Salam..
Pada 8 Mei 2012 ( Selasa) jam 2.30- 4.45 petang bertempat di Makmal komputer SKTAR, telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama tahun 2012. Mesyuarat ini dipengerusikan Oleh YDP sesi 2012-2013 Encik A Mizan bin Silai. Antara agenda mesyuarat ini adalah seperrti berkut :
- Perlembagaan PIBG
- Hala tuju PIBG
- Dialog pentadbir-Ibu bapa
- Hal-hal lain.
Mesyuarat dihadiri oleh 11 AJK dari wakil guru dan ibu bapa
Wakil Guru :
- PK HEM : Puan Rosidah bt Ahyar
- PK Koku : puan Hajjah Jashiah bt Rabu
- S/u PIBG : Pn Asfarina binti ghazali
- Bendahari PIBG : Encik Abdul Aziz bin Abdullah ( Penulis)
Wakil Ibu bapa :
- YDP : Encik A Mizan
- NYDP
- 5 AJK Ibu bapa.
YDP dan NYDP bagi sessi 2012-2013 sedang mengendalikan mesyuarat.
makan petang disediakan di kantin sekolah. Terima kasih PIBG atas kelulusan pembekalan makanan untuk mesyuarat petang ini.
YDP SKTAR bukan calang-calang.. Baru sahaja memenangi pertandingan Golf di Kuala Lumpur awal bulan ini. Tahniah Encik A Mizan yang juga Supervisor di kelabGolf Kuala Kubu Bharu.
Alhamdulillah, mesyuarat tersebut selesai dengan jayanya. Mudah-mudahan hasil perbincangan mesyuarat ini membuahkan hasil yang sangat positif pada semua murid-murid yang bersekolah di sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Bilik j-QAF mengucapkan tahniah pada semua AJK PIBG sesi kali ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan