Sabtu, 16 Jun 2012

Urusetia Ikhtifal di SAMT KKB

 Salam..

 

Pada 14 Jun 2012 Penulis telah diberi tugas untuk menjadi urusetia majlis Ikhtial Pertandingan Bahasa Arab Peringkat Zon 4 dimana daerah Petaling,Shah Alam dan Hulu Selangor bertemu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu ( SAMT KKB) . Pada kali ini daerah penulis menjadi tuan tumah. Banyak pengalaman baru yang penulis timba setibanya di sekolah menengah Agama ini. Bukan apa..penulis terkenang kembali ketika belajar di :

  • Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar pada 1995-1999 (Form 1-5)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima Sg.Besar 2000-2001 ( Lower & upper six)
 

Penulis mendapat surat dari abang Asmara PAR Sekolah memaklumkan bahawa peulis bersama 5 lagi guru diamanahkan sebagai urusetia iaitu Ustaz Bakhtiar Matal..hehe dari SJKT Sg.Coho, ustaz Norhisyam SJKC Bukit Tangga, ustaz Shamsuddin dari PPDHS,Ustaz Hisyamuddin dari JPNS..dah lama tak jumpa dia.. Ustaz Zaki dari SK Ampang Pecah. Oh ya..minggu ni (11&12 Jun 2012 penulis MC,Rabu semalam je ada di sekolah)


Kami tiba di sekolah tersebut sekitar jam 7.50 dan bersarapan makaroni goreng di kantin dan selepas itu kesemua hakim dan urusetia diberi taklimat pertandingan oleh ustaz Hisyamuddin JPNS dan dibantu oleh Penyelaras Agama Daerah Hulu Selangor Ustaz Sabri. Penulis membantu Ustaz Bakhtiar untuk menyiapkan data statistik dan keputusan penuh pertandingan. Memang tak menang tangan. Tapi alhamdulillah..kerja semakin mudah yang mana bantuan dihulu oleh ustaz2 di bilik mesyuarat tersebut.

 

Sempat menyinggah ke Restoran Bawah Pokok menikmat Soto dan kali pertama juga menaiki Hilux Ustaz Bakhtiar.he3.. Oh ya..penulis juga berjumpa anak bongsu PK Koku SKTAR Puan Jahshiah di sekolah Agama tersebut. Oklah..Pertandingan selesai pada jam 4 petang. penulis dan Ustaz Zaki meneruskan perjalanan pulang menaiki kereta beliau ke rumah yang sama. ( Housemate le..).

Berjumpa lagi.  


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...