Isnin, 25 Ogos 2008

Program RIMUP dan hari yang liat



Kringg... jam pkl 6 telah berbunyi. so bermulalah satu lagi hari yang dipanggil monday blues..hm.. apepun,kj itu satu amanah.


program RIMUP..(Ranc. Integrasi Murid Untuk Perpaduan) telah berjalan di Sek. Keb KKB 1. Seramai 8 orang guru dari SKTAR bersama 30 murid2 mengadakan larian jogathon merdeka ke Sk KKB 1 pada pukul 9 pagi tadi. Sempat penulis jumpa beberapa kenalan dari SKKKB 1 seperti Us.Hisyamudin, Us. Saiful Reza, Cikgu Jamsari dan Cikgu Azahari. (orang lama) first posting kat KKB tahun 1989..penulis baru darjah satu masa tu) salute lah!


penulis dan beberapa orang guru lelaki dari SKTAR dan SKKKB1 telah menjadi Marshal sepanjang peta laluan murid. Seronok melihat teletah murid dari kedua-dua sekolah, Barulah perpaduan antara Murid Asli dan Murid Melayu wujud betul x?! Pkl 10 program pra latihan RIMUP tamat. Mulai hari ni jugak bermulalah penulis mengajar subjek pendidikan seni. Mesti bebudak ni pelik.kih3

Penulis kena pi sk. lembah beringin untuk kursus kejurulatihan TKRS dan KRS untuk kenaikan pangkat leftenan muda..adoii.. penulis gerak pi sana dengan cikgu muda, Mohd Ekmal dari Sk Ampang pecah.. kena bermalam kat sana tu 3 hari 2 malam... apepun, layan je lah... hahaha..run salim bacik.

Ahad, 24 Ogos 2008

Nak Balik KKB dah


Malam tadi lepas bacaan tahlil penulis tgk bola final Selangor lawan Kedah. kalah 3-2. Tak lama lepas tu member mesej suruh datang mengeteh. Ramai korum meja bulat kali ni. Asrizal, Zunaidi,Faiz, Hanafi, Kusairi. Sedara merangkap kawan lama penulis si akek (zaki) pun ada malam tadi. Mengajar kat Kuching, dia dari kenduri rumah Iwan Misran yang kawin siang tadi. Topik perbincangan kami malam tadi adalah : Kereta, kerja dan rumahtangga). bab last tu malas nak campur sgt. kih3..

Hm... sedar tak sedar dah seminggu cuti persekolahan habis, tapi rasa macam baru je 2 hari lepas cuti. Ni serba sedikit catatan apa yang penulis buat sepanjang cuti seminggu ni :

16 ogos 2008 ( Sabtu) = Masih di KKB, basuh baju banyak sikit, pakai tangan, basuh petang.lambat la keringnya.
17 Ogos 2008 ( Ahad) = Baju dah kering, pkl 12 start gerak ke sg.besar. Balik rumah tgh direnovate
18 Ogos 2008 (Isnin) = Pi jalan2 sg. besar. Jumpa rakan2 lama
19 Ogos 2008 (Selasa)= Singgah ke rumah Paksu di tebuk pulai Sabak Bernam, naik motor ikut sawah.(syok anginnya)
20 Ogos 2008 (Rabu)= Servis motor, sebab esok nak jalan jauh ke Bangi. Jumpa sepupu, Husin di PPK Peladang
21 Ogos 2008 (Khamis) = Start pi Bangi Ambik result. Tido rumah kawan di kajang
22 Ogos 2008 (Jumaat)= Singgah di Putrajaya . Start balik sg.besar lepas solat jumaat di putrajaya.
23 Ogos 2008 (Sabtu) = Malam tu ada doa selamat ahli keluarga belah ayah. mengetuai bacaan Tahlil.
25 Ogos 2008 (Ahad) = Hari yang cukup malas nak Balik KKB. Ha3

K lah, Penulis baju dan apepun tak packing lagi nak balik jap lagi. Tunggu lama2 karang balik lambat hujan plak. Biasakla Mat Motor What. he3... Coretan akan di sambung lepas bukak sekolah isnin nanti. see ya.. wasalam

Jumaat, 22 Ogos 2008

ambik result di maktab IPIS

Penulis bertolak dari kpg. menuju ke bangi pada pukul 10.15 pagi, biasakla naik motor je.nak ambik kereta kena tunggu down payment tinggi sikit baru bulan2 tak sakit nak membayarnya ye x ?

masa lalu jalan tjg karang penulis bertembung satu kemalangan kecil betul2 depan mata penulis, mujur pakcik tu takde ape, cuma lampu motor pecah dan rantai je yang terlucut, motor tu bergesel dengan motor lain. cuaca plak dalam keadaan renyai2. tak lama lepas tu penulis pun stop dan bantu tolak motor dia kat bahu jalan. penulis tengok dia ok penulis pun meneruskan ride aku ke bangi untuk amik result.

dalam jarak 1km pastu penulis stop kejap untuk berteduh dari hujan. betul2 penulis parking kat kedai karpet pakistan, besar jgk la. sambil2 tunggu hujan reda penulis pun window shoping le tgk ape yg patut kat kedai tu.he3, Orang asing pun ada kedai besar, Malu den.he3

Alhamdulillah, penulis selamat sampai ke IPIS jam 1.30 petang, ramai jgk penulis tgk budak2 jqaf 2008 kat maktab. Masa nak amik result tu penulis terserempak dengan member sekuliah dulu, Aliff. jadi takde la boring sgt sementara tunggu Unit Peperiksaan IPIS dibukak pkl 2.30 nanti. Sempat la penulis jumpa kwn lama di UKM yg baru dpt Jqaf 08, Joe.. gud luck joe.

Result penulis? KEPUJIAN je. pointer pun 3.35. Apepun bersyukur jgk sebab masih ramai kawan2 dapat result cenggitu. Aliff pun dapat kepujian gak. Itu je yang termampu penulis buat. Cadang nak amikkan sekali result kakak penulis iaitu Zurina. Dia amik SABK. result dia dapat Cemerlang tapi akak kerani tu ckp lau nak amik result orang lain kena buat surat dan salinan IC org tu skali. Fuh!! terus tak jadi amikkan.

Pkl 3.30 penulis pun meneruskan perjalanan ke rumah kawan di Kajang. Kenal masa kerja Pekerja Khidmat Singkat kat JPA tahun 2005/2006 dulu.Masa penulis datang tu Khairi ada kat rumah. Cuti katanya. Mamat ni kerja kat Kem. Kerja Raya KL. Sorang lagi, Mazlan Mamat tgh kj kat Kem. Pelajaran bhg. buku teks. Malam ni penulis tumpang rumah korang yerk.he3

Selasa, 19 Ogos 2008

bertemu rakan KPLI sekampung

Tepat jam 6.12 petang tadi, rakan lama masa stadi kat UKM tadi mesej tanya ada kat mane.. lalu penulis pun beritahu ada di Sg.Besar. Lalu kami arrangekan lah satu pertemuan di sebuah tempat yang di beri nama Restoran Kasim Sg. Besar. Fadhli, itulah nama sahabat penulis yang telah pun terpilih mengikuti kursus KPLI sepenuh masa di I.Perguruan Darul Aman Jitra Kedah.Dia terpilih untuk intake Julai 2008 (kos : Pemulihan Khas)

Macam2 yang kami borakkan. tak lama lepas tu, seorang lagi kenalan baru iaitu M0hd Hafiz, rakan kepada Fadhli beritahu yang dia pun dapat panggilan temuduga KPLI untuk intake Januari 2009. Semoga berhasillah hendaknya.

Kadang2 rasa seronok juga bila ramai kawan2 yang dapat ikuti KPLI walaupun penulis baru je abis, so bermula bulan Ogos 2008 dan seterusnya "penulis bebas dari kongkongan Maktab". Dan Secara rasminya telah berjaya dilantik ke perjawatan DC 41 pada 7 Julai 2008.

Syukur Ya Allah. Alhamdulillah

Balik kampung dan berjumpa rakan2 lama

hmm.. sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan juga penulis tak pulang ke kampung. Walaupun jarak antara KKB ni ke kampung penulis di Sungai Besar, Sabak Bernam hanyalah 1 jam 30 minit tetapi kekangan tugas di sekolah kebelakangan ni tak membolehkan penulis pulang bercuti di kampung. Cuti ni jelah baru penulis dapat peluang.

Malam tadi seperti biasanya, penulis akan mencari rakan2 yang kerja di Sungai Besar,yelah rakan sejak sekolah rendah & menengah lagi.(Khusairi, Murad, Hanafi, Faiz dan Zul) Apa lagi berborak sampai ke pagi lah kami malam tadi kat Restoran Ct Sg. Besar. Tapi mereka perlu balik awal kerana tugas menanti mereka. tak seperti guru yang boleh menikmati cuti2 Malaysia. he3

Kadang-kadang rasa tensen jugak bila tengok ramai sudah rakan2 penulis yang naik pelamin dan sudah bergelar ibu ayah..penulis? insyaallah,penulis nak persiapkan diri serba serbi sebelum boleh bergelar suami yang soleh dan bertanggungjawab. Amin

Isnin, 18 Ogos 2008

cuti sekolah bermula

dari tarikh 16 ogos hingga 24 ogos 2008 cuti penggal kedua persekolahan pun bermula.tapi rasa macam berat hati plak nak pi kursus kejurulatihan TKRS kat Lembah beringin 26-28 hb Ogos ni.Penulis bercadang nak ambil keputusan peperiksaan penulis di maktab dan mengisi permohonan dalam talian E-GST akhir bulan ni..

bulan 8 ni gaji penulis akan masuk disebabkan semua prosedur dan surat menyurat telah dibereskan oleh beliau. terima kasih kak syima. Cepat betul lah kak syima ni. Ada sesetengah sekolah tu sampai 5-6 bulan baru dapat.hu3

Ahad, 17 Ogos 2008

selesai sudah kem bestari solat siri 3 2008


agak lega juga bila kem bestari solat sekolah penulis hanya tinggal sekali sahaja lagi untuk tahun ini.. masih banyak kelemahan yang perlu penulis perbetulkan cara perlaksanaan wuduk dan solat di kalangan anak didikku.

Secara keseluruhan adalah berjalan lancar. seramai 10 orang guru dari 16 guru sudi membantu. Jamuan bihun goreng dan teh o dibekalkan oleh penaja utama SKTAR(org kuat kantin).. kak yah .

TERIMA KASIH YA ALLAH



Penulis berasa sungguh puas setelah melihat perkembangan yang baik dalam pembelajaran j-QAF oleh anak muridku. First time masa penulis datang ke sekolah ni, penulis rasa sedih dan terdetik di hati. ini mungkin cabaran yang baru bagi penulis untuk mengajar ilmu agama dan bahasa arab di sekolah ni.

Walaupun penulis lone ranger jqaf kat sini akan ku buktikan ( macam iklan fair n lovely pulak). penulis berpegang pada matlamat : KITA PERLU SESUAIKAN DIRI DI TEMPAT TU DAN BUKAN TEMPAT TU KENA SESUAI DENGAN KITA. Now penulis rasa heppy disini. Bahagianya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...