik2 yang nak aply jadi guru sama ada di IPT atau institut perguruan siapkanlah diri anda untuk menempuh dunia pendidikan yang sebenarnya. Jangan anggap anda major subjek tu di IPT atau institut perguruan maka itulah yang anda akan ajar di sekolah kelak.. ianya lebih dari anda jangkakan.

Selasa, 21 Oktober 2008

MINGGU YANG MELETIHKAN.

Hmm... apa yang perlu saya taipkan dulu untuk kali ni setelah beberapa minggu tak log in. untuk pembaca yang dihormati sepanjang tarikh 13/10/2008 hingga 19/10/2008 adalah hari yang begitu memenatkan buat penulis. apakan tidak. Penulis terpaksa menyiapkan seberapa tugasan dan bergegas ke sana kemari. Berikut adalah catatan perjalanan saya :
13/10/08 : Mula menyiapkan kertas soalan B.Arab Tahun 1 &2 exam akhir tahun
14/10/08 : My Birthday ke 26. Allah berkati hidupku. Pi Kursus data di Sk. Kuala Kubu Bharu dari jam 2-5 petang.
15/10/08 : Seminar Pend. Jasmani di Sk. Lembah Beringin. Penat woo..
16/10/08 : Penggambaran EDUWEB di SKTAR sepanjang persekolahan
17/10/08 : Siapkan data markah jqaf. Still tak siap lagi.ngantuknya..
18/10/08 : Kem Literasi Al-Quran di Sk. Antara Gapi dari jam 8-3 petang
19/10/08 : kemas rumah..letih rupanya jadi surirumah ye..he3.
Sepanjang minggu depan pulak aku kena siapkan data markah jqaf yang ustaz Sudin PPD sebelum 5hb Nov. ni. Oh Ye.. Semalam aku dapat surat dari IPIS bagitau reherseal dan konvo di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada 18 dan 19 Nov. 2008 nanti. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Amin.

Isnin, 6 Oktober 2008

AKTIVITI AIDILFITRI DAN KEMBALI KE KKB

Alahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar.... segala puji bagi Allah. Aku selamat sampai ke kampung pada tarikh 27hb 9 2008 jam 3.15 petang..siap je baju raya aku terus gerak balik ke sungai besar.Seronoknya sampai kat kampung untuk merayakan aidilfitri bersama keluarga sanak saudara dan rakan taulan yang lama terpisah. Dua hari sebelum syawal menggamit aku sibuk menyiapkan kelengkapan beraya seperti beli songkok, kuih raya, jeruk, ais dan oren botol. Tahun ni hampir kesemua adik beradik aku beraya di kampung kecuali kakak aku yang beraya di kampung suaminya di Pasir Mas Kelantan. Raya ketiga baru balik ke sini.
Berikut beberapa aktiviti aku sepanjang Syawal di kampung:
29/9/08 : Kacau dodol tengah malam dgn abg ipar. Jumpa kawan2 pukul 3 pagi nak rasa dodol.
30/9/08 (Petang dan Malam raya) : Buat ketupat palas dan basuh bekas kuih raya.syahdu je rasa malam raya ni.main pingpong bersama sepupu dan paksu sampai pukul 2 pagi.
1/9/09 : Berhari raya bersama sanak saudara terdekat.Khas untuk Family dan kerabat sahaja.
2/9/08: pi beli buah dan ais untuk baraan kampung. kawan datang beraya. Kena demam.hu3
3/9/08 : Beraya bersama keluarga ke rumah sedara dan rumah bakal menantu mereka.he3
4/9/08: Rumah terbuka reunion Samtaj 1999.jumpa rakan2 lama. Beraya di hutan melintang rmh kwn. malam ni ada barbekue family day sanak sedara di rumah nenek. Meriah sakan noo..
5/9/08: Along dah balik klang. Aku bertolak ke KKB pukul 2.30 sampai 4.30.
Cepat betul kemeriahan aidilfitri tahun ni..semoga Allah panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan ku, ahli keluargaku, sanak saudaraku dan rakan taulanku agar kita dapat merayakan aidi;fitri lagi bersama-sama. Amin ya rabbal alamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...