Ahad, 24 Jun 2012

Putrajaya, Petang yang mengingatkan aku pada ...

 Salam..

 Bergegas dari KKB seusai menunaikan solat jumaat dan membelah highway PLUS pada jam 4.00 petang..tujuannya ke Putrajaya.ade urusan di sana.

 
 Putrajaya sesak dengan kenderaan..berbeza 6 tahun yang lalu.

Petang itu jam 4.55 , harinya  Jumaat 22 Jun 2012 ..Lokasi tepat : Bandar Putrajaya. Ada sesuatu yang tertinggal di sini. Mengingatkan jatuh bangunnya aku dalam mehnah perjuangan sejak zaman universiti lagi.. Entah kenapa petang ni penulis mula beremosi..emosi mengenangkan pelbagai memori indah,suka,duka,gembira,sedih ,setiakawan, pengalaman dan pancaroba hidup... ('',) . Putrajaya bukan asing bagiku....

Sorotan fikiran bercambah mengingati sekitar :

 Kediaman Rasmi PM di Seri Perdana. 

-Mei  2002 : Putrajaya baru dirasmikan .Saat mendaftarkan diri di UKM Bangi penulis dan rakan2 dari Fakulti Pengajian Islam diberi peluang melihat rumah rasmi Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad. Penulis dan rakan2 dibawa ke pejabat penerangan Jabatan Perdana Menteri oleh Menteri di JPM Bridg (B) Zainal Abidin. Penulis bersalam dengan menteri ketika itu dan dikhabarkan masuk Metro pada esoknya..tapi sampai sekarang penulis tak pernah pun tengok.itupun bekas housemate bagitau..zulhazmi, kat mane la ko sekarang ni .


-Januari 2003: Masa ni penulis dah memiliki motosikal sendiri.biarpun second hand tapi bangga hasil kerja duit sendiri sebelum masuk U tu.. BDR 1503 Suzuki Best warna biru..hahaha. Petang tersebut penulis ambil kesempatan meronda dengan teman baik ketika di UKM iaitu Hudzairi Aziz. Menjelajah jalan2 di Putrajaya..alangkah bangganya jadi anak Malaysia. :) Saat itu Putrajaya bukan jalan asing bagi penulis.ade je masa senggang pasti ke sana lah penulis ambil angin lepaskan tension study..ha3.

Masjid putera : Waktu kerja di JPA selalu penulis bersalaman dengan Dr M, Paklah dan Najib. Pernah solat Jumaat selang seorang adalah Menteri Hishamudin Husin. Selalu pergi solat jumaat dengan abang zizi dan makan di kantin JPA lepas tu dengan dia. :)

-Mac 2004 : Teringat pada Pesta Citrawarna Malaysia 2004. Masa ni penulis dah duduk bujang tahun 3 di UKM. Kami masa tu duduk di Teras Jernang Bangi. Tak jauh pun dari Putrajaya. malam tu penulis ditemani rakan2 serumah iaitu Yusof ganu, Daus FST dan Sukre Klate serta teman rapat penulis iaitu Arwah Sobri. menggagahkan diri menunggang modenas Kriss II di malam itu. Lokasi pertunjukan di hadapan bangunan MOF Putrajaya. Indahnya malam waktu itu. :)

 
 Betul2 atas pangkin batu itulah penulis bersama 4 rakan belajar dulu di UKM pernah diabadikan.Ade masa nanti penulis akan scan dan masukkan di sini.InsyaAllah

-Masih 2004 : Masih bersama rakan serumah..Berempat sepakat untk berbuka puasa sunat Sya'aban di Souq Putrajaya bawah masjid Putra. Hi3..Padahal mase tu masing2 tengah study lagi..duit pun selalu on of..ha3. Menunya sampai sekarang penulis ingat lagi.. Nasi Arab Souq with Papadom. :)

-April 2005 : Tengah gigih menyiapkan Tesis kerana masa ni penulis dah pun tahun akhir di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam di UKM. Jangan terkejut ye ape tajuk penulis ambil " BIRO AGAMA ISLAM PEMUDA UMNO 2002-2005". Percaya tak bangunan JPM dan bangunan JAKIM penulis bersama 2 lagi rakan selalu turun naik bagi mencari bahan..mengingatkan pula pada Mohd  Jirran dan Azamam Yusof.  Sempat berjumpa SETPOL Menteri di JPM bagi Hal Ehwal Agama Islam. :)

 Bangunan Putra Jaya Holding (PJH)..Kat sinilah penulis kena bayar saman parking mase hantar surat kursus di depan bangunan MOF. Dapatlah diskaun sebab kena saman waktu kerja. Thanks En.Nawi yang bagi surat sokongan untuk dipanjangkan. 

 -Oktober 2005 : Dah tiba masanya untuk penulis cari kerja..Ye..Pada sekitar bulan tersebut dengan bantuan dari ahli keluarga,penulis telah dipanggil untuk menghadiri temuduga tertutup jawatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang berpengkalan di Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA) Putrajaya. Pegawai penemuda tu penulis dah lupa tapi Chief Clark ketika itu Mazlan. Ada nama yang serupa dengan CC itu yang takkan penulis lupa sampai sekarang..

Masa hari temuduga PKS, penulis berehat sorang2 di masjid  putera ni..mase tu ade solat jenazah bekas Isteri Perdana Menteri time tu, pak lah iaitu Datin Seri Indon.

Percaya tak mase temuduga berlangsung ade sorang lagi calon iaitu nama yang sama iaitu Mazlan..Mazlan ni lah yang akan penulis sebut bagi post thread yang panjang disini..hihi.Alhamdulillah penulis diterima bekerja dengan gaji hari sebanyak RM12.55 sejam. So sehari dapatlah dalam RM50.00 . Kalau hari cuti maka tak dapatlah gaji. :(

-November 2005 hingga Januari 2007 : Masa ni Putrajaya dah merupakan tempat periuk nasi penulis waktu itu. Yelah..dengan status pekerja kontrak sambung 6 bulan,6 bulan  di JPA mengingatkan penulis pada wajah-wajah yang takkan penulis lupa hingga kini..Apa khabar Rashdan,En Nawi, Fauzi, Wawa, Encik Mat Hasan, Abang Zizi, Darul Azuan,Hasli, abang joe dan ramai lagi.. Waktu inilah penulis banyak menemani kursus di luar JPA sepreti di Kuala Terengganu dan Melaka. Majoriti nama penulis sebut diatas masih lagi di JPA Best betul time pagi2 Sabtu selalu beronline game Winning Elven 7 dengan Rashdan Perancis dan Abang Din Brazil. 

Ni kat dataran Perdana sebelum souq.. kat sini lah penulis dan lan serta ditemani nazib,farid dan keiri meraikan kejayaan penulis dapat KPLI j-QAF pada malam Disember 2006. Mase tu sepakat semua pakai baju hitam..hi3..sekarang hampir semua dah berumahtangga.

-Mac 2007-Mei 2008 : Masa ni penulis dah ditawarkan kursus KPLI j-QAF di Insitut Perguruan Islam Bangi (IPIS)..pun masih tak jauh dari Putrajaya. Selalu ketika musim bercuti sekitar tahun tersebut kami perlu melapor diri untuk berkursus. malam-malam di bilik Hostel IPIS kami berempat makan malam di Food Court Abu Bakar Baginda..Betul2 sebelah pintu Gate belakang Putrajaya. Gate ni lah yang penulis lalu waktu kerja sekitar tahun 2005-Jan 2007 dulu. Mazuan,Faizal dan Ustaz Khairi.. Teringat waktu kereta Kelisa Faizal terlanggar lubang besar di tepi gate trafik light di situ.

- Disember  2005- Mei 2008 : Percaya tak, Mazlan nilah yang menjadi rakan serumah penulis ketika tinggal di kuarters Perumahan JKR Sungai Jelok Kajang..kira-kira 15 minit dari Putrajaya. Masa ni pelbagai kenangan manis antara penulis dan lan kami lalui bersama. Pernah susah senang bersama..pernah sama-sama makan sebungkus nasi goreng ketika World Cup 2006. Pertemuan ketika temuduga tu ada hikmah yang besar..dan sampai sekarang Mazlan bin Mamat masih menjadi rakan baik penulis hingga kini. :). Sekarang Lan menjadi pegawai di INTAN kemaman Terengganu.


Lan..ingat lagi tak kita melepak dengan Keri dan kembar (Farid dan Nazib kat bawah Jambatan Seri Perdana berdepan PICC sekitar september 2006? 




Lamunan penulis tamat sekitar jam 5.40pm kerana ingin ke  Presint 9 Putrajaya. Penulis membelah jalan-jalan kenangan pada petang yang indah itu dengan seribu memori yang tak mungkin terpadam buat selama-lalamanya. Thaks buat insan-insan yang akan ku kenang . :-)

4 ulasan:

Thebantingboyz berkata...

Salam Bro.....memang byk kenangan...aku rasa mcm semalam je benda tu berlalu....kenangan yang tak dapat diambil kembali

Thebantingboyz berkata...

Salam Aziz....memang benar banyak kenangan kita bersama...rasanya baru semalam....Maaf...gambar nanti aku send

Tanpa Nama berkata...

Thanxs jis sbb ingt gua..tp lu jgn lupa brader joned..bnyk jasa die..haha!

efika.blog berkata...

thanks kawan2..kita semua belajar dari masa lalu. Terima kasih pengalaman :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...