Salam..
Sebenarnya hari tersebut Sabtu (6 Oktober 2012) penulis takde niat pun nak pergi jalan2..ingatkan lepas je bersarapan pagi roti sardin dan teh halia kurang manis di Restoran Mai Selalu Taman Gamelan KKB pagi tu penulis nak balik rumah terus di taman Ampang Pecah sementara tunggu baju kering dan lipat n balik kampung. Tapi takpelah..jalan2 sikit..lagipun kereta dah lama tak jalan start Isnin lepas (hampir2 nak pergi USJ 23) bawa murid kesana.Takut dibiar lama enjin jadi sebu.
Dalam pukul 10 pagi penulis gerak ke Batang Kali..cadangnya nak pergi Econsave je nak beli barang2 toiletries..sudahnya tak pergi pun ke sana..Maka melajaklah hingga ke Ulu Yam nak amik air bukit..hmm..dah alang2 sampai sini apa kata aku drive terus je pergi Sungai Tua.Lagipun rasanya inilah first time penulis drive sendiri ikut jalan ni..sebelum2 ni asyik follow orang je pi KL ikut sini.
Ada satu tempat di Sungai Tua yang menarik minat pelancong tempatan untuk ke mari tapi ramai tak disedari penduduk berhampiran sini..Hutan Lipur Ulu Yam yang diwartakan sebagai Taman Negeri Selangor. Kawasan ni taklah jauh sangat dari KKB hanya sekitar 25km sahaja. Perjalanan berbukit dan menghijau di kiri kanan jalan menambah kedinginan pada pagi tu.
Ada perkara yang mengetuskan hati kecil untuk penulis sampai ke sini sebenarnya..hmm..takpelah..Biarlah pengalaman itu menjadi pengajaran berguna. Jangan terlalu percaya pada seseorang . Ini merupakan first time penulis sampai ke sini. Best tempat ni..
Inilah sign board utama yang terletak betul2 di tepi jalan utama Sungai Tua KL-Ulu Yam
Cuma..nak masuk sini kena bayar dulu..huhuhu..takpelah.Tak mahal pun RM 1.00 untuk dewasa dan RM 0.50 untuk kanak-kanak.
Tempat ni still terpelihara dengan tumbuhan hijau hutan khatulistiwa dan tidak tercemar..yelah..dah ade penjaga yang di bayar untuk kawal selia tempat ni..cuma tandasnya sahaja yang tak berapa ok. lagi pulak kena guna air sungai yang disedut dari mesin ke tandas..Harap teguran penulis dapat memberi imej yang lebih baik pada unit pengurusan hutan lipur ni. :)
Dalam banyak2 tag pokok di sepanjang siar kaki di tepi sungai tu ada sesuatu yang menarik minat penulis..hihihi.. Lawak kan nama pokok ni. ;-P
Eksplorasi lone ranger.tiada bawak baju mandi.hanya berbekalkan kamera phone dan kereta membawa daku ke mari. Orang lain siap berBBQ bersama kawan dan family..hahahaha
Tak lama pun penulis kat sini..adalah 1/2 jam.agak rugi juga yelah dah la kena bayar tapi tak mandi dan pergi pun kejap je..hehehe.. Penulis pun nak gerak balik dah..sepanjang laluan pintu masuk dan keluar kat sini ade kedai2 menjual cenderamata,makanan ringan dan lain2.
Pintu gerbang ke Hutan Lipur Ulu Yam sungai Tua Gombak.
Penulis gerak semula ke KKB dan berehat kejap di Ligamas Batang Kali untuk jumpa kawan lama.Rupanya dia dah tak kerja situ lagi..Ingat lagi pada abang jimi mekanik motor yang selalu penulis sembang dengan dia kalau tukar miyak hitam dan lain2.Masa time penulis bawak motor area tahun 2007-2008 selalu penulis pergi kedai motor dia di sini. Semoga abang jimi maju jaya.
3 ulasan:
hehe...kalau lajak sikit ke empangan batu buleh jumpa....saya temankan en. hubby memancing kat situ masa tu...mas nak balik ronda2 juga ke tempat yg aziz pegi tapi xmasuk pun
hehe...kalau lajak sikit ke empangan batu buleh jumpa....saya ada kat sana masa tu...temankan en. hubby memancing..masa nak balik pegi gak kat tempat yg aziz gi tu tapi xmasuk...ronda2 je
salam izura.trima kasih kerana rajin baca kisah hidup saya yang tak seberapa ni..ye ke..insyaAllah moga dapat berjumpa izura dan suami . :)
Catat Ulasan