Selasa, 1 Januari 2013

2013 : Jom tambah aset dunia untuk capai akhirat

Selamat Tahun Baru 2013  :).. Jom Audit Kewangan dan tambahkan pelaburan kita tahun ni..
 
 Pilihlah pelaburan yang Halal..kerana ia akan menjadi darah daging kita dan ahli keluarga dan keturunan kita kelak.

Assalamualaikum semua..

Salam hormat, salam ceria dan selamat tahun baru 2013 anda semua..

Di bawah ini sukacita penulis cadangkan beberapa peluang investment yang pada pandangan peribadi saya boleh dipertimbangkan oleh para pengunjung sekalian. Penulis sendiri tak la banyak sangat melibatkan diri dalam dunia investment ini, cuma ada lah sikit-sikit. Bersama kita menuju ke arah kebebasan masalah atau belenggu kewangan. InsyaAllah

PELABURAN 4: PUBLIC MUTUAL

Public Mutual menyediakan beberapa plan yang berlandaskan syariat Islam. Potensinya dalam mengurus dana telah mendapat pengiktirafan dan anugerah saban tahun. Plan pelaburan yang berlandaskan syariat seperti Ittikal telah memberi pulangan sehingga 150 peratus dalam masa lebih 10 tahun. Maksudnya purata lebih 10% setahun.

Kini Public Mutual menyediakan lebih daripada 10 plan pelaburan berlandaskan syarak yang diwujudkan berasaskan potensi dan kesediaan perancangan pelaburan masyarakat. Dana yang dikumpulkan melalui pengwujudan saham itu dilaburkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi meliputi seluruh negara Asean bahkan ke seluruh dunia termasuk di Negara China, Hong Kong, Korea, Jepun dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog ini.

PELABURAN 3: USAHAWAN

Cari peluang melakukan perusahaan sendiri. Kalau tak mampu dan kalau terikat dengan siapa-siapa (sebab anda seorang pekerja yang bermajikan) anda boleh membantu menjayakan perusahaan orang lain. Yang paling baik anda bantu kaum kerabat terdekat dulu. Adik beradik contohnya. Jangan terlalu fikir negatif. Orang kata adik beradik (kaum kerabat) lah paling potensi dalam menipu. Percayakan pada Allah yang tidak menzalimi hambaNya (lebih-lebih lagi yang ikhlas). 

Elakkan diri dari menyertai skim cepat kaya, HYIP, pelaburan online, dan jika ingin melabur sebahagian duit seperti penternakan lintah ke, cacing ke, penananam stvia ke sila rujuk dengan SSM. Elakkan dari terjebak. 

Dicadangkan elakkan diri dari MLM. Tak semua MLM tak bagus..ada juga yang baik seperti Amway,cosway, Avon dan HPA. Tapi Penulis join satu je MLM iaitu Exfuze Malaysia. Tertarik dengan produk. EXFUZE MALAYSIA


PELABURAN 2: HARTANAH

Ada pihak berpendapat kalau nak beli, maka belilah tanah. Atau rumah. Banyak pun tak apa. Kalau beli (tukar) kereta baru memang memuaskan nafsu, tetapi menjahanamkan potensi untuk terus maju dalam erti kata kuasa kewangan. Beli rumah beli tanah nilainya tidak akan turun. Orang makin banyak dari sehari ke sehari.

Begitu juga tanah. Oleh kerana mereka tiada (kemampuan memiliki) tanahlah mereka duduk rumah bertingkat-tingkat. Berkongsi tanah. Rumah pun sama juga. Anda beli rumah untuk didiami dan beli juga rumah untuk orang lain diami dan bayar sewa kepada anda. Pastikanlah penyewa yang ada agama supaya anda tidak akan kecewa. Macam pilih pasangan juga, cari yang ada agama nescaya selamat dua tanganmu (Mafhum al-Hadith).

 
 Jom celik mata dan reset fikiran bak kata Dr Muhaya.. Fokus 2013.

Terutama sekali sekiranya anda adalah seorang pegawai Kerajaan. Jangan melengah masa untuk mohon pinjaman perumahan. Beli rumah pertama (guna gov-loan) janganlah cari yang besar dan mewah-mewah. Gaji pun kecil lagi. Beli yang sederhana yang mana kita masih ada kuasa (urus) beli yang tinggi. Jangan rumah besar tapi anak-anak kelaparan atau terpaksa berhutang!

Jangan lengah sebab kadar insuran akan meningkat mengikut pertambahan umur. Jangan lengah sebab tidak tahu bila masa kita akan pergi buat selama-lamanya. Kerana kalau dah ada rumah, sekurang-kurangnya anak sudah ada tempat berteduh walaupun kecil.Betul tak? ..planing jangka panjang..

PELABURAN 1: SIMPANAN

Simpanan adalah peluang pelaburan yang terbuka luas untuk kita semua. Seringgit seringgit lama-lama jadi bukit. Jangan kedekut untuk memulakan dan istiqamah dalam membuat simpanan. Rasulullah SAW pun ada berpesan berkenaan hasil pendapatan perlu dibahagikan kepada tiga, satu bahagian adalah untuk simpanan.

Sebenarnya kita tidak tahu dan tidak dapat menghidu pun bau kemalangan, kecelakaan atau lebih tepat lagi bentuk ujian Allah yang mendatang kepada diri dan keluarga kita. Sekiranya kita ada simpanan maka kesukaran kita menghadapi saat-saat getir itu dapat dikurangkan. Juga tidak ada orang yang boleh dengan megah mendakwa bahawa ia akan sihat selama-lamanya. Tahun 2013 ni jom kita lebihkan sikit simpanan.

Anda boleh menubuhkan bank sendiri dengan menyimpan. Kalau pun anda terdesak untuk meminjam, pohonlah pinjaman berkenaan dari bank anda sendiri itu. Anda tidak perlu bawa penjamin, tidak perlu melakukan beberapa salinan kad pengenalan, slip gaji atau sijil nikah. Cukup sekiranya anda adalah orang yang memiliki sifat amanah. Juga bertanggungjawab terutama pada diri anda sendiri.

Dengan dana simpanan, anda sudah boleh membina pelaburan sendiri. Pilih pelaburan yang diyakini akan beroleh keuntungan. Pada saat ini anda telah memiliki pembantu di dalam menghasilkan pendapatan bagi keluarga anda. Sekiranya anda fikir pihak Bank di luar sana dapat menggaji para pekerja mereka dengan hanya menguruskan simpanan para pendepositnya, kenapa anda tidak boleh melakukan perkara yang sama bagi maslahat diri anda sekeluarga.Selamat berjuang, perniagaan itu sememangnya sunnah Nabi, namun perlu kita semua awasi larangan syariat dalam melaksanakan.

 

“BIJAK DI DUNIA, AKHIRAT SELAMAT SELAMANYA..”
 SELAMAT MENYAMBUT 1 JANUARI 2013 DARI PENULIS...

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...