Sabtu, 30 Jun 2012

Demam EURO 2012

 Off record from -QAF Post thread!!! 

( PERINGATAN : TAK PERLU BACA JIKA ANDA TAK MINAT BOLA) ;-p

Salam.. Demam Euro melanda kembali..hihihi..





Penulis memang tak pernah lepas pertandingan bola sepak tersohor eropah sejak 2004 lagi. Masa tu juaranya Greece..penulis tengok dengan rakan2 serumah masa belajar di UKM , yang paling fanatik adalah daus klate..he3 .Time tu kami duduk rumah Sarjan Ramli di Kampung Teras Jernang ..Jirannya abang lan siam meniaga kedai makan Tomyam tepi jalan besar. Sambil tengok Euro kami pesan nasi goreng kerabu abang lan..Special deliver depan rumah..hahaha.Pasukan pilihan penulis masa ni Republik Checz. Separuh akhir tumpas pada Portugal selaku tuan rumah pada 1 Julai 2004 dengan 0-1. Final antara Greece dan portugal.Ramai tak sangka yang Greece mampu ke final dan juara edisi kali ini.Result pada 4 Julai 2004 juga Greece menang tipis 1-0. Setiap akhir nama pemain Greece mesti ada Is..is...is.. Kenangan tu! :)


Masuk 2008 penulis study di IPIS Bangi..masa tu penulis akan balik hari dari tidur di Hostel IPIS.Yelah..mase ni penuntut KDC boleh pilih sama ada nak menginap di hostel atau luar.. Kebetulan masa tu demam euro melanda lagi. Pilihan penginapan penulis dah tentulah di kuarters JKR Sungai Jelok Kajang .Masa ni pasukan pilihan penulis adalah Turki ..Game tuan rumah di Switzerland dan Austria. Dah deal dengan Lan dan kairi untuk kejutkan penulis awal pagi..dahlah esok pagi2nya kena hadiri kuliah di IPIS. kadang2 terbabas jugak. Turki kalah dengan German di Separuh akhir dengan keputusan 3-2. Juara pada Edisi 2008 adalah Spain vs Jerman pada 29 Jun 2008.Sepanyol menang 1-0.




Yearrkhhh.. Euro 2012 !!! Penulis memang dah hitung hari sejak awal tahun ni lagi. Tak sabar nak tengok pasukan pilihan penulis iaitu Belanda dan England mara ke Final. Cuma Edisi kali ni je penulis dapat betul2 enjoy dengan game euro walaupun jadual perlawanan sekitar jam 2.45 pagi..Sebelum ni penulis zaman study..kadang2 ada kuliah dan exam penting yang terpaksa lah game tersebut di skip..Namun kali ni dah nekad nak balas dendam tengok semua game terutama dah masuk pusingan suku akhir,separuh akhir dan final.


Namun..Belanda penulis terpaksa pulang awal selepas kalah 3 game dalam kumpulan maut bersama Jerman,Portugal dan Sweden.Walau dibarisi pemain handalan seperti Schneider,Van Persie dan Van Der Vart gagal menyainigi dalam berkumpulan. Pasukan kedua pilihan penulis adalah England.. Mara ke suku akhir meskipun kemenangan kontroversi menentang Ukraine 1-0. Jaringan ukraine yang dikeluarkan ohn Terry meranapkan impian tuan rumah. 


Warung Nasi Lemak 1 Malysia yusri di KKB sering menjadi saksi penulis dan rakan bersidai di awal jam 2.30 pagi.  Masa game England jumpa Itali masa Quarter Final penulis tengok sorang2 je..janji layan!

Sekali lagi pilihan penulis gagal mara ke Separuh akhir apabila England kalah penentuan Penalti dengan Itali apabila 2 Ashley "Cole dan Young" gagal menyempurnakan peluang. So penulis terpaksa akur dengan kekalahan tersebut..manakala fahmi PPM dan Lan INTAN Kemaman bukan main lagi gembira..yelah..sokong team Itali.Gerrard dan Rooney juga turut hampa meski jaringkan gol. Ketangkasan Buffon memang superb.


Itali jumpa Jerman pada separuh akhir. Kesudahnnya pasukan pilihan penulis iaitu Jerman juga tersingkir apabila 2 gol Belotelli meranapkan impian Jerman pimpinan Joaqim Loaw. Messut Ozil paling rajin dan dapat lah Jerman penalti minit 89 . kesudahan Itali menang 2-1. Itali akan jumpa Sepanyol yang menyingkirkan Portugal dengan keputusan penanti apabila Sepanyol dapat mara dengan keputusan 5-3. Kegagalan Bruno Alvez terkena palang benar2 meriakkan wajah kecewa di muka C.Ronaldo dan Nani meskipun mereka tersenyum tawar..hahahaha.


So.. Jangan lupa kita saksikan pada awal pagi Isnin ini pada tanggal 2 Julai 2012. InsyaAllah.Penulis akan tunggu depan tv walaupun terpaksa bergegas awal balik ke KKB petang Ahad nanti. Pasukan pilihan penulis? hmm..entahlah..malas nk pilih..takut kalah lagi..hahaha. member asyik jadikan modal je pasukan pilihan penulis yang kecundang satu persatu.. Fernando Torres..adakah akan all out dan diturunkan oleh Busquet? 

Final

1 July 2012
21:45 UTC+3
Spain 
 Italy Olympic Stadium, Kiev
Referee: Pedro Proença (Portugal)






Maaf..Enry kali ni agak membosankan jika anda bulan peminat bola..kih2.

UPDATE!!!

Pagi tadi bangun jam 2.30 pagi..so resultnya seperti berikut. 


 
1 July 2012
21:45 UTC+3
 
 
Spain  4–0  Italy

Olympic Stadium, Kiev
Attendance: 63,170[69]
Referee: Pedro Proença (Portugal








   
Silva Goal 14'
Alba Goal 41'
Torres Goal 84'
Mata Goal 88'
Report

Berjumpa lagi di Euro  2016.InsyaAllah.

   

Ahad, 24 Jun 2012

Putrajaya, Petang yang mengingatkan aku pada ...

 Salam..

 Bergegas dari KKB seusai menunaikan solat jumaat dan membelah highway PLUS pada jam 4.00 petang..tujuannya ke Putrajaya.ade urusan di sana.

 
 Putrajaya sesak dengan kenderaan..berbeza 6 tahun yang lalu.

Petang itu jam 4.55 , harinya  Jumaat 22 Jun 2012 ..Lokasi tepat : Bandar Putrajaya. Ada sesuatu yang tertinggal di sini. Mengingatkan jatuh bangunnya aku dalam mehnah perjuangan sejak zaman universiti lagi.. Entah kenapa petang ni penulis mula beremosi..emosi mengenangkan pelbagai memori indah,suka,duka,gembira,sedih ,setiakawan, pengalaman dan pancaroba hidup... ('',) . Putrajaya bukan asing bagiku....

Sorotan fikiran bercambah mengingati sekitar :

 Kediaman Rasmi PM di Seri Perdana. 

-Mei  2002 : Putrajaya baru dirasmikan .Saat mendaftarkan diri di UKM Bangi penulis dan rakan2 dari Fakulti Pengajian Islam diberi peluang melihat rumah rasmi Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad. Penulis dan rakan2 dibawa ke pejabat penerangan Jabatan Perdana Menteri oleh Menteri di JPM Bridg (B) Zainal Abidin. Penulis bersalam dengan menteri ketika itu dan dikhabarkan masuk Metro pada esoknya..tapi sampai sekarang penulis tak pernah pun tengok.itupun bekas housemate bagitau..zulhazmi, kat mane la ko sekarang ni .


-Januari 2003: Masa ni penulis dah memiliki motosikal sendiri.biarpun second hand tapi bangga hasil kerja duit sendiri sebelum masuk U tu.. BDR 1503 Suzuki Best warna biru..hahaha. Petang tersebut penulis ambil kesempatan meronda dengan teman baik ketika di UKM iaitu Hudzairi Aziz. Menjelajah jalan2 di Putrajaya..alangkah bangganya jadi anak Malaysia. :) Saat itu Putrajaya bukan jalan asing bagi penulis.ade je masa senggang pasti ke sana lah penulis ambil angin lepaskan tension study..ha3.

Masjid putera : Waktu kerja di JPA selalu penulis bersalaman dengan Dr M, Paklah dan Najib. Pernah solat Jumaat selang seorang adalah Menteri Hishamudin Husin. Selalu pergi solat jumaat dengan abang zizi dan makan di kantin JPA lepas tu dengan dia. :)

-Mac 2004 : Teringat pada Pesta Citrawarna Malaysia 2004. Masa ni penulis dah duduk bujang tahun 3 di UKM. Kami masa tu duduk di Teras Jernang Bangi. Tak jauh pun dari Putrajaya. malam tu penulis ditemani rakan2 serumah iaitu Yusof ganu, Daus FST dan Sukre Klate serta teman rapat penulis iaitu Arwah Sobri. menggagahkan diri menunggang modenas Kriss II di malam itu. Lokasi pertunjukan di hadapan bangunan MOF Putrajaya. Indahnya malam waktu itu. :)

 
 Betul2 atas pangkin batu itulah penulis bersama 4 rakan belajar dulu di UKM pernah diabadikan.Ade masa nanti penulis akan scan dan masukkan di sini.InsyaAllah

-Masih 2004 : Masih bersama rakan serumah..Berempat sepakat untk berbuka puasa sunat Sya'aban di Souq Putrajaya bawah masjid Putra. Hi3..Padahal mase tu masing2 tengah study lagi..duit pun selalu on of..ha3. Menunya sampai sekarang penulis ingat lagi.. Nasi Arab Souq with Papadom. :)

-April 2005 : Tengah gigih menyiapkan Tesis kerana masa ni penulis dah pun tahun akhir di Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam di UKM. Jangan terkejut ye ape tajuk penulis ambil " BIRO AGAMA ISLAM PEMUDA UMNO 2002-2005". Percaya tak bangunan JPM dan bangunan JAKIM penulis bersama 2 lagi rakan selalu turun naik bagi mencari bahan..mengingatkan pula pada Mohd  Jirran dan Azamam Yusof.  Sempat berjumpa SETPOL Menteri di JPM bagi Hal Ehwal Agama Islam. :)

 Bangunan Putra Jaya Holding (PJH)..Kat sinilah penulis kena bayar saman parking mase hantar surat kursus di depan bangunan MOF. Dapatlah diskaun sebab kena saman waktu kerja. Thanks En.Nawi yang bagi surat sokongan untuk dipanjangkan. 

 -Oktober 2005 : Dah tiba masanya untuk penulis cari kerja..Ye..Pada sekitar bulan tersebut dengan bantuan dari ahli keluarga,penulis telah dipanggil untuk menghadiri temuduga tertutup jawatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang berpengkalan di Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA) Putrajaya. Pegawai penemuda tu penulis dah lupa tapi Chief Clark ketika itu Mazlan. Ada nama yang serupa dengan CC itu yang takkan penulis lupa sampai sekarang..

Masa hari temuduga PKS, penulis berehat sorang2 di masjid  putera ni..mase tu ade solat jenazah bekas Isteri Perdana Menteri time tu, pak lah iaitu Datin Seri Indon.

Percaya tak mase temuduga berlangsung ade sorang lagi calon iaitu nama yang sama iaitu Mazlan..Mazlan ni lah yang akan penulis sebut bagi post thread yang panjang disini..hihi.Alhamdulillah penulis diterima bekerja dengan gaji hari sebanyak RM12.55 sejam. So sehari dapatlah dalam RM50.00 . Kalau hari cuti maka tak dapatlah gaji. :(

-November 2005 hingga Januari 2007 : Masa ni Putrajaya dah merupakan tempat periuk nasi penulis waktu itu. Yelah..dengan status pekerja kontrak sambung 6 bulan,6 bulan  di JPA mengingatkan penulis pada wajah-wajah yang takkan penulis lupa hingga kini..Apa khabar Rashdan,En Nawi, Fauzi, Wawa, Encik Mat Hasan, Abang Zizi, Darul Azuan,Hasli, abang joe dan ramai lagi.. Waktu inilah penulis banyak menemani kursus di luar JPA sepreti di Kuala Terengganu dan Melaka. Majoriti nama penulis sebut diatas masih lagi di JPA Best betul time pagi2 Sabtu selalu beronline game Winning Elven 7 dengan Rashdan Perancis dan Abang Din Brazil. 

Ni kat dataran Perdana sebelum souq.. kat sini lah penulis dan lan serta ditemani nazib,farid dan keiri meraikan kejayaan penulis dapat KPLI j-QAF pada malam Disember 2006. Mase tu sepakat semua pakai baju hitam..hi3..sekarang hampir semua dah berumahtangga.

-Mac 2007-Mei 2008 : Masa ni penulis dah ditawarkan kursus KPLI j-QAF di Insitut Perguruan Islam Bangi (IPIS)..pun masih tak jauh dari Putrajaya. Selalu ketika musim bercuti sekitar tahun tersebut kami perlu melapor diri untuk berkursus. malam-malam di bilik Hostel IPIS kami berempat makan malam di Food Court Abu Bakar Baginda..Betul2 sebelah pintu Gate belakang Putrajaya. Gate ni lah yang penulis lalu waktu kerja sekitar tahun 2005-Jan 2007 dulu. Mazuan,Faizal dan Ustaz Khairi.. Teringat waktu kereta Kelisa Faizal terlanggar lubang besar di tepi gate trafik light di situ.

- Disember  2005- Mei 2008 : Percaya tak, Mazlan nilah yang menjadi rakan serumah penulis ketika tinggal di kuarters Perumahan JKR Sungai Jelok Kajang..kira-kira 15 minit dari Putrajaya. Masa ni pelbagai kenangan manis antara penulis dan lan kami lalui bersama. Pernah susah senang bersama..pernah sama-sama makan sebungkus nasi goreng ketika World Cup 2006. Pertemuan ketika temuduga tu ada hikmah yang besar..dan sampai sekarang Mazlan bin Mamat masih menjadi rakan baik penulis hingga kini. :). Sekarang Lan menjadi pegawai di INTAN kemaman Terengganu.


Lan..ingat lagi tak kita melepak dengan Keri dan kembar (Farid dan Nazib kat bawah Jambatan Seri Perdana berdepan PICC sekitar september 2006? 




Lamunan penulis tamat sekitar jam 5.40pm kerana ingin ke  Presint 9 Putrajaya. Penulis membelah jalan-jalan kenangan pada petang yang indah itu dengan seribu memori yang tak mungkin terpadam buat selama-lalamanya. Thaks buat insan-insan yang akan ku kenang . :-)

Khamis, 21 Jun 2012

Mesyuarat Data j-QAF 6 bulan Pertama 2012

Salam ukhwah..



Pada hari semalam 19 Jun 2012 ( Selasa) berlangsungnya satu mesyuarat kutipan data selaras bagi Daerah Hulu Selangor yang bertempat di PPDHS TNB Aras 3 Kuala Kubu Bharu. Alhamdulillah..mesyuarat tersebut bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru data j-QAF setiap sekolah bahkan turut disertai oleh Guru Pendidikan Islam bagi membincangkan agenda sukan PEKDIS (Pertubuhan kebajikan Guru2 P.Islam Selangor).

Mesyuarat tersebut diselia oleh Penyelaras j-QAF daerah Ustaz Shamsuddin. Terdapat ralat bagi e satu v.12 yang mane JU memberitahu data tersebut tidak boleh dibaca dalam e-sekolah. Sehubungan itu versi 12.1 akan dibekalkan secepat mungkin. Alhamdulillah pada pagi ini telah dibekalkan versi terbaru. KLIK SINI  . Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 Pagi. 

SKTAR diwakili oleh penulis dan GPI Ustazah Asfarina binti Ghazali.

Sabtu, 16 Jun 2012

PAFA

 Salam


Semasa di SAMT KKB pada 14 Jun 2012 (Khamis) yang lalu, Pentaksir J/U Daerah iaitu ustaz Bakhtiar bin Matal telah mengingatkan sekali lagi tentang Pentaksiran Negeri Selangor yang bakal berlangsung pada bulan Julai ini, Beliau juga memberitahu bahawa hanya Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak sahaja satu2nya sekolah dari Hulu Selangor yang bakal dilawati oleh pentaksir negeri Selangor nanti.

 Slot tayamum

InsyaAllah..Panitia Pendidikan Islam SKTAR bersedia menerima kunjungan dari pihak berkenaaan. Yelah..bukan mudah melentur anak bangsa yang begitu berminat dengan agama Islam ni. Tangungjawab besar bagi kami guru-guru Agama di sekolah ini. Apepun Thanks banyak2 pada Ustaz Bakhtiar yang mengingatkan kami akan lawatan itu kelak.

Urusetia Ikhtifal di SAMT KKB

 Salam..

 

Pada 14 Jun 2012 Penulis telah diberi tugas untuk menjadi urusetia majlis Ikhtial Pertandingan Bahasa Arab Peringkat Zon 4 dimana daerah Petaling,Shah Alam dan Hulu Selangor bertemu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu ( SAMT KKB) . Pada kali ini daerah penulis menjadi tuan tumah. Banyak pengalaman baru yang penulis timba setibanya di sekolah menengah Agama ini. Bukan apa..penulis terkenang kembali ketika belajar di :

  • Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar pada 1995-1999 (Form 1-5)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima Sg.Besar 2000-2001 ( Lower & upper six)
 

Penulis mendapat surat dari abang Asmara PAR Sekolah memaklumkan bahawa peulis bersama 5 lagi guru diamanahkan sebagai urusetia iaitu Ustaz Bakhtiar Matal..hehe dari SJKT Sg.Coho, ustaz Norhisyam SJKC Bukit Tangga, ustaz Shamsuddin dari PPDHS,Ustaz Hisyamuddin dari JPNS..dah lama tak jumpa dia.. Ustaz Zaki dari SK Ampang Pecah. Oh ya..minggu ni (11&12 Jun 2012 penulis MC,Rabu semalam je ada di sekolah)


Kami tiba di sekolah tersebut sekitar jam 7.50 dan bersarapan makaroni goreng di kantin dan selepas itu kesemua hakim dan urusetia diberi taklimat pertandingan oleh ustaz Hisyamuddin JPNS dan dibantu oleh Penyelaras Agama Daerah Hulu Selangor Ustaz Sabri. Penulis membantu Ustaz Bakhtiar untuk menyiapkan data statistik dan keputusan penuh pertandingan. Memang tak menang tangan. Tapi alhamdulillah..kerja semakin mudah yang mana bantuan dihulu oleh ustaz2 di bilik mesyuarat tersebut.

 

Sempat menyinggah ke Restoran Bawah Pokok menikmat Soto dan kali pertama juga menaiki Hilux Ustaz Bakhtiar.he3.. Oh ya..penulis juga berjumpa anak bongsu PK Koku SKTAR Puan Jahshiah di sekolah Agama tersebut. Oklah..Pertandingan selesai pada jam 4 petang. penulis dan Ustaz Zaki meneruskan perjalanan pulang menaiki kereta beliau ke rumah yang sama. ( Housemate le..).

Berjumpa lagi.  


Jumaat, 1 Jun 2012

Diari cuti penggal Mei-jun 2012

 Berikan ku Diari, kutulis setiap hari...


Sabtu (26 Mei 2012 ) : memancing bersama sohabul al hafiz syeikh Hishamudin di KolamMemancing Apak. Hampa. dah 5 jam seekor ikan tak lekat. Kolam harini penuh dan sayu je kami tengok orang lain asyik angkat joran (angkat ikan le tu). siap ada yang offer umpan untuk kami. ha3. First time pergi mancing kat sini.


Ahad (27 Mei 2012 ) : Harini tak kemana. Masih di KKB. Penuhi aktiviti dengan membasuh baju, repair pancing dan kemas beg untuk balik kampung esok. Cuaca harini hujan lebat.sejuk je. Banyak tengok tv dan buat kerja rumah. hahaha. So harini takde yang special.


Isnin (28 Mei 2012 ) : Balik kampung...ooo.. balik kampung. :). Pergi kedai Sunny Sg. besar beli umpan dan bancuh untuk pergi mancing esok.


Selasa (29 Mei 2012 ) : Menggerakkan kereta mencari lubuk baru untuk dikail. Sasaran di Bagan Terap dan Parit 2 Sungai Besar. Berkenalan dengan kenalan baru yang turut meminati hobi yang sama. Sama2 hampa sekali lagi sebab joran tak mengena. ;)


Rabu (30 Mei 2012 ) Kawan2 lama di sekolah ajak keluar minum. Kami ber4 minum di Mutiara Seafood Sg.Besar. Seronok berkongsi kembali ceritera dan berita. Walau SMKASL 2001 berlalu pantasnya. Baim, Awi dan Parul. Jam 9.30-12 Pagi :)


Khamis (31 Mei 2012 ) Gerak kembali ke KKB. Hadiri Kem mini asrama dan hantar adik Zulkhairi ke Gerachi lepas dia dikhatankan. Thanks Panitia P.I. Pergi  One Utama Damansara temankan member betulkan tali reket beliau. Cuaca otw kesana sungguh mencabar. Jalan tak nampak. hujan lebat.


Jumaat (1 Jun 2012 ) : Entah macamne boleh tersadai di bilik guru walau cuti masih berlangsung. Gigih menyiapkan SAPS, SPLG LADAP dan e-Kelas JQAF Jun 2012 hingga petang.huhuhu. 


So setakat ini sahaja laporan diari penulis setakat ni. Tak sempat nak berjalan jauh pun cuti2 ni. huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...