Isnin, 27 April 2009

PENGARAH JPS MELAWAT SKTAR DAN KEM SOLAT SIRI 2

Selamat datang dan ucapan aluan tidak tehingga diucapkan pada yang berbahagian tuan pengarah pelajaran negeri Selangor, Tuan Dr. Haji Zahri bin Aziz kerana sudi meluangkan masa untuk melihat suasana sebenar Sek.Keb.Tun Abdul Razak dalam menjalankan P&P,kemenjadian murid dan komitmen guru dalam mendidik murid peribumi Asli terbabit.

Kerani sekolah iaitu puan Shima telah mendapat telefon dari tuan pegawai pelajaran daerah Hulu Selangor mengenai lawatan mengejut yang akan dilaukkan oleh tuan pengarah untuk melawat kesekolah kami..Memang lawatan sehari tersebut khusus ke sekolah kami sahaja. Ini berikutan sekolah kami tercalon untuk kategori sekolah asli cemerlang peringkat negeri Selangor 2009.

Tuan Pengarah tiba di pintu hadapan SKTAR pada jam 10.00 pagi.Lawatan selama 3 jam tersebut sungguh bermakna untuk murid menilai sejauh mana kemenjadian mereka dalam P&P. Penulis diberi tanggungjawab yang besar untuk mengiring tuan pengarah Pelajaran Negeri Selangor,tuan pegawai pelajaran H.Selangor, Guru Besar dan GPK2..tugas penulis adalah sebagai jurufoto. Kesemua kelas telah dilihat oleh beliau dan keseluruhannya adalah memuaskan dari aspek kecerian,tetapi beliau menekankan pada kemenjadian murid itu sendiri..

Lawatan Pengarah tamat jam 1.00 tengahari selepas beliau mengadakan mensyuarat bersama semua guru2 SKTAR. Kami mengucapakan jutaan terima kasih atas idea dan nasihat dari tuan. Oh Ya, pada hari Sabtu yang lepas (25 April 2009) satu Kem Bestari Solat Siri Ke2 telah dijalankan di Asrama SKTAR. Kesemua guru telah sudi bekerjasama menjadi fasilitator pada murid2 Islam bagi membimbing mereka ke jalan lebih diredhoi Allah terutama dalam menjalankan ibadah solat seharian.

Sehari sebelum itu, penulis agak sibuk menyiapakan kelengkapan untuk KBS yang akan dijalankan pada esoknya (Sabtu)..Mesin Potostet sekolah rosak,kenalah pi kedai luar untuk potostet dan penulis sendiri mencari hadiah untuk diberi pada peserta nanti. Ucapan terima kasih diucapakn pada puan Kiah pemilik kantin SKTAR kerana sudi menyumbang makanan dan minumamn sepanjang kem tersebut berlangusng.

HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS JASA BAIK SELURUH WARGA SKTAR YANG MENYUMBANG KERINGAT DAN MASA DALAM MENJAYAKAN KEM BESTARI SOLAT SIRI KE 2 2009.

SKTAR Boleh!!!

Rabu, 22 April 2009

ANTARA SUMPIT YANG MENUNGGU DAN PEMANTAU YANG TIDAK HADIR..



Salam buat semua pembaca..

agak2 dah hampir 2 minggu lebih jugak penulis tak menulis sesuatu yang baru atau fresh orang kata.ye x.. Oklah, pada semua pembaca , tak de sebarang kejutan atau benda seronok nak dikongsi bersama..cuma adalah satu atau dua perkara berlaku dalam tempoh dua minggu ini..

antaranya:
* PEMANTAUAN OLEH SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

-Dikhabarkan oleh beberapa sahabat dan kenalan yang berulang alik dari PPD Hulu Selangor, mengatakan satu pemantauan nazir agama akan dijalankan di sekolah-sekolah terpilih seluruh Hulu Selangor pada 20 April ini (Isnin). Macam biasa lah, sekolah asli memang sering menjadi tumpuan PPD dan nazir ketika melakukan pemantauan.

-Disebabkan tu, penulis telah mula bekerja keras untuk menyediakan satu P&P yang orang kata memang power lah..kononnya (",) ha3!!! Maka buat julung-julung kalinya jugaklah penulis tidak pulang ke kampung pada cuti sabtu dan ahad lepas ( 18 & 19 April 2009).

-Menurut buku rekod mengajar yang penulis tulis, hari isnin penulis akan mengajar pemulihan jawi tahun 1 dan khatam qur'an tahun 3. Maka berbondong-bondonglah idea-idea bernas dalam kotak fikiran penulis.cewah! Beli manilakad, sewa sumpit, beli belon, potostet kertas, carik BBM yang memang tersedia..pendek kata complete lah. puji diri sendiri lagi..adoiii

-Maka hari yang ditunggu-tunggu pun tibalah, Ustaz Bakhtiar GPI SKTAR,dilantik oleh PPD selaku driver pada pegawai pemantau telah diminta untuk berkumpul di PPD bagi membawa pemantau dari seluruh daerah sekitar Selangor. Dan dia mesej : SEKOLAH KITA TAK KENA PANTAU..arghhh geram betul..

memang dunia akhir zaman la kut. orang lain takut kena pantau P&P tapi aku sebaliknya, mungkin kerana aku dah bersedia dari P&P haritu, takpelah..at least failing2 dan buku catatan murid telah terupdate, fail-fail dikemaskini dan buku latihan murid dah siap disemak..tapi:

MENYESAL I SEWA SUMPIT DARI JIRAN TOK BATIN..HU3 RM 20 PULAK TU SEHARI... rasa nak sumpit je makhluk yang berkenaaan tu..kihkihkihkih

Ahad, 5 April 2009

BANJIR MELANDA SG.PANJANG-TJG MALIM !


Salam buat semua pembaca blog yang saya hargai,

Hari khamis lepas bersamaan 2 April 2009, penulis mendapat mesej dari seorang kenalan di kampung menyatakan jalan sungai panjang - tanjung Malim ditutup untuk semua kenderaan ringan berikutan banjir yang naik antara paras 0.5 meter hingga 1.3 meter. Berbahaya untuk kenderaan kecil. Area situ memang kawasan banjir berikutan aliran sungai yang sempit dan kawasan aliran tadahan hujan berdekatan hutan dikanan jalannya.

Penulis seperti kelazimannya setiap petang jumaat jika tiada sebarang aktiviti di KKB @ sekolah maka bergeraklah penulis menuju ke kampung menaiki MYVi kesayangan penulis. Penulis dah mula berfikir nak balik kampung ikut mana atau jalan alternatif lain.. Kalau redah jugak banjir tu mau jahanam kereta baru tu.he3.. Teringat dulu masa balik kpg naik motor,.Cuma bayar rm5 untuk motor diangkat atas lori besar meredah banjir tersebut..kenangan silam..

Setelah bertanya pada rakan2 guru di sekolah penulis yang biasa pulang ke Sabak Bernam, mereka mencadangkan agar penulis mengikut jalan Bukit Tagar -Tanjung Karang. Perjalanan ikut jalan tersebut terpaksa ditambah sebanyak 50 kilometer menjadikan perjalanan sejauh 155 Kilometer, berbeza jika ikut jalan biasa penulis di sungai panjang cuma 105 Km sahaja. Tepat jam 3 petang, penulis pun bertolak ...

Penulis masuk ke Tol Tanjung Malim dan mengikuti Tol Bukit Tagar, Takde lorong Smart Tag di situ, penulis membayar RM2.90 untuk perjalanan sejauh kira2 30 Kilometer merentasi highway tersebut. Suasana Jalan di Bukit Tagar agak sunyi dan tak jauh beza dengan jalan biasa penulis lalui di sungai Panjang..malah kerja2 penurapan batu masih dijalankan di sana. Setelah itu penulis bergerak pula ke Tanjung Karang dan perjalanan tersebut biasa penulis lalui.. Melintas Kampung Parit Serong, maka penulis teringat pula pada Abang Zairi dan Wak Mahbot yang tinggal disitu.

Sepanjang perjalanan tersebut penulis dihiburkan dengan lagu nyanyian Allayharham Sudirman melalui CD yang penulis beli tak lama dahulu. Merisik Khabar, Pelangi Petang dan lain2 lagi.Penulis selamat sampai dikampung pada jam 5.20 petang.. Hmm.. Nampaknya kerja2 renovation rumah kedua orang tua penulis semakin hampir siap. Tapak Parking kereta sudah siap, cuma menaikkan tiangnya sahaja dalam seminggu dua ini..

Hari ini hari Ahad, 5 April 2009..petang ini penulis berkemungkinan akan melalui Bukit Tagar lagi..bimbang jika banjir di Sungai Panjang belum surut sepenuhnya. Malam ni penulis akan turun ke asrama sekolah untuk meninjau perkembangan semasa anak murid penulis di situ. Maka bermulalah satu hari lagi tugas mendidik anak peribumi malaysia ke arah kesejahteraan hidup yang lebih gemilang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...