Isnin, 29 Julai 2013

Ihya' Ramadhan : Kerepek Raya 2013



Salam Ramadhan diteruskan lagi minggu ini..

Panitia Pendidikan Islam sekali lagi menganjurkan Majlis gotong-royong membungkus semua kerepek yang dibeli secara pukal oleh Ustaz Aziz di kampungnya Sungai Besar. Program takwim itu berjalan sebentar tadi jam 11.00-12.15 tengahari ( 29 Julai 2013 ) bersamaan 20 Ramadhan 1434 hijriah. Sumbangan oleh perseorangan hamba Allah ini merupakan tradisi sejak 7 tahun lalu. Alhamdulillah







Terima kasih juga diucapkan pada Cikgu Jashiah yang menyumbangkan 5 bungkus kerepek besar " Kuih goyang rose ". Antara kerepek kampung yang dibungkus para guru ialah 1) Ubi masin 2) Sukun hiris 3) sukun bilah 4) ubi pedas. Pada tahun ini penyampaian sumbangan Aidilfitri akan diadakan pada hari Jumaat ini.InsyaAllah.


SKTAR & RAMADHAN DI HATI

Khamis, 25 Julai 2013

IFTAR JAMA'E ASRAMA 2013

Salam..

 

Pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434 hijriah berlangsung sebuah lagi ikatan ukhwah sesama islam di SKTAR.


Penulis dan Panitia pendidikan Islam telah merangka program sempena Ihya' Ramadhan 1434 hijriah, di mana salah satu program tersebut adalah Majlis Berbuka Puasa bersama murid-murid Asrama 2013. Untuk kali ini majlis adalah agak simple dan berupa perkongsian juadah @ pot Luck yang dibawa oleh guru-guru. Hidangan menu utama satay mendapat tajaan sumbangan dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor Unit Program Pendakwahan Muallaf sebanyak RM200.00 . terima kasih diucapkan.









Antara juadah yang disediakan ialah :satay,  nasi putih, gulai Ayam masak lemak, sayur campuk, telur dardar, ikan goreng masin, sambal belacan, tempoyak, kuih muih, ulam-ulaman dan air jus oren. Program itu dihadiri antaranya Ustazah Asfarina dan keluarga, penulis dan isteri, Cikgu Rokiah dan anak, Syed dan anak, Cikgu Jashiah, Cik Noor Ida dan Puan Rodiha Irhanim.





Selesai majlis iftar tersebut, majlis diteruskan dengan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah di surau SKTAR dipimpin oleh Ustaz Sharif. Terserlah kegembiraan di wajah murid-murid islam dan bukan islam dapat berbuka bersama warga kerja sekolah.


RAMADHAN DIHATI

Rabu, 24 Julai 2013

Ramadhan 2013 : Bubur lambuk Ala Terengganu.

Salam Ramadhan 1434 hijriah..

Seperti kebiasaan rutin bulan Ramadhan setiap tahun, Panitia Pendidikan Islam SKTAR telah menganjurkan gotong-royong memasak bubur lambuk. Pada tahun ini Guru besar telah mencadangkan menu bubur lambuk ala pantai timur disediakan. Berkat kerjasama semua  warga kerja sekolah, maka berjalan lancarlah program yang telah dirancang sebelum Ramadhan lagi.


 Bergambar kenang-kenangan

 Cikgu Nayan dengan apronnya.

 Bersedia untuk dihidangkan

 Ustazah Nor Hayati ( Tudung hitam) & Ustazah Asfarina ( Tudung kelabu) dibantu guru dan staf.

Murid Islam turut berasa gembira meraikan Ramadhan tahun ini di SKTAR


Penulis bersama bubur


Ketua Chef diketuai oleh Ketua panitia Pendidikan Islam iaitu ustazah Nor Hayati binti Nawawi. Kesemua ramuan dan bahan telah disediakan sehari sebelum program berlangsung. terima kasih idak terhingga pada Syarikat Pengawal keselamatan Isham Sdn bhd yang memberi sumbangan sempena Ihya' Ramadhan tahun ini.

Sebanyak 100 cup telah diserahkan pada semua murid Islam dan warga kerja SKTAR. Semoga pertalian ummah ini berkekalan ke akhirnya. Aamiin. 


SKTAR DIHATIKU

Jumaat, 12 Julai 2013

Solat Hajat, dhuha & Yassin 2013

Salam..

Hari ini 12 Julai 2013 (Jumaat) bersamaan 3 Ramadhan 1434 Hijriah telah berlangsung majlis bacaan surah yassin, solat dhuha dan solat sunat hajat bertempat di Surau Asrama SKTAR. Program kelolaan Panitia Pendidikan Islam ini berjalan lancar dibantu oleh semua guru-guru dan kakitangan staf. kehadiran hampir kesemua murid Islam dari tahun 1-6 juga mengisi saff-saff di surau tersebut.


 Diimamkan oleh Penulis

 Para jemaah

 Mineral untuk disumbangkan

 Murid islam mengimarahkan Ramadhan

 Bacaan Yassin 

Selain bacaan yassin dan solat sunat,  penyediaan air mineral oleh Panitia  untuk diberi pada murid-murid mengisi lagi slot majlis ibadah pada pagi ini. Program ini juga diberi kata ucaptama oleh Guru Besar encik Abdul Rahman bin Abdullah. Terima kasih pada semua yang menjayakan program ihya' Ramadhan SKTAR tahun ini.

SKTAR DIHATIKU.

Selasa, 9 Julai 2013

Menjelang Ramadhan 1434

Salam..

Ramadhan datang lagi, rindunya dengan kehadiran bulan mulia ini.. Semoga Allah permudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan dapat menyempurnakan bulan mulia ini dengan ketakwaan. Aamiin. Pada hari Isnin jam 8.00 malam bertempat di rumah Ustaz Zaki dan Akmal dari SK Ampang Pecah telah mengadakan majlis BBQ untuk kenalan rapat sahaja. 





Penulis yang cuma tinggal selang sebuah rumah dari rumah mereka telah dijemput untuk bersama meraikan Ramadhan 1434 hijriah yang bakal menjengah pada malam selasa esoknya ( 9 Julai 2013) . Antara hidangan yang disediakan ialah :
  • Ayam perapan : Suhaimi & isteri
  • Hotdog & kerang : Zaki dan Akmal
  • Bihun & Agar2 : Penulis dan isteri
  • kek pisang & Air  : ustaz Hadi dan isteri
Antara yang turut hadir ialah cikgu Rosli PK Koko SK Ampang Pecah dan  Ustaz Zahari Darul Qur'an .Begitu meriah majlis yang berlangsung sehingga jam 11.00 malam. Kami mengharapkan bulan mulia ini ditambah keberkatan. Aamiin..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan .. :)

Khamis, 4 Julai 2013

LADAP ke 2 Peringkat Daerah 2013

Salam..

Masih mengekalkan jawatan S/U LADAP kali keenam berturut-turut..huhuhu.. Takpe..Kerja seronok ganjaran Allah pun dapat. Aamiin. Pada hari Rabu 3 Julai 2013 bertempat di Pejabat Cawangan Lama PPD di Bangunan SK Kuala Kubu Bharu, penulis telah menghadiri mesyuarat LADAP kali kedua untuk tahun ini. Pada Bengkel kali ini melibatkan semua Jurulatih Utama Daerah seramai 5 orang.



Penyelaras LADAP Daerah, Puan Surial tidak dapat serta kerana pembentangan audit melibatkan JPS dan PPDHS berlangsung. Mesyuarat pada jam 8.00 pagi tu disertai hujan lebat sedari jam 6.00 pagi lagi. Namun ianya tidak menghalang kehadiran seramai 84 SU dari pelbagai sekolah di daerah Hulu Selangor ini.


Antara salah satu slot ialah pembentangan oleh Cikgu Maarof dari SK Lembah Beringin. Belaiu merupakan JU bagi pengisian Borang Kompetensi SPSK  01. Bengkel tersebut selesai pada jam 4.00 petang.

Selasa, 2 Julai 2013

TIPS KEWANGAN

Lamanya tak mencoret..agak sibuk sejak dah kahwin ni..nak menaip di blog ni pun dah agak kurang laju.. takpe..namun blog bilikjqaf ini perlu diselenggara setiap bulan. tradisi sejak dahulu. hihihi.. harini penulis nak kongsi sikit tentang tips kewangan dalam kehidupan kita. semoga ianya membantu.

10 Tips Pengurusan Kewangan

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...