Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal seluruh hala
Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal keluarga segala
Jelingan nakal seluruh hala
Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal keluarga segala
Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan
dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih
sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula
diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.
Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain. Tujuan antara lainnya ialah:
1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)
2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi.
3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang

Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan risikan berhasil, maka pihak
lelaki akan minta diri. Jika pihak lelaki berpuas hati dengan status si
gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan
sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. Pada mase inilah pemberian
cincin merisik dilangsungkan sekali dengan adat melamar dan penentuan
tarikh pertunagan.
Jika cincin diterima, maka pihak perempuan akan mengembalikan semula tepak sirih kepada pihak lelaki sebagai tanda untuk pulang.Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan