Isnin, 30 April 2012

Kerja amal TKRS

Salam..

Pada 25 April 2012 (Rabu), satu tugas amal yang diketuai oleh Encik Mohd Yusmawi telah menggerakkan satu pasukan khas lelaki Unit TKRS SKTAR ke padang kampung Tun Razak. Selain itu penulis dan SU Kokurikulum Pn Jashiah turut serta bersama murid tahun 3,4,5 dan 6 ini.


Selepas ketiadaan En.Rafi bin Bata (Mantan YDP PIBG)  yang kembali ke Rahmatullah pada julai tahun lalu, padang ini gagal diselenggarakan dengan sempurna oleh pihak yang bertangungjawab. Lantaran itu atas kesedaran dan sikap kesedaran yang tinggi, Unit TKRS lelaki telah berganding bahu membersihkan sampah sarap di kawasan padang ini. jom soroti beberapa foto yang sempat penulis ambil. 

 
 Berdisiplin. Tetap berkawad baik pergi dan pulang dari padang

 Encik Yusmawi bin Zainal
 
 Indahnya petang di Tun Razak

Anak-anak kampung yang tak luntur senyumannya. 

Kerja amal tersebut selesai pada jam 4.20 petang. Alhamdulillah atas kerjasama yang murid2 berikan maka padang kampung Tun Razak telah kembali ceria seperti dahulu kala.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...