Pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434 hijriah berlangsung sebuah lagi ikatan ukhwah sesama islam di SKTAR.
Penulis
dan Panitia pendidikan Islam telah merangka program sempena Ihya'
Ramadhan 1434 hijriah, di mana salah satu program tersebut adalah Majlis
Berbuka Puasa bersama murid-murid Asrama 2013. Untuk kali ini majlis
adalah agak simple dan berupa perkongsian juadah @ pot Luck yang dibawa
oleh guru-guru. Hidangan menu utama satay mendapat tajaan sumbangan dari
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor Unit Program Pendakwahan
Muallaf sebanyak RM200.00 . terima kasih diucapkan.
Antara juadah yang disediakan ialah :satay, nasi putih, gulai Ayam masak lemak, sayur campuk, telur dardar, ikan goreng masin, sambal belacan, tempoyak, kuih muih, ulam-ulaman dan air jus oren. Program itu dihadiri antaranya Ustazah Asfarina dan keluarga, penulis dan isteri, Cikgu Rokiah dan anak, Syed dan anak, Cikgu Jashiah, Cik Noor Ida dan Puan Rodiha Irhanim.
Selesai majlis iftar tersebut,
majlis diteruskan dengan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah di
surau SKTAR dipimpin oleh Ustaz Sharif. Terserlah kegembiraan di wajah
murid-murid islam dan bukan islam dapat berbuka bersama warga kerja sekolah.
RAMADHAN DIHATI
0 ulasan:
Catat Ulasan