Rabu, 8 Ogos 2012

Minggu Panitia dan Selamat Hari Raya warga SKTAR 2012

 Salam Ramadhan..

Alhamdulillah..SKTAR berjaya mengadakan beberapa program yang telah disusun oleh Panitia P.Islam dan Kelab Kaunseling serta dibantu oleh semua warga sekolah. Berikut disertakan beberapa program yang berlangsung sepanjang Ramadhan 1433 hijriah ini. Jom soroti.


 Rabu 8 Ogos 2012 - Bubur Lambuk

Sekitar jam 8.00-12.30 tengahari berlangsungnya majlis gotong royong memasak bubur lambuk yang diketuai oleh ketua chef Ustazah Asfarina serta dibantu oleh Timbalan Chef Puan Mazliawatun Mustafa. Kesemua barang dan senarai yang last2 minit buat hari selasa meskipun program ni nak jalankan besok.Tapi berkat kerjasama, maka Allah permudahkan.

Alhamdulillah majlis penyerahan bubur lambuk dapat diserahkan pada waktunya.Berkat memasak 3 kawah beras 10 kilo..up sikit tahun ni..hi3. Sumbangan oleh semua warga sekolah dapat menyajikan hampir 300 cup bubur lambuk made in SKTAR.



 Siapa kata kami tak boleh! 


  Rabu 8 Ogos 2012 - Iftar jama'e

Berlangsung pada hari yang sama juga cuma waktunya berbeza..sekitar jam 7.00 malam hampir kesemua warga sekolah turun untuk majlis berbuka puasa anjuran Panitia dan kerjasama asrama. Walaupun tahun ni tak dapat tajaan namun majlis tetap meriah dengan kehadiran jemputan. Menu kami pada malam ramadhan itu nasi beriani.

Bertempat di dewan makan asrama dan surau SKTAR, Azan maghrib dikumandangkan oleh adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anuar murid Tahun 6 dan juga murid angkat penulis. Solat maghrib turut diadakan secara berjemaah selepas minum ringan. 

 Meriahnya Ramadhan di Tun Razak


 Isnin 13 Ogos 2012 - Kerepek raya

 Pada jam 10.05 hingga 11.30 pagi bertempat di Kantin SKTAR selepas selesai murid moral makan di waktu rehat, Kesemua guru yang free dalam jadual waktu berkesempatan turun untuk membungkus kerepek raya yang dibawa khas oleh penulis dari Pekan Sungai Besar. Tapi tahun ni kerepek house di Parit 2 dah tak banyak dengan hasil bumi Sungai Besar berikutan produk berasakan pisang sangat mahal dan sedikit.. Ini kerana pokok pisang mengalami penyakit menyebabkan buahnya tak menjadi.



 Program ini turut dibantu oleh Murid Islam Tahun 6 yang selesai Gerak Gempur UPSR pada jam 10.00 pagi.


 Rabu 15 Ogos 2012 - Khatam al-Qur'an

 Hari ini merupakan hari terakhir dan penutup bulan Panitia Pendidikan Islam untuk Tahun ini. Jsteru itu Pihak kami telah merangka majlis khatam al-Qur'an yang menghimpunkan kesemua murid Islam dari tahun 1 hingga 6 dan kesemua warga sekolah yang muslim untuk memperdengarkan majlis khatam al-Qur'an yang dipimpin oleh penulis dan dialunkan oleh adik Firdaus Mohd Nor dan adik Anas bin Ali Zufri.

Sebelum itu, majlis  bacaan Yassin turut diadakan . Majlis disempurnakan oleh Yang berbahagia Encik Abdul Rahman bin Abdullah guru Besar SKTAR.

  

 
Bunga Telur yang diletakkan atas pahar menaikkan lagi seri majlis pada pagi tersebut.


 Rabu 15 Ogos 2012 - Sumbangan Aidilfitri

Pada jam 11.30 pagi bertempat di Dataran SKTAR, Majlis bermaaf-maafan diadakan sesama semua warga sktar termasuk murid dan staf bukan Islam. Majlis tersebut diseriakn lagi dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri dari orang perseorangan,sumbangan guru staf dan lain-lain. Antara sumbangan yang dihulurkan pada semua murid Islam seperti duit raya, kerepek, bunga manggar, baju dan beras.


Majlis tersebut berakhir dengan bersalaman dan kesemua murid pulang pada jam 1.05 Tengahari.  



*************************

Penulis juga ingin mengucapakn ampun dan maaf sekiranya ada perbuatan dan perkataan yang menyinggung hati sesiapa. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 2012.  (^-^)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...