Jumaat, 30 Mac 2012

Gotong -royong Kokurikulum Pertama 2012

Apa khabar semua..

Pada 21 Mac 2012 (Rabu) jam 2.45-4.45 petang telah berlangsung majlis gotong royong ad hock. Kesemua guru dan staf dibantu kesemua murid tahun 3,4,5, dan 6 bersedia mengerah tenaga dan keringat agar keceriaan sekolah kita ini makin cantik dan ceria.Tak silap last operasi mengecat adalah pada 2010.


Penulis dah beli siap2 kelengkapan untuk gotong royong pada pagi hari tersebut. Terima kasih pada S/u PIBG puan Asfa dan PK Koku , Pn.Hajjah Jashiah atas sumbangan wang untuk melancarkan lagi majlis gotong royong pada petang ini. Hampir kesemua guru dan staf turut serta. Tahniah pada anda semua.


Encik Syed PPM sedang mengocak cat minyak agar likat.

Wah..rajinnya.

Lihat senyuman adik Salman Aman ni. Kawan2 dan orang kampung panggil dia KORAK. Tak pernah putus memberi senyuman meskipun penulis banyak kali marah dia. hai..korak..korak!

Amboi..arahan ape yang diberi oleh Cikgu Noor Hafiza Raub tu. Begitu bersemangat!

Cat jangan tak cat ye.

Meskipun banyak murid yang bermandikan cat minyak sampai ade yang terkena baju dan seluar, namun mereka semua sangat bersemangat. Penulis hargai dan akan kenang jasa murid2 2012 dalam menjayakan program permuafakatan antara sesama warga SKTAR pada tahun ini. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih dan Tahniah.


Lain2 gambar sila KLIK DI SINI.

Mesyuarat Panitia Pertama 2012

Salam..

Pada 16 Mac 2012 jam 12.10-12.45 Tengahari... ehem2.. time ni cuti sekolah lagi ye..ha3. Berlangsung mesyuarat Panitia pendidikan Islam Pertama 2012 yang dihadiri oleh kesemua guru pendidikan Islam dan guru jqaf SKTAR. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustazah Asfarina dan minit dicatat oleh penulis.


Bilik guru masih gonjeng lagi kerana perubahan bilik lama ke bilik baru. Lebih dinamik kata demer..


Kak G..apasal ambik gambar dari belakang dan sudut sisi je ni..hi3

Tengah hangat berbincang apa yang terbaik untuk murid Islam SKTAR.
Kiri : Ust.Asfa,Ust Rogayah dan Us.Roslan


Antara agenda yang dibincangkan adalah :
  • Jadual Tasmik, KBS dan Pemulihan Jawi
  • Program permuafakatan khatan JAKIM,JAKOA dan SKTAR
  • Aktiviti bulan panitia
  • Kemaskini fail,sudut bacaan dan dekorasi bilik j-QAF
  • PBS P.Islam dan Bahasa Arab
  • Lain2 hal.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 kerana Penulis dan Ustaz Roslan perlu bergegas ke masjid berdekatan. Sebenarnya waktu dan perjumpaan mesyuarat ini tak dirancang. Kebetulan semua ahli GPI dan j-QAF hadir untuk mengemaskini barang masing2 di bilik guru. Berjumpa lagi di lain arena post.

TQ

Rabu, 14 Mac 2012

Cuti Penggal pertama 2012 dan sorotan APRIL 2009

Salam..



Yeay..cuti sekolah.. Mungkin itulah kata2 paling menyeronokkan bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah. Jangan tak tau yang guru2 juga menanti cuti sekolah. hi3. Tapi ape perancangan dan hala tuju para warga pendidik dan murid2 di waktu cuti ni? Bermula dari 10 Mac hingga 18 Mac 2012 kesemua sekolah kerajaan akan bercuti penggal pertama persekolahan. Menandakan sudah suku tahun perjalanan sekolah berlangsung.


Kamil dan Nyza


Penulis pada bulan ini tak kemana pun . Banyak membantu keluarga dalam menyiapkan majlis perkahwinan adik penulis dengan pilihan hatinya pada 12 Mac 2012 yang lalu ( sebelah pengantin perempuan ) di Kampung Parit 5 Gambut Sungai Besar. Selepas itu penulis nak berkira2 untuk pulang ke SKTAR bagi menyiapkan kembali tugasan pemantauan oleh PPD yang dijangka selasa ini ( 20 Mac 2012) .


Macam2 yang nak dibat,,nak buat ni,,hai entahlah.. pening2 mak ning ( eh..macam promo Sinar FM plak ye) Entah kenapa,tiba2 ingatan penulis menyorot kembali pada catatan penulis yang terdahulu pada April 2009 yang lalu. Jika sape yang berminat nak tahu boleh klik KAT SINI

Zon Kelayakan Olahraga Mac 2012


Assalamualaikum..


Penulis sempat bersidai bersama Cikgu Ikmal dari SK A.Pecah


Pada 1 Mac 2012 ( Khamis) sekitar jam 8.30-11.30 pagi penulis berada di SMK Kalumpang bagi menghantar beberapa murid berpotensi sukan dalam kelayakan masa dan pencapaian bagi zon 1 (KKB) dan zon 2 ( Sg.Choh) . Penulis dan Cikgu Yusmawi sentiasa memastikan agar kebajikan murid SKTAR di sana sentiasa dipantau.


Kiri : Hazri, Amil, Halim,Salman, Lina, Noraslina, Safira dan Zaini


Pencapaian :

  1. Safira binti Burat : Tempat pertama 100 Meter ( Layak ke proton City)
  2. Noraslina bt. Sarip : Kedua 200 Meter
  3. Hazri : Ketiga lelaki Lontar peluru.

Penulis kembali berjumpa ramai kenalan lama seperti Rosmidi SK Hulu Bernam, Nazimi SK KKB 1 dan Syed SK KKB 2, Penulis sempat mengeteh bersama 2 rakan dari SK Lembah Beringin. Sham dan rizal. Pertandingan berakhir sekitar am 12 Tengahari. Penulis dan Cikgu Yusmawi telah menghantar murid ke Kampung Tun Razak KKB sekitar jam 12.30 Tengahari itu.



Sekian, S/U Kokurikulum 2012 melaporkan . :-)

Selamat maju jaya Encik Zulhisham bin Nasir

Salam

Pada tanggal tarikh lompat ( 4 tahun sekali) 29 Februari 2012 jam 11.00-1.05 Tengahari bertempat di SKTAR, satu majlis perpisahan Encik Zulhisham binNasir selaku GB SKTAR yang akan berpindah pada 1 Mac 2012 ( esok) ke SK Antara Gapi. Justeru itu satu majlis yang dirangka bersama kelab guru dan penglibatan warga sktar berjaya mengadakan majlis tersebut dengan lancar. Alhamdulillah.

Gambar kenangan 2012

Murid2 SKTAR melaungkan kata2 semangat.. CEMERLANG X 3

Ucapan wakil murid adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anuar yang juga anak angkat penulis dalam program Mentoo Mentee UPSR 2012.


Harapan GB pada anak didik beliau sebelum melangkah pergi.

Guru Besar selamat menanam anak pokok jambu air di belakang dataran Kejat SKTAR.


Lain2 gambar boleh lihat di sini

Mesyuarat Asrama Kali Pertama 2012

Salam..

Pada 27 Februari 2012 ( Isnin) jam 2.35 petang bertempat di bilik bacaan asrama SKTAR, telah berlangsung mensyuarat pertama asrama 2012.Ini merupakan mesyuarat terakhir yang dikendalikan oleh Encik Zulhisham selaku GB SKTAR. Penulis pada tahun ni diberi tugas menjawat jawatan S/U Asrama menggantikan puan Julie Suriani binti Mokhtar yang berpindah.


Gb dan Puan Rosidah, HEM merangkap second bos di asrama. :)



Cik Ida PPM, Puan Hajjah Jashiah dan cikgu Yusmawi turut memainkan peranan tahun ini.

Puan Siti Khadijah, Ustazah Asfa dan Puan Rokiah. Kenapa cikgu Siti Khadijah macam penat je?


Oh ya..asrama pada minggu ini murid2nya terpaksa direhatkan kerana bekalan air asrama terpaksa di tutup kerana saluran paip asrama bawah tanah yang pecah akibat tanah runtuh 15/2/2012 yang lalu.

Penulis dan Encik Syed PPM

Antara agenda yang dibincangkan ialah :
  • Kebersihan
  • Keceriaan
  • Keselamatan
  • Kelas agama
  • akademik asrama
  • Unit Ko-asrama
  • kehadiran
  • mutu makanan
  • disiplin

Baiklah..sampai di sini sahaja dapat penulis update berkaitan mesyuarat tersebut. Mesyuarat selesai jam 4.45 petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...