Di aras 2 bangunan ini KSSR P.Islam sedang berlangsung.
Berlangsung di SK Kerling Hulu Selangor pada 26,27,28 dan 29 September 2012. Menghimpunkan semua guru yang mengajar Bahasa Arab dan Pendidikan Islam daerah. Seramai 68 guru terlibat. Alhamdulillah penulis diberi cd dari orang KPM bagi memudahkan pengurusan KSSR.Manakala Ustazah Asfarina Ghazali mewakili SKTAR dalam KSSR P.Islam tahun 3 di bilik Mesyuarat sekolah yang sama. Taklimat untuk Bahasa Arab di buat di Makmal Komputer sekolah berkenaan.
Masjid Kerling. Waktu solat zuhur,hanya berjalan kaki je ke masjid Kerling dengan ustaz Omar
dari SK Taman Bunga Raya 1. tak jauh pun dari sekolah ni..
Peserta kursus.
Rupanya ustaz Bakhtiar bin Matal yang juga bekas ustaz P.Islam di
sekolah ini telah menjadi penolong j-QAF daerah secara pinjaman bagi
membantu ustaz Shamsudin Penyelaras j-QAF daerah. urusetia oleh ustaz
Syuib SK Serendah dan Ustaz Rasyid SK Bukit Sentosa. Perserta lelaki tak
ramai pun..ade la dalam 9 orang je. Ustaz Adli dar SK Sungai Choh,
Ustaz Hishamudin dari SK KKB 1, Ustaz Nizam SK KKB, ustaz Rosdi SK Seri
Keledang, Us Khairi SK Selisik, Us Hasan SK Bandar Sg Buaya, us Zakhuan
SK Lembah Beringin dan Us Omar Sk Taman Bunga Raya 1.
Perbincangan ilmu
Pada slot terakhir kursus hari sabtu 29/9/2012 penulis tak dapat hadir kerana mengikuti lawatan sambil belajar murid asrama ke Cameron Highland. Perkara ini juga telah dipanjangkan pada urusetia. Terima kasih pada semua yang membantu. Pada 28/9/12 (jumaat) seusai abis kursus, penulis terus pulang ke rumah untuk dengar bajet 2013 oleh PM. Thanks PM sebab bagi bonus sebulan setengah..lagi setengah tu dah burn masa raya lepas..hihihi.
Berjumpa lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan