Alhamulillah..
kali ni penulis saja nak berkongsi tentang nikmat terbesar dalam pancaindera yang Allah kurniakan pada kita..jom soroti..
Asalmu
dari tanah, kembalimu dari tanah.. apa beza kita dengan penciptaan
kejadian binatang? lalu dilahirkan ke dunia, diajar mengenal Allah,
mengenal Al-Quran, diajar mengenal Rasulullah saw!
Tapi
kenapa sekarang kita berubah? kita lupa, leka dan lepas pandang akan
segala-galanya. Lihatlah anugerah mata ini, sering digunakan untuk
melihat benda yang haram, mengintai-ngintai, tercari-cari kesalahan
orang lain. Lalu berkompromi dengan mulut untuk menyebarkan aib.
Sedarkah?
Mata ini bukan hak kita tetapi ia hanyalah sebagai amanah dan pinjaman
dari Allah swt. Kufurlah nikmat jika mata kita ini diciptakan hanya
untuk dipejamkan dan dicelikkan untuk hal-hal tertentu sahaja sehingga
kita membiarkan diri selamanya dalam kejahilan. Setiap mata yang
tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka, belum bererti
ia melihat. Begitulah juga anugerah mata ini, melihat bulan menerangi
malam, sehingga lupa ilmu mendekati Allah sahaja yang dapat menerangi
hidup ini di dunia dan di akhirat. Allah yang menciptakan mata ini,
Allah sahaja yang tahu apa terbaik untuk hambanya, mengapa kita masih
degil, ingkar dan kufur? Terfikirkah kita secara tiba-tiba Allah swt
tarik nikmat mata ini, apakah kita kian dekat denganNYA atau kian jauh
dariNYA?
Ingatlah
kata-kata Imam Al-Ghazali : Di dunia ini yang paling dekat dengan kita
adalah mati, yang paling jauh dari diri kita adalah masa lalu, yang
paling besar di dunia ini adalah nafsu, yang paling berat adalah
memegang amanah, yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
solat dan yang paling tajam adalah lidah manusia.
-Lately ni penulis tak putus2 terfikir tentang nikmat mata..Pahala cash bila kita memikirkan ciptaanNya dan ia memudahkan kita untuk membaca al-Qur'an bahkan ia juga mampu memberi dosa cash bila melihat aurat yang tak berhak. so fikir-fikrkan bersama ;-)
0 ulasan:
Catat Ulasan