Sabtu, 3 November 2012

Jemputan jamuan tahun 6 2012

 Salam..

Sedar tak sedar rupanya dah 6 tahun penulis di sekolah ni.. Masa tu penulis masih lagi Guru Dalam Latihan (GDL j-QAF) bawah maktab IPIS. tahun 2007..tarikhnya sekitar lewat Januari 2007..hmm..cabaran besar untuk mendidik anak peribumi Malaysia ini. Tahun 2007 murid tahun 1 masa tu ada sekitar 30 lebih murid..tapi untuk murid yang sama edisi 2012 di mana mereka menjejak ke tahun 6  seramai 26 murid masih bertahan meneruskan perjuangan ilmu. Tahniah. 

Dah besar rupanya anak2 murid Ustaz ni..semua dah jadi anak teruna dan dara. Tapi satu pesanan ustaz pada kalian, Belajarlah sehingga ke menara gading dan belalah nasib keluarga dan masyarakat kalian. Semoga kalian terus sukses di masa mendatang. Untuk murid2 tahun 6 Islam yang sentiasa ustaz ingati iaitu Firdaus, Zulkhairi, Norsuhaila, Safira, Amelia dan Fazlina ..manfaatkanlah ilmu yang dipelajari untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. 

 Hidangan yang pelbagai.. :)

 Penulis dan murid lelaki tahun 6 

 Penulis dan murid perempuan tahun 6

 Hidangan untuk guru-guru.

 Ucapan dari Ketua kelas Tahun 6, adik Lina binti Abai. 

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh GB . Bukan sahaja murid dapat tapi semua jemputan. Terima kasih Kak Ju. :)


Tahniah diucapkan pada Cikgu Jauharriah biti Ahmad yang juga merupakan Guru Kelas Tahun 6 2012. Majlis yang sangat meriah, tersusun, dan serba serbi terbaik bermula dari jemputan tarikh, hidangan,ucapan dan penutupan. Rasa seperti baru semalam melihat teletah mereka di tahun 1..

Masa...masa..masa... Terima kasih ya Allah

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...