Khamis, 22 November 2012

Melaka selepas 6 tahun tak ke mari.

Salam cuti sekolah..

Last pergi Melaka bawa rombongan sekolah tahun 2007. tapi pada 12-14 November 2012 Penulis dan family besar penulis setelah memilih Melaka sebagai percutian keluarga sempena cuti sekolah ini. Selesai mengambil keluarga kak ngah di Putra Perdana Puchong perjalanan kami diteruskan ke Melaka melalui PLUS. Alhamdulillah perjalanan dengan 2 kereta sampai ke Pengkalan Balak pada petang di angin laut Selat Melaka Pengkalan Balak. 

  
 Di sinilah kami bermalam.. Ismah Beach Resort. Best sebab ade swiming pool walaupun untuk kanak2. penulis pun numpang sekaki mandi dengan anak buah..hahaha. redah je.

 

Petang tu kami mandi laut..Pantainya memanjang dan banyak chalet dan hotel dipesisir pantai Pengkalan Balak ni.. Tapi penulis boleh cakap ...mmm..Port Dickson lagi terbaeek la. hi3

 Malam tu kami berjalan ke Bandar Hilir Melaka. Agak jauh juga dari sini. Tapi best menikmati pemandangan seluruh Kota Melaka waktu malam di Menara Taming Sari. Bayaran RM15 untuk 15 minit di aras 80 kaki .

Naim dah 8 bulan. Cantik kan seni bina bumbung orang Melaka.

Keesokan harinya penulis dan keluarga bertolak ke Bandar Cheng Melaka untuk berjumpa saudara mara di sini. Family Pakcik Sopi dan family Pak Ngah Nan. Sambutan ketibaan kami sangat terbaeek..ye lah..saudara jauh datang.  Lepas je sesi perjumpaan dari pagi ke awal petang tu kami pun bertolak semula ke Bandar Hilir.


di belakang replika Flar De Lar Mar.. Kapal perang Portugis yang menyerang Melaka 
 pada 1511.


Misi kali ni berjalan2. Parking di Mahkota Parade dan menapak ke senibina lama Belanda dan Inggeris di tengah Kota. Terkenang era kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan tersibuk di dunia suatu ketika. Jatuhnya Melaka tak beerti jatuhnya sebuah bangsa yang bermaruah.. Melayu takkan hilang di dunia bak kata Hang Tuah. 

Kami tiba di Puchong pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Sungai Besar pada jam 10 malam. Alhamdulillah kami selalamt tiba pada jam 12.30 pagi 14 November 2012.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...