Kata dikota..janji ditepati..hihihi..dah macam slogan manifesto plak ye..
Sebenarnya pada 11 Disember 2012 (Selasa) bersempena dengan Keputeraan Sultan Selangor ke 64, penulis bersama family penulis berkesempatan ronda-ronda. Rancangan bercuti ni dibuat masa 3 anak saudara penulis berkhatan lewat November lalu yang mana dah janji nak bawa mereka jalan2 lepas baik berkhatan nanti. So pada waktu dan tarikh yang sesuai itu penulis bersama family Kak Lang,adik Anis, 4 anak bersaudara dan ibu ronda2 cari pengalaman hidup. fuh ayat macam nak di buat novel la pulak..
Diari perjalanan :
10.00 pagi : Bergerak menuju ke KKB dulu sebab ikut rancangan asal nak pergi Genting Highland atau Fraser Hill je. Tapi majoriti kata nak pi Genting so i follow.
11.45 pagi : Kami selamat sampai ke rumah sewa penulis di Taman Ampang Pecah. Melepaskan lelah sebentar
12.30 Tengahari : Penulis dan family menuju ke pekan Ligamas untuk beli KFC dan kak Lang nak pergi CIMB dulu. Baik beli fast food di bawah, harga KFC kat Genting dah lain harga dah.
12.45-1.1.30 Tengahari : Penulis mendaki puncak Genting dengan cuaca berkabus bersama kereta kak lang.
1.30-2.30 petang : Kami berhenti solat Zuhur dan makan tengahari dulu di Masjid Awana Genting, sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Genting.
2.30-3.00 petang : Perjalanan mencabar dengan cuaca kabus tebal dan semua kenderaan bergerak perlahan ke puncak Genting. pandangan view jalan 30/100. Di tambah pulak cuaca hujan lebat..huhuhu. Memang sangat mencabar.
First World Hotel
3.10-3.45 petang : Part ni paling kelakar...melilau carik parking kereta 2 3 kali berhampiran First world dan Hotel Theme Park. Tapi hampa semua parking penuh dan dapat parking pun agak jauh tambahan pulak hujan lebat.
3.45-4.00 petang : Parking kejap kat lobi Thema Park tapi pak guard tak bagi..di tambah pulak cuaca buruk dan parking takde kami turun ke Genting dengan perasaan hampa..Tapi memang lawakla..hihi..Patut naik sky way atau bas je kat awana.
4.30-5.00 petang : untuk tak hampakan anak2 buah yang menuntut janji untuk mandi manda..maka penulis pun bergerak ke Kolam Air Panas Hulu Tamu di bawah kaki Genting ikut Jalan Lembah Genting. Agak lama jugak tak singgah ke sini.
Ni gambar 2009, tapi tulisan kat board tu pun dah terhakis dan pudar. MDHS sila buat penambah baikan.
5.00-5.15 petang : solat Asar di masjid Kampung Masin Batang Kali..nampaknya masjid ni pun dah ada buat renovation kat tapak parking. so tapak parking dah tinggal sikit hanya di kawasan tandas je.
5.30-6.30 petang : First time memandu ikut Highway LATAR dari arah Rawang ke Shah Alam.perjalanan lancar dan tak sesesak PLUS namunnn...hihi..ade namun tu..Untuk ke Shah Alam perlu melalui lebuhraya GUTHRIE yang kaya dengan tolnya..ahaksss.
Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
6.45-7.45 malam : Kami menunaikan solat maghrib di Masjid Negeri Selangor. Last datang sini Julai 2009. Masa tu ade kursus pembekal makanan asrama di JPS. Solat jumaat time tu..ye..4 tahun lepas.. Lama rupanya penulis tak singgah masjid ni walau acap pergi ke Shah Alam.
8.00-11.00 malam.: Destinasi Plan B....i-City Shah Alam..paling best di Snowalk. berabis sorang RM50.00 tapi pengalaman yang best. Terbaeeek!
Section tersejuk di hujung ..Suhu mungkin dah jatuh paras beku..sampai ada stalagmit ais kat atas blok tu.
11.05 malam : keluar dari parking kereta. Series..ni lah first time penulis parking kereta paling mahal RM10.00 untuk 3 jam. KLCC pun bayar ikut jam je. Takpelah..sekali sekali..lagipun keselamatan MYVI penulis yang genap 4 tahun pada 8 Januari depan tu selamat dah syukurrr.
11.15-11.45 malam : menikmati makan malam lewat di Restoran Pak Li Seksyen 7 Shah Alam. Murah je..makan 9 orang cuma RM67.00.
11.45-12.30 malam : menuju balik ke Sungai Besar.
Alhamdulillah..Bertambahlah lagi keberkatan hidup hendaknya..Aamiin.
0 ulasan:
Catat Ulasan