Sabtu, 8 Disember 2012

Fly to Langkawi 2012

Salam semua..

Dah masuk Disember dah ye..sedar tak sedar..rupanya dah hampir 2 minggu penulis tak mencoret sesuatu yang baru..bukan apa..sepanjang cuti ni banyak berjalan keluar dan nak try sesuatu pengalaman yang baru..exciting omputih kata..hihihi. Maka di kesempatan tengahari sabtu ni penulis baru ada kesempatan berblog..sapa rajin boleh baca sapa taknak baca pun takpe..hik3 

  Selamat tiba ke Langkawi Airport Kuah.

Oklah..pada 29 November hingga 1 Disember 2012 penulis berkesempatan mengunjungi bumi kelahiran lagenda Pulau Langkawi..Mahsuri.. Penulis akan coretkan secara diari :

Khamis  ( 29 / 11 / 2012 )

5.00 pagi : Bertolak ke KLIA bersama bro Jasrizal dan anaknya Hadif. Alhamdulillah berkesempatan solat subuh jam 6.45 sebelum pintu gate penerbangan tutup jam 6.50 pagi.

7.30-8.25 pagi : Berlepas dengan penerbangan Air Asia .Cuaca baik.


 
Abang Alias juru pandu kami sepanjang di Langkawi 

8.30-8.50 pagi : ketibaan kami disambut oeh juru pandu kami abang Alias yang keretanya kami sewa sepanjang tiga hari di sini.

9.00 pagi : Check in di The Andaman Langkawi. Antara top 3  hotel di Langkawi.

Check in

10.00-12.00 Tengahari : Lepas sarapan di hotel kami pergi mandi laut lepas andaman. Antara tempat terbaik pernah penulis pergi lepas Sabah. Laut ni Laut Lepas Andaman pasifik.Pantai yang bersih dan air yang jernih..

 Di Gunug Mat Chincang @ Cabel Car

12.30 Tengahari : Penulis dan rakan dijemput abang Alias di lobi hotel. Kami menikmati makan tengahari di Padang Mat Sirat. Menu utama ikan bakar. Makan kat sini murah. 4 orang makan tak sampai pun RM 50.patutah tempat ni ramai orang.
 Buat-buat berani je ni.

2.00-3.00 petang : menaiki Cable Car Gunung Mat Chincang. Sangat gayat..huhuhu.Pengalaman yang best bila dapat pegang ular sawa besar.hihihi

3.15-3.30 petang : Menuju ke jeti  Mangrove di Kilim Geo Park

3.30-5.30 petang : Pengalaman yang mengujakan bila mana dapat menikmati keindahan pemandangan sekitar Sungai Bakau di utara Langkawi .Tiket  untuk 2 jam RM350.00

 Kilim Geo Park Forest


Antara pengalaman seperti :
  • Melihat ular kapak yang banyak terdapat di pokok bakau
  • memberi kera liar makan di tepi sungai..
  • Melihat sekumpuan burung helang menyambar perut ayam yang dilepaskan pemandu bot (eagle feeding mangrove)
  • Menyelinap dasar Gua Buaya . Bukan semua dapat lalu ikut gua ni..bergantung pada paras air sungai.
  • Menerokai Gua kelawar. tiket murah je RM 5 tak silap. Kami tak dibenarkan guna kamera flash.
  • Menikmati pemandangan pulau2 di utara langkawi yang bersempadanan dengan Thailand.
  • Memberi ikan-ikan besar yang di bela dalam sangkar di Jeti. Saiz ikan yang memang series penulis tak pernah jumpa sebesar tu antaranya kerapu dan pari.

6.00 petang : mandi kolam di The Andaman.

9.00 malam : Hujan lebat. so tak pergi mana.tidur awal untuk recharge tenaga pengembaraan esok hari.


Jumaat  ( 30 / 11 / 2012 )


Hari kedua di Langkawi. So ade benda yang perlu dilunaskan.



8.00 pagi : Bersarapan di hotel. Menikmati Nasi Lemak Udang yang memang sedap. Udangnya fresh. Tak sedar 2 kali menambah.hihihi

9.00 pagi : Kami pergi ke Jeti Island Hoping. Tiket RM350.00. juga untuk 2 jam

Antara tempat menarik :
Tasik Dayang Bunting
  • Melihat gambaran dari laut sebuah pulau yang menyerupai wanita mengandung sedang tidur. Di sinilah Pulau Dayang Bunting. 
  • Mandi di kolam air tawar terbentuk dari gua kapur yang runtuh. Tasik air tawar dalam sebuah pulau yang dikelilingi air laut. SubhanaAllah. Kami orang pertama sampai di sini dan penulis merasmikan kolam tersebut pada hari ni.
  
Eagle feeding di Mangrove
  • Singgah memberi helang makan di pulau Singa Kecil. Eagle feeding. Tempat berbeza dari Mangrove semalam.
  • Singgah di Pulau Beras Basah.Cuma ambil gambar sahaja di sini tak jadi mandi kat pulau ni pantainya  panas..so kami teruskan ke pulau kedua terbesar di Langkawi selepas Pulau Dayang Bunting.
 
@ Pulau Singa Besar
  • Kami bermandi manda di Pulau Singa Besar. Pulau terbiar yang masih terbinanya infrastruktur cuma kini terbiar. pantai yang sangat cantik dan tenang. Takde orang pun kat pulau ni. Cuma kami satu bot je dalam 5 orang.
  • Jam 12.00 kami  tiba semula ke jeti untuk membersihkan diri.
12.00- 12.15 tengahari : Pergi ke Kilang pengeluaran Coklat kedua terbesar di Kuah. The Chocoa berhadapan Underwater Word. Tapi coklat kat sini mahal sikit. Pelancong Arab suka beli kat sini compare di Haji Ismail Group di Padang Mat Sirat.

12.30-1.00 tengahari : Kami menikmati hidangan tengahari di hadapan Under water world. Memang murah. Makan 5 orang tak sampai RM30.00. Memang makan murah kut kat Langkawi ni.Abang Alias niat nak belanja sebab ingatkan handphone dia hilang kat Tasik Dayang Bunting rupanya ade dalam teksi dia..hi2

1.00 tengahari : Abang Alias pergi solat jumaat dan kami jamak solat .


1.00-2.30 petang : Penulis menjelajahi seluruh Under water world. Hidupan akuatik dan darat banyak di sini. Lebih kurang macam zoo lautan la.

2.30-3.30 petang : kami singgah di Kedai Coklat terbesar di Langkawi. Kepunyaan syarikat Haji Ismail Group. Semua jenis cokat ada kat sini dan harganya takde la mahal. Penulis borong sakan di sini.

Kedai coklat terbesar di Langkawi . Haji Ismail Group
 
3.30 - 4.30 petang : Singgah di Jeti Point. Membeli pebagai jenis barang bebas cukai. Penulis beli sebuah beg kabin .Harga asal RM 550 tapi lepas bebas cukai dalam RM199 sahaja.

turut menyinggah melihat :
  • Perlawanan Sepak Raga Tuju Mahsuri di Dataran Lang
  • Bergambar di monumen Langkawi..Seekor burung Helang Merah besar menghadap Jeti point.
  
Aktiviti Parasailing di Pantai Chenang
5.00 petang : Pergi ke Pantai Cenang untuk menemani bro Jas dan anaknya Hadif menaiki Parasailing. Sangat teruja apabila meihat keberanian adik Hadif yang genap berusia 6 tahun  semalam.

7.00 malam : menghantar bro jas dan anaknya ke hotel. tapi penulis ada aktiviti outdoor yang baru nak di cuba..hi3. Penulis ikut abang Alias pergi ke rumah beliau dirumah beliau di Lubuk Semilang. dekat dengan Mardi Langkawi.

 Jumaat malam ( 30 / 11 / 2012 ) - Sabtu ( 1 / 12 / 2012 )

Abang Imran Kastam selaku Juru mudi bot malam

8.00 malam - 6.30 pagi : Pengalaman paling berharga di Langkawi. Dapat turun ke laut untuk memancing berhampiran pulau Tuba. Agak gentar juga pertama kali turun ke laut lepas. Agak hampir jadi mabuk laut bila elongan bot yang mengikut aurus ombak.

  • Belajar menyauk sotong  hidup bila mana lampu gasolin di suruh ke permukaan laut.
  • Menghadapi situasi dan tips mabuk laut
  • memancing guna joran di laut.
  • Paling best bila mendaratkan 2 ekor alu-alu dan 2 ekor kerapu.

7.30 pagi : Menambat bot di jeti dan menikmati sarapan pagi dibelanja oleh abang alias dan tokey roti canai. Nasi lemak ayam made in Tuba Island.

8.15 pagi : Sampai di The Andaman. Bersihkan diri dan still rasa masih di laut sebab kepala still pening. Sambung tidur dulu . Bro Jas dan Hadif sedang leka berkayak di pantai hotel hingga jam 11.30 pagi sebelum check out.


12.30 tengahari : daftar keluar di The Andaman. Sempat berkenalan dengan petugas di situ yang juga orang kampung se daerah di Sabak Bernam. hihihi. Bro Saiful asal dari Sekinchan je. tapi pelat dah jadi utara abis..peramah orangnya.

4 orang makan ,ikan bawak sendiri..RM 10.00 je

1.00 tengahari  : kami menikmati ikan bakar kerapu gred A hasil pancingan malam tadi di kedai hari pertama kami makan. Ikan bawak sendiri dan cuma ambik air dan nasi . Percaya tak cuma RM 10.00 je untuk 4 orang. Mujur abang Alias dan akak tokey tu dah lama kenai..oppss..terkeluar pelat langkawi la pulak.hihihi

Sumpah Mahsuri terus menjadi Lagenda Langkawi

 
Ilustrasi Mahsuri

2.00 petang - 3.15 petang : Mengunjungi makam Mahsuri. Sebak melihat video sejarah hidupnya di muzium Mahsuri yang menjadi mangsa fitnah ipar duai sendiri Mahora dan abang ipar beliau Dato Pekerma Jaya. Semoga roh beliau tenteram di sana. Aamiin.

Galeri Perdana Langkawi

3.30-4.30 petang : Pegi ke Galeri Perdana untuk melihat sejarah hidup insan yang paling banyak membina negara bangsa moden Malaysia..siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir Mohamad. Salute to u Tun.ada 3 section besar..sector A,B dan C.  lenguh jalan

4.45-5.15 petang : menikmati air kelapa muda , satay ayam 40 sen dan kuih muih di gerai tepi jalan. Abang Alias buat pengakuan ikhlas..dia kata seronok bersama kami selama 3 hari ni dah macam family dia kata..siap makan sekali dan berjalan sekali. tak macam tourist guide pun..hi3

 
 Kilang Saujana Gamat

5.20- 5.40 petang : lawatan terakhir sebelum tiba di airport.. Kilang minyak Gamat Saujana. Best..harganya murah.masa penulis tiba ade dekat 3 buah bas berkumpulan datang. Tapi biasalah..tempat macam ni lebih digeari golongan veteran. penulis tak ketinggalan beli sedikit untuk kenalan di KKB dan keluarga di Sungai Besar .

6.00 petang : kami tiba di Airport Langkawi. Terserempak abang Imran kastam. tak sangka dapat jumpa kat sini..hihi. Penulis dan bro jas sibuk buat timbangan beg bagasi.terpaksa tambah RM75.00 untuk lebihan 13 kilogram. 

ehem..Manis betul juru tiket Air Asia ni..hampir 2 nak berkenalan lebih lanjut...hik2.ade la dia sembang sikit  pekerjaannya sebagai stewarders tapi minta ditukarkan ke ticketing dan dia asal orang langkawi. memang semua orang Langkawi manis2 kut. keturunan Mahsuri gamknyer..


7.50 malam : penerbangan kami diringi payung Air Asia.kerana hujan renyai dan perjalanan dalam cuaca buruk. Selamat tiba di KLIA jam 9.30 malam. Terlepas aksi Penyingkiran Kumpulan B AFF Suzuki 2012 di mana Malaysia menumpakan Indonesia 2-0 . Jaringan Mahali Jasuli  dan Alex.

11.30 malam :  penulis dah selamat tiba di KKB.

Alhamdulillah pengalaman terbaik dalam hidup penulis untuk tahun 2012 ini. Semoga dapat berkunjung lagi ke sini.. Aamiin.  :-)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...