Sabtu, 23 Februari 2013

Merentas SMK Taman Bunga Raya 1

Salam..


Pada post kali ini penulis nak berkongsi kisah tentang kehadiran Mesyuarat Penyelaras TKRS dan KRS Hulu Selangor 2013. Ianya dipengerusikan oleh Puan Suhana dari PPDHS dan dibantu oleh 2 guru Turus dari SMK Taman Bunga Raya 1 dan TKRS oleh Ustaz Rosmadi untuk TKRS. Sebenarnya penulis cuma menggantikan Cikgu Nayan yang terlibat dengan Kejohanan Kriket Hulu Selangor di SMK Syed Mashor.

Berjumpa kembali rakan2 lain seperti Ustaz Rosmidi dari SK Hulu Bernam, Ustaz Zahari dari SK KKB, cikgu Abdul Salim SK Soeharto, Cikgu Maarof SK Lembah Beringin dan Cikgu Hisham dari SK Kalumpang. Mesyuarat berlangsung di Dewan al-Farabi di Based dataran sekolah berkenaan.

Hampir tak ingat jalan ke Taman Bunga Raya. last pergi mesyuarat data i-KEPS Kokurikulum pada 2011 lalu. Mujur ada juga teman se " time " yang agak lewat tiba..hahaha,.Mesyuarat sepatutnya jam 2.30 namun pukul 3.00 petang barulah start. 


Taklimat itu ditemani dengan cuaca hujan lebat di luar. Seusai tamat makluman pada jam 4.30 petang itu penulis bergerak balik melalui jalan  Rasa dan sempat solat Asar di Komuter Rasa sebelum mengeteh bersama rakan-rakan dari Ampang Pecah di Taman Milenium sedari jam 5.00-7.00 petang menikmati burger arnab.Eksotik kan..hehehe.

Selamat

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...