Isnin, 21 Mei 2012

Kem Menggapai Awan UPSR 2012

 Salam..

Pada 18 hingga 19 Mei 2012 ( Jumaat dan Sabtu) telah berlangsungnya Kem Menggapai Awan UPSR 2012 yang dihadiri oleh 40 murid Tahun 6 dan 5 SKTAR. Kem tersebut diselia oleh Guru Penyelaras tahun 6 puan Jauharriah binti Ahmad. Penulis diamanah kan untuk pegang AJK Peralatan yang turut dibantu oleh Encik Fahmie Teknisyen SKTAR dan cikgu Yusmawi.

Berikut beberapa rentetan yang sempat penulis catat :

  • Khamis pagi : Penulis dah sediakan barang2 keperluan dan dibantu oleh cikgu Jauharriah. Letak barang tersebut di Bilik Fail. 

  • Jumaat 10.30 pagi : Penulis gerak dulu ke Kem Rimba Tamu Batang kali untuk pasang PA Sistem dengan encik Fahmie
  •  
  • Jumaat 1.05 Tengahari : Penulis,cikgu Yusmawi dan Fahmie bergerak balik ke KKB untuk solat Jumaat
  •  
  • Penulis sempat bersolat jumaat dengan rakan serumah yang dah mula start enjin kereta.haha. Serba menyempat je harini. Alhamdulillah. 
  •  
  • 4.50 Petang : Penulis gerak sendiri ke rimba Tamu. Sempat bermandi manda dengan murid tahun 6.
  •  
  • 7.00 malam : Makan malam bersama rakan2 guru dan murid2 SKTAR
  •  
  • 10.30-11.45 malam : Ustaz Bakhtiar bin Matal sempat datang ke Kem.. Kami naik 2 kereta pi minum di Ligamas. Awi, Fahmi, Kak Yat naik kereta aku. Manakala "us Buck" memacu Hilux ditemani oleh 2 rakan taman beliau yang juga geng motor RXS.
  • Sabtu 12.50 pagi : Penulis,cikgu awi dan fahmie tukar bilik. duduk bilik atas ofis tuan Haji Othman.
  •  
  • 5.50 pagi : kejutkan solat  Subuh berjemaah murid2 Islam bersama 5 anak angkat tahfiz tuan haji Othman.
  •  
  • 6.20-7.00 pagi : Slot LDK. Tahniah pada cikgu Nia yang jam 6 dah datang ke Kem. 
  •  
  • 9.00-12.35 Tengahari : Slot Sains dan B.I. Sempat jumpa kak Awi  cikgu Rasa yang pernah jadi penghuluwati masa kursus di Lembah Beringin pada Julai 2009. KLIK SINI

  • 1.30 thari : Murid2 agak sugul sebab tak dapat mandi sungai lepas abis slot sebab kesuntukan masa. 
  •  
  • 2.00 thari : Makan Thari dan bergerak pulang. Penulis buka bilik fail untuk simpan peralatan sekolah.
  •  
  • 3.00 Petang : Penulis dah terlelap di rumah KKB..zzzz
  •  
  • Ahad 1.55-5.30 pagi : Penulis dan 3 rakan iaitu us.zaki,us hishamudin dan us.hadi berkhemah di Kedai Nasi Lemak yusri untuk tonton Final UEFA Championship . Chelsea - Bayern Munich. Penalti chelsea menang 5-4 meski Bayern pegang game.
  •  
  • 6.00 - 1.10 Tengahri : zzzzz... ha3

 Pegang jangan tak pegang 

 "Us. Buck" and member . Kami mengeteh di Restoran Sepakat sebelah Petronas. Macam2 dibualkan.Yelah..last Us Buck di SKTAR pada 2009.

 Kak Nia handle pada jam 6.20-7.00 pagi Sabtu 

 Betul2 depan Kem rimba Tamu, ada Kolam air Panas Hulu Tamu. jalan kaki 3 minit je. 

Bergerak pulang ke Kem. 


Alhamdulillah , Program tersebut selesai selepas makan tengahari. Pada waktu yang sama ada satu lagi program UIA yang menetap di Kem Rimba Tamu milik Tuan Haji Othman. Terima kasih pada semua yang terlibat dengan kem tersebut. Kenangan betul kem ni. Tak pernah missed sejak 2007 kecuali pada 2011 yang diadakan di Asrama SKTAR.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...