Salam..
Waktu penulis sedang menaip untuk post kali ni hujan lebat sedang melanda kampung kelahiran penulis di Sungai Besar Selangor. Kepulangan hari minggu yang tak dijangka hanya kerana cuti Tahun Baru Cina pada 10-13 Februari 2013 yang lalu sepatutnya masa terisi dengan aktiviti cuti.. tambahan pula nak pulang dah separuh hari sabtu rencam berjalan ikut rencana matahari aturan Ilahi..Tapi penulis punya agenda lain sepanjang cuti umum di malaysia itu minggu lalu. Sibuk menguruskan hal silaturahim dan semoga lancar hendaknya.
Lewat tengahari tadi 16 Februari 2013 jam 2.30 petang barulah tergerak naluri untuk pulang sekali lagi jam 3.30 petang. Perjalanan lancar ditemani pepohon yang biasa melihat kelibat penulis membelah jalan sepanjang kenangan sejak 2007 lalu. Terleka melihat beberapa buah kereta berhenti di bahu jalan sekitar jalan lama Sungai Panjang- Belia apabila mereka mencuba nasib tatkala kail diumpan di pinggir anak sungai gambut hulu Bernam.
Tiada perkara khusus untuk dikongsi bersama pada post minggu ini, sekadar menjenguk blog yang sudi menjadi diari kehidupan sama ada suka,duka mahupun perasaan yang meleret tak henti memikirkan itu dan ini.
Jalan sepanjang kenangan itu tak pernah sunyi dari ingatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan