Assalamualaikum...
Sedih..sedih..
Padang SKTAR kini hanya tingga nama. Tiada lagi rumput menghijau yang
dibasahi embun pagi dan kelibat anak-anak asli kampung berkejaran di
tengah padang. Start admin posting di sini pada 2007 hingga kini, Sempat
first posting pada 2007 acara sukan tahunan diadakan di sini dan kali
terakhir acara sukantara pada 2011.
pelbagai transformasi padang Kampung Orang Asli Tun Razak yang terletak
bersebelahan sekolah ini mengalami jatuh bangunnya sendiri. Jom soroti
beberapa foto yang pernah diabadikan untuk tatapan pembaca semua.
2007
Lihatlah betapa menghijaunya padang ini, line larian sukan tahun 2007
juga masih kelihatan. Oh, kami warga sktar rindukan suasana ini dahulu.
2008-2009
Asrama desa sementara diwujudkan bagi membina asrama kekal 2 bangunan
bertingkat di tapak asrama lama. Masa ni padang SKTAR dah ditutup untuk
kerja-kerja pembangunan. bangunan ni dah dirobohkan pada 2010 .hanya
tinggal stage penonton sahaja dan tiang bendera.
2010-2011
Inilah pemandangan sekitar tahun tersebut. nampak tak asrama baru dah
dibina di hujung sana. dan pada tahun 2010-2011 juga gelanggang futsal
telah didirikan di atas tapak lama asrama sementara.
April 2012
Kerja-kerja amal oleh unit TKRS sedang bergotong-royong membersihkan
padang. Masa ni pihak sekolah tak dimaklumkan yang padang ini akan ditar
sepenuhnya. Sempatlah juga admin buat posting tentang padang ni. Klik SEDIH Oo..
Mei 2012
Tiada lagi rumput sesegar menghijau.hanya rumput batu yang bakal di tar.
Dengarnya tapak lama rumah JAKOA yang didirikan di sebelah asrama ni akan dibina stage terbuka untuk masyarakat Asli di sini.
Namun, biar apapun yang berlaku .. SKTAR tetap di hati. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan