Ahad, 7 Oktober 2012

Karnival sukan murid Asli Selangor 2012

 Salam..

Pada 1 dan 2 Oktober 2012 (Isnin dan Selasa) penuls diiringi 2 guru pengiring Puan Jashiah PK Koku dan Pn Noor Hafiza Ridzwan Jabier telah menghantar kontijen daerah Hulu Selangor yang merupakan atlit2 tunggal daerah berikutan hanya sekolah Tun Razak sahaja merupakan sekolah asli di Hulu Selangor. So secara automatik dah pun layak mewakili daerah ke Peringkat Negeri Selangor dalam Kejohanan Karnival Murid2 Orang Asli 2012.

 Hari Pertama

Pada hari Isnin,merupakan hari pertama kejohanan..asalnya hampir kami naik kereta sendiri tapi syukur sebelum masuk Bukit Beruntung dapat call dari Pn Serina Unit Sukan PPDHS mengatakan driver van daerah iaitu abang Jais dah ada kat sekolah pada jam 7.20 pagi tu..so kami pun arrenge jumpa di depan SMK Ampang Pecah manakala 3 kereta kami parking di rumah penulis. 

 Oh ya,tuan rumah tahun ni daerah Petaling Perdana. Hari pertama di SMK USJ 23.Perjalanan 1 jam tu lancar.Lepas kami registerkan murid dan bersarapan di kantin sekolah ni kami pun duduk di stadium mini sukan ..Bestnya sekolah besar kat daerah maju ni..macam2 kemudahan ade. Acara penutupan terpaksa dilakukan awal kerana hujan lebat pada jam 12.30 Tengahari.

 Pandangan dari atas stadium..Nampak tak kantin sekolah ni?

 Kesemua peserta olahraga dan balapan bersedia untuk karnival kali ini.
 Alhamdulillah,Safira Burat menjadi johan acara 100 Meter
 Acara 200 Meter lelaki.mempertaruhkan adik Halim dan Azerin Sukar.Azerin Sukar mendapat tempat keempat saringan akhir

 Acara Lontar peluru pula melibatkan adik Hazri Salim dan Lina bt Abai. Hazri dapat tempat ketiga

Cikgu Pija dan murid2 olahraga dan balapan 2012 SKTAR@Hulu Selangor

 
Inilah pemenang yang mengharumkan nama sekolah..Hazri Ketiga Lontar Peluru. Zulaiya Johan 200 meter dan safira johan 100 meter. kedua-dua serikandi sekolah ini akan mewakili Selangor di Terengganu pada 16-19 Oktober ini. Tahniah. 

 
Rewarded hari pertama di RnR Jejantas Sg Buloh. Makan KFC.hi3

Hari kedua
 
Pada hari kedua pula (Selasa 2 Oktober 2012) berlangsung kejohanan Sepaktakraw,bola sepak dan bola Baling L/P di Sekolah Kebangsaan Seri Petaling. Perjalanan ke sini agak mencabar tak seperti hari semalam. Dengan mengharungi jem teruk di waktu puncak di highway Subang dan simpang siur di PJ amat menguji kesabaran.Mujurlah kesemua kontijen datang dan dapat mendaftar mengikut masa yang ditetapkan pengelola daerah ini.

Untuk hari kedua ini, SKTAR hanya menumpukan pada acara sepaktakraw sahaja melibatkan 2 regu terdiri dari 8 murid terbaik di Hulu Selangor yang belajar di SK Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu. Penulis dan Puan Jashiah ditemani driver PPDHS abang Jais sampai ke sekolah ini pada jam 9.15 pagi. Kami semua bersarapan dulu di bawah dewan tu ada kantin.

 
 Dewan SK Seri Petaling menjadi gelanggang menguji lawan dan kawan dalam acara takraw.


Ramai sekolah yang menghantar penyertaan takraw kali ini .seingat penulis ada 12 regu melibatkan 10 buah sekolah asli di seluruh Selangor. akan tetapi SK Bukit Tampoi (A) menhantar 2 regu termasuk SK Tun Abdul Razak mengahantar 2 regu saling berjumpa satu sama lain di peringkat separuh akhir. Bukit Tampoi A bertemu Tun Razak B - Tun razak B tewas sengit rubber set. Bukit Tampoi B bertempu Tun Razak A berkesudahan straight set.

Jadi pertarungan adik beradik sekali lagi berlaku apabila Bukit Tampoi berjumpa sesama sendiri di tempat 1 dan 2 sekaligus 2 regu ini layak ke Terengganu. Hanya menunggu 1 lagi regu mengiring mereka di bawah kem Selangor di mana tempat ketiga pasti akan layak bersama sebagai regu C dalam acara berpasukan kebangsaan. Regu B Tun Razak menang tipis atas Regu A Tun Razak berkesudahan deuce rubber seat 18-16.

Pertarungan sengit separuh akhir . di manan Regu B hampir layak ke final apabila bermain 3 set. 3 point terakhir gagal disempurnakan dengan baik mengakibatkan regu B dan A Tun Razak akan berjumpa sesama sendiri di tempat 3 dan 4.



2 kapitan SKTAR A dan B. A (Merah) oleh adik Halim dan B (Biru) oleh adik Nazrul Ikmal. 

 
 Regu Negeri Selangor C. kiri : Shahdil,Zulkamirul Nizam, Nazrul Ikmal dan Azerin Sukar.

 Bersama Guru Besar yang sudi datang untuk memberi semangat pada regu A dan B . 
Kiri : Penulis, acul,shahdil,ulee,carlos dan Tuan GB encik Abdul Rahman.
Duduk kiri : ancha,ramli, pak abu dan halim yang menangis kedukaan apanila tumpas pada regu B.

 Rewared hari kedua : skuad takraw di bawa menikmati aiskrim Baskin Robin dan Dunkin Donut di RnR Jejantas Sunagi Buloh.


Alhamdulillah.satu lagi pencapaian membanggakan dari atlit2 SK Tun Razak bagi tahun 2012. So ada 6 murid sekolah ini layak mewakili Selangor iaitu Safira 100 Meter, Zulaiya 200 meter dan regu B(campuran A dan B ) yang akan dibuat di sekolah nanti bagi mencari 4 pemain takraw terbaik sebagai aset negeri di peringkat kebangsaan itu nanti.

Berjumpa lagi di lain arena. tq :)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...