Off record from -QAF Post thread!!!
( PERINGATAN : TAK PERLU BACA JIKA ANDA TAK MINAT BOLA) ;-p
Salam.. Demam Euro melanda kembali..hihihi..
Penulis memang tak pernah lepas pertandingan bola sepak tersohor eropah sejak 2004 lagi. Masa tu juaranya Greece..penulis tengok dengan rakan2 serumah masa belajar di UKM , yang paling fanatik adalah daus klate..he3 .Time tu kami duduk rumah Sarjan Ramli di Kampung Teras Jernang ..Jirannya abang lan siam meniaga kedai makan Tomyam tepi jalan besar. Sambil tengok Euro kami pesan nasi goreng kerabu abang lan..Special deliver depan rumah..hahaha.Pasukan pilihan penulis masa ni Republik Checz. Separuh akhir tumpas pada Portugal selaku tuan rumah pada 1 Julai 2004 dengan 0-1. Final antara Greece dan portugal.Ramai tak sangka yang Greece mampu ke final dan juara edisi kali ini.Result pada 4 Julai 2004 juga Greece menang tipis 1-0. Setiap akhir nama pemain Greece mesti ada Is..is...is.. Kenangan tu! :)
Masuk 2008 penulis study di IPIS Bangi..masa tu penulis akan balik hari dari tidur di Hostel IPIS.Yelah..mase ni penuntut KDC boleh pilih sama ada nak menginap di hostel atau luar.. Kebetulan masa tu demam euro melanda lagi. Pilihan penginapan penulis dah tentulah di kuarters JKR Sungai Jelok Kajang .Masa ni pasukan pilihan penulis adalah Turki ..Game tuan rumah di Switzerland dan Austria. Dah deal dengan Lan dan kairi untuk kejutkan penulis awal pagi..dahlah esok pagi2nya kena hadiri kuliah di IPIS. kadang2 terbabas jugak. Turki kalah dengan German di Separuh akhir dengan keputusan 3-2. Juara pada Edisi 2008 adalah Spain vs Jerman pada 29 Jun 2008.Sepanyol menang 1-0.
Yearrkhhh.. Euro 2012 !!! Penulis memang dah hitung hari sejak awal tahun ni lagi. Tak sabar nak tengok pasukan pilihan penulis iaitu Belanda dan England mara ke Final. Cuma Edisi kali ni je penulis dapat betul2 enjoy dengan game euro walaupun jadual perlawanan sekitar jam 2.45 pagi..Sebelum ni penulis zaman study..kadang2 ada kuliah dan exam penting yang terpaksa lah game tersebut di skip..Namun kali ni dah nekad nak balas dendam tengok semua game terutama dah masuk pusingan suku akhir,separuh akhir dan final.
Namun..Belanda penulis terpaksa pulang awal selepas kalah 3 game dalam kumpulan maut bersama Jerman,Portugal dan Sweden.Walau dibarisi pemain handalan seperti Schneider,Van Persie dan Van Der Vart gagal menyainigi dalam berkumpulan. Pasukan kedua pilihan penulis adalah England.. Mara ke suku akhir meskipun kemenangan kontroversi menentang Ukraine 1-0. Jaringan ukraine yang dikeluarkan ohn Terry meranapkan impian tuan rumah.
Warung Nasi Lemak 1 Malysia yusri di KKB sering menjadi saksi penulis dan rakan bersidai di awal jam 2.30 pagi. Masa game England jumpa Itali masa Quarter Final penulis tengok sorang2 je..janji layan!
Sekali lagi pilihan penulis gagal mara ke Separuh akhir apabila England kalah penentuan Penalti dengan Itali apabila 2 Ashley "Cole dan Young" gagal menyempurnakan peluang. So penulis terpaksa akur dengan kekalahan tersebut..manakala fahmi PPM dan Lan INTAN Kemaman bukan main lagi gembira..yelah..sokong team Itali.Gerrard dan Rooney juga turut hampa meski jaringkan gol. Ketangkasan Buffon memang superb.
Itali jumpa Jerman pada separuh akhir. Kesudahnnya pasukan pilihan penulis iaitu Jerman juga tersingkir apabila 2 gol Belotelli meranapkan impian Jerman pimpinan Joaqim Loaw. Messut Ozil paling rajin dan dapat lah Jerman penalti minit 89 . kesudahan Itali menang 2-1. Itali akan jumpa Sepanyol yang menyingkirkan Portugal dengan keputusan penanti apabila Sepanyol dapat mara dengan keputusan 5-3. Kegagalan Bruno Alvez terkena palang benar2 meriakkan wajah kecewa di muka C.Ronaldo dan Nani meskipun mereka tersenyum tawar..hahahaha.
So.. Jangan lupa kita saksikan pada awal pagi Isnin ini pada tanggal 2 Julai 2012. InsyaAllah.Penulis akan tunggu depan tv walaupun terpaksa bergegas awal balik ke KKB petang Ahad nanti. Pasukan pilihan penulis? hmm..entahlah..malas nk pilih..takut kalah lagi..hahaha. member asyik jadikan modal je pasukan pilihan penulis yang kecundang satu persatu.. Fernando Torres..adakah akan all out dan diturunkan oleh Busquet?
Final
Main article: UEFA Euro 2012 Final
1 July 2012 21:45 UTC+3 |
Spain | Italy | Olympic Stadium, Kiev Referee: Pedro Proença (Portugal) |
|||
---|---|---|---|---|---|---|
Maaf..Enry kali ni agak membosankan jika anda bulan peminat bola..kih2.
UPDATE!!!
Pagi tadi bangun jam 2.30 pagi..so resultnya seperti berikut.
Main article: UEFA Euro 2012 Final
1 July 2012 21:45 UTC+3 |
|
---|
|
---|
|
0 ulasan:
Catat Ulasan