Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca yang setia..
Cuti sekolah masih dalam jadualnya.Mari kita rilekskan fikiran kita dari memikirkan perkara kerja yang akan tiba tak lama lagi..hihih ( dalam kurungan : mesyuarat guru 2013 pada 27/12/2012 nanti). Pada hari Isnin 17 Disember 2012 penulis dan 3 orang yang lain berkesempatan nak jalan2 di Lumut Perak. Sebenarnya tempat ni taklah jauh sangat dari Sungai Besar. Lebih kurang 1 jam perjalanan jika trafik lancar terutama di susur jambatan Teluk Intan-Setiawan.
Macam biase..senang nak cerita jika tulis waktu macam diari masa di blog ni..hehehe.
10.15 pagi : Meneruskan perjalanan dari Sungai Besar ke Lumut.
11.30 pagi : Singgah di AEON Seri Manjung untuk window shopping. Hypermarket terbaru. Sangat cantik dan sistematik. Parking masih percuma hingga 25hb ini..hihi. Promosi nampak! Sumpah takde kena mengena dengan promoter pasaraya tu.
1.20 Tengahari : Alhamdulillah selamat tiba ke Pekan Lumut. Last datang sini tahun 2010. Kupon Parking kereta dulu pun dah expired dan dah lama ditong sampahkan..Terpaksa beli parking per jam.. 1 jam 40 sen je. Niat di hati cuma nak parking 2 jam je sampai 3.30 ni je.
1.30 Tengahari : Makan mee sizling di Tepi jeti point Pangkor. Cuma RM 5.00. Paling best mushroom butang yang kenyal. slurrp.
Kualiti gambar gelap kerana guna hp je..hahaha
2.00-3.00 petang : Singgah di Bazar Lumut. Carik baju dan flash magnet yang wajib kena beli bila dah tiba ke mana lokasi. Habis satu bazar kami jelajahi.
Nak kena diet dah ni..Lemak kat pinggang dah jelas, Berusaha!!!
3.10-4.00 petang : menikmati minum petang di tepi jeti point melihat feri berulang alik membawa penumpang ke Pulau Pangkor.
4.00-4.15 petang : Solat jamak di Surau Jeti Pangkor-Lumut.
4.15-4.50 petang : Shopping makanan ringan laut yang mesti jadi kewajiban bagi sesiapa yang singgah ke sini. Penulis tak borong pun..dah puas ..just beli untuk family je.
4.50 petang : Bergerak ke Pantai Teluk Batik.
Aksi terbaru guna pelampung
5.00 - 6.00 petang : Carik port yang dekat dengan shower untuk mandi lepas mandi laut..Mandi laut lagiii.. Tapi tetap tak boleh lawan pantai di Pulau-pulau Sabah dan pulau-pulau Langkawi.
Maybe ade banyak kegiatan kapal di pesisir pantai menyebabkan pantai tak sejernih di lautan lepas. Penulis sama kan pantai di sini seperti di Pengkalan Balak Melaka pada jalan2 bulan November lalu.
6.10 - 7.40 malam : meneruskan perjalan pulang ke Sungai Besar. Cuaca hujan renyai dan adakala trafik lancar dan perlahan. Yang perlahan tu tahu2 sajalah..bawak sambil menikmati pemandangan kut..kih3
8.00 - 8.20 malam : Solat maghrib dan jamak Isyak di Masjid Sabak Bernam.
8.35 - 9.15 malam : Menikmati satay Haji Shansuri di Benteng Sungai Besar. Terjumpa rakan2 lama.
9.30 Malam : Alhamdulillah selamat tiba di rumah. Argghh..Besok cadang nak balik KKB plak. Dah seminggu tinggalkan rumah tu.
Ok lah.. Berjumpa lagi di lain posting. Terima kasih pada sesiapa yang sudi membaca diari kehidupan insan biasa ini. Ade ke yang baca? kah kah kah...
0 ulasan:
Catat Ulasan