Salam Aidiladha..
Pada 10 Zulhijjah 1433 bersamaan Jumaat 26 Oktober 2012 penulis bersama 8 buah kereta sanak saudara telah bergerak ke Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan. Ini merupakan kali pertama penulis sampai ke sini. Agak jauh juga dari Daerah sabak Bernam sekitar 100KM lebih perjalanan. Melalui Sabak Bernam- Teluk Intan- Ulu Dedap- Tanjung Belanja- Manong-Kuala Kangsar pada petang jumaat tersebut sungguh lancar. Allah mudahkan urusan.
Penulis dan kedua mempelai.
Tujuan utama kami ke sini adalah untuk mengiringi adik sepupu penulis belah ayah iaitu Farizul bin Kamaruddin. Hampir 8 keluarga bersama menghantar pengantin baru tersebut. Dengan menginap di 3 buah Homestay di Lubuk Merbau Kuala Kangsar pada senja awal 11 Zulhijjah itu penuh kedamaian. Homestay yang penulis duduk ni pun betul2 depan surau. Kawasan Taman ni buat sembelihan kerbau. agak unik.
Penginapan kam di Lubuk Merbau Perumahan Taman Impiana. Sangat selesa dan best..sejuk je.
Majlis akad nikah beliau pada malam tersebut juga berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Maka selamatlah sudah status adik sepupu tersebut menjadi suami orang. Alhamdulillah. Tapi penulis kena demam selesema pulak sebab cuaca sejuk sangat malam tu di rumah . Malis walimatul urus beliau juga masih ramai meski sampai sesudah jam 2.00 petang. Jika di Sungai Besar waktu macam tu biasanya orang dah ramai beransur pulang.
Sesudah jam 4.00 petang kami pun pulang ke Sungai Besar.. Sebelum tu sempatlah kami menjamah durian yang dibeli secara pukal di Pondok tunggal menjual durian di Ulu Dedap Perak. Pakcik tu pun jual murah je..Selonggok RM120.00. Dapatlah 8 biji kereta merasa . Alhamdulillah. Tiba di Sungai Besar pada ahad 28 oktober jam 7.00 malam.
0 ulasan:
Catat Ulasan