Jumaat, 4 Mei 2012

LADAP 2012 Kembali

Salam..

68 S/U SEKOLAH-SEKOLAH HULU SELANGOR.

Hrmm... dah lama penulis nantikan mesyuarat LADAP untuk tahun ni. Bukan apa..Penulis dah pegang jawatan sebagai SU LADAP ni sejak tahun 2008 lagi. Pelbagai kenangan manis penulis tempuhi bersama S/u2 LADAP yang lain dari pelbagai sekolah di Daerah ini. So pagi-pagi lagi penulis memang semangat nak pergi meeting ni yang diadakan di Bilik Mesyuarat PPDHS di KKB pada tanggal 3 Mei 2012 jam 8.30-12.45 Tengahari.Maklumat tersebut isampaikan oleh penceramah jemputan dari Unit Latihan PPD Klang encik Nizam.   

Cerita la sikit mesyuarat ni ye, Alhamdulillah perjumpaan setelah hampir setahun berjalan lancar. Namun diberitakan kemungkinan ada sistem baru yang telah diguna pakai oleh Sepang iaitu sistem e-SPEL. buat masa ni sistem LADAP masih guna sistem e-SPLG lagi. Minum pagi dan makan tengahari disediakan oleh unit Latihan PPDHS .

Ape yang difikir tu?

Seingat penulis last mesyuarat LADAP dijalankan pada Julai 2011 , masa tu Encik Yusri yang handle namun diberitakan Encik Yusri telah dilamar oleh JPN dan tugas beliau dipangku buat sementara waktu oleh Encik Rosli dari PPDHS. Oh masa..sedar tak sedar dah 3 penyelaras LADAP penulis sempat bekerjasama :
  • 2008-2010 : Encik Hasren bin Damiri : TERBAIK !
  • 2011 : Encik Yusri bin Yasin
  • 2012 : Pangkuan : Encik Rosli PPDHS.  

Namun LADAP paling seronok adalah pada tahun 2008 dan 2009. Masa ni banyak kursus dibuat di luar. kenangan betul .Teringat rakan2 SU LADAP lelak yang macam marah2 bila kami ambil angin malam di Port Dickson 3 tahun lalu. Masa tu Encik Hasrin bin Damiri siap sound cakap : malam ni kita enjoy. Tak payah fiKir pasal LADAP la.hahaha :).

 
Fadli dan Abang Kamal 

S/u LADAP lelaki yang rapat dengan penulis dah makin sikit,cuma tinggal SJKC Khin Ming : Abang Kamal, SJKT Sungai Choh : Fadly, SK Lembah Beringin : Cikgu Maarof dan sorang lagi SU ladap lelaki yang baru , SK Rasa : Abang Anuwar. Tahun ni kami dah kehilangan 2 rakan karib dalam group MARABAHAYA  ni.hehehe. Cikgu Kherman dari SK Seri Keledang dah bertukar dan Cikgu Hasanal dari SJKC kg Gurney Ulu Yam tak pegang lagi jawatan ni.

Oh..penulis rindukan saat-saat kegemilangan bilamana SU diberi pendrive percuma, pembekalan fail poket dan peralatan kursus dalaman, bayaran kursus berbayar 7 kali setahun perhead RM14.00, kursus2 luar dan lain-lain lagi. Tahun ni agak sedih jugak peruntukan berbayar. Cuma sekali sahaja itupun RM3.00 per head. Hahaha. ye RM3.00 perhead guru. Lawak kan. Apepun KAMI YANG MENURUT PERINTAH. :)

Tahun ni masih guna E-SPLG lagi.  

 Sesapa yang nak baca entry kegemilangan LADAP kami boleh klik kat SINI HA!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...