Selasa, 26 Februari 2013

Mesyuarat LADAP Daerah Pertama 2013

Salam..

Apa khabar semua..Pada 26 Februari 2013 (Selasa) jam 2.00 petang hingga 5.00 petang berlangsung mesyuarat pertama Latihan Dalam Perkhidmatan 2013 peringkat Daerah Hulu Selangor. Bertempat di bilik mesyuarat PPDHS KKB cuaca di luar bangunan sedang diruntuni hujan lebat membasah bumi daerah tenang ini. 


Penulis pegang jawatan S/U ladap buat kali keenam berturut-turut..Perghhh.. rekod tu..hahaha. Pada 2007 penulis dah didedahkan dengan LADAP pertama tapi masa tu penulis masih Guru Dalam Latihan maktab (GDL).. Masa tu cikgu Salmiah binti baharin jadi S/u nya.sekarang beliau dah berkhidmat di Sabah sejak 2010.. Mulai 2008 dah kena pegang jadi penyelaras sepenuhnya. Tapi era LADAP paling seronok masa 2009-2010 time encik Hasren Damiri jadi Penyelaras Daerah. 


Oh ya.. Penyelaras terbaru daerah Hulu Selangor kali ini adalah  Puan Surial. Pada mesyuarat petang tu berjumpa 2 rakan lama semasa pegang tahun 2008 lalu yang still masih orang yang sama iaitu abang Kamal dari SJKC Khin Ming KKB dan cikgu Maarof dari SK Lembah Beringin. Sempat berkenalan dengan cikgu otai bekas tenaga pengajar di SK Tun Abdul Razak dulu..Cikgu Zainuddin . beliau pernah berkhidmat di SKTAR tahun 1989 dulu.

Antara isi penting msyuarat petang itu menerangkan tentang : 


  1. Keperluan borang kaji selidik SPSK 10/1-14
  2. e-Profil 2013
  3. Takwin LADAP sekolah 2013
  4. 2 kali tuntutan kursus berbayar PPDHS

Mesyuarat berakhir agak lewat sekitar jam 4.45 petang. Penulis,cikgu Zainuddin dan cikgu Maarof dah keluar dulu..hihihi.. Kami perasmi minum petang yang menghidangkan mee kari dan kuih apam balik. Sambil tu  bersembang dengan cikgu Zainuddin tentang kisah sewaktu di SKTAR.


Berjumpa lagi di lain masa.. Bye

Sabtu, 23 Februari 2013

Merentas SMK Taman Bunga Raya 1

Salam..


Pada post kali ini penulis nak berkongsi kisah tentang kehadiran Mesyuarat Penyelaras TKRS dan KRS Hulu Selangor 2013. Ianya dipengerusikan oleh Puan Suhana dari PPDHS dan dibantu oleh 2 guru Turus dari SMK Taman Bunga Raya 1 dan TKRS oleh Ustaz Rosmadi untuk TKRS. Sebenarnya penulis cuma menggantikan Cikgu Nayan yang terlibat dengan Kejohanan Kriket Hulu Selangor di SMK Syed Mashor.

Berjumpa kembali rakan2 lain seperti Ustaz Rosmidi dari SK Hulu Bernam, Ustaz Zahari dari SK KKB, cikgu Abdul Salim SK Soeharto, Cikgu Maarof SK Lembah Beringin dan Cikgu Hisham dari SK Kalumpang. Mesyuarat berlangsung di Dewan al-Farabi di Based dataran sekolah berkenaan.

Hampir tak ingat jalan ke Taman Bunga Raya. last pergi mesyuarat data i-KEPS Kokurikulum pada 2011 lalu. Mujur ada juga teman se " time " yang agak lewat tiba..hahaha,.Mesyuarat sepatutnya jam 2.30 namun pukul 3.00 petang barulah start. 


Taklimat itu ditemani dengan cuaca hujan lebat di luar. Seusai tamat makluman pada jam 4.30 petang itu penulis bergerak balik melalui jalan  Rasa dan sempat solat Asar di Komuter Rasa sebelum mengeteh bersama rakan-rakan dari Ampang Pecah di Taman Milenium sedari jam 5.00-7.00 petang menikmati burger arnab.Eksotik kan..hehehe.

Selamat

Sabtu, 16 Februari 2013

Jalan Sepanjang Kenangan

Salam..

Waktu penulis sedang menaip untuk post kali ni hujan lebat sedang melanda kampung kelahiran penulis di Sungai Besar Selangor. Kepulangan hari minggu yang tak dijangka hanya kerana cuti Tahun Baru Cina pada 10-13 Februari 2013 yang lalu sepatutnya masa terisi dengan aktiviti cuti.. tambahan pula nak pulang dah separuh hari sabtu rencam berjalan ikut rencana matahari aturan Ilahi..Tapi penulis punya agenda lain sepanjang cuti umum di malaysia itu minggu lalu. Sibuk menguruskan hal silaturahim dan semoga lancar hendaknya. 



Lewat tengahari tadi 16 Februari 2013 jam 2.30 petang barulah tergerak naluri untuk pulang sekali lagi jam 3.30 petang.  Perjalanan lancar ditemani pepohon yang biasa melihat kelibat penulis membelah jalan sepanjang kenangan sejak 2007 lalu. Terleka melihat beberapa buah kereta berhenti di bahu jalan sekitar jalan lama Sungai Panjang- Belia apabila mereka mencuba nasib tatkala kail diumpan di pinggir anak sungai gambut hulu Bernam. 

Tiada perkara khusus untuk dikongsi bersama pada post minggu ini, sekadar menjenguk blog yang sudi menjadi diari kehidupan sama ada suka,duka mahupun perasaan yang meleret tak henti memikirkan itu dan ini.

Jalan sepanjang kenangan itu tak pernah sunyi dari ingatan.

Sabtu, 9 Februari 2013

Anak angkat 2013

Salam semua pembaca..

Cuti panjang..hahahaha.. Alhamdulillah. Ahad,Isnin dan Selasa ini cuti umum sempena Tahun Baru Cina dan bilamana ia di sambut di Malaysia maka warga pendidik pun kan dapat cuti umum.Itulah untungnya jadi guru cuma sistem failing sahaja yang semakin membebankan guru-guru masakini. Harapan semoga KPM dan JPN negeri masing-masing dapat mencari alternatif bagi mengurangkan beban kerja guru di masa akan datang. Aamiin.

Oklah, post pada kali ini penulis nak kongsikan tentang Program Mentor Mentee yang seringkali diadakan setiap awal tahun bagi membimbing murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR kelak. Tahun ini agak ramai tahun 6 di mana penghijrahan besar-besaran murid tahun 6 dan 5 dari SK Kampung Kuantan melibatkan murid-murid Asli di perkampungan Hulu Tamu dan Hulu Rening Batang Kali. 

 Penulis bersama adik Abdul Rahim bin Abdul Rani.

Penulis bersama adik Nazri

Tahun ini penulis dapat 2 orang anak angkat untuk di pantau agar keputusan UPSR mereka memberangsangkan. Ok,bersiap sedialah dengan sifir,formula,adverb,pronaunce,karangan,hasil ujikaji dan latih tubi.Semoga berjumpa lagi di lain berita dan rencana. wasallam...

Sabtu, 2 Februari 2013

Jom ber LADAP...

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar buat semua pembaca blog bilikjqaf? Harap semua sihat lah ye. Sebenarnya takde peristiwa terbaru nak dikongsi sepanjang minggu lepas. Terkadang idea nak menulis ni tengok pada situasi,ada waktu tangan laju menari terkadang leweh dan lelah yang tak di undang menjemput masa... Oklah, cuma nak dipatrikan dalam blog ini pada hari Khamis ( 31/1/2013) jam 2.45-4.40 pm berlangsungnya mesyuarat PSS. So penulis pun nak menempel slot Latihan dalam perkhidmatan School in Based.


 Pinjam laptop cikgu Noriah.. tq 

senyuman ustazah dan guru2 wanita. Apa yang dibualkan tu.

Perkumpulan guru-guru pada petang itu bagi membincangkan takwim keperluan kursus sepanjang 2013 ini. Semoga perkongsian ilmu dan wacana dari pengalaman guru-guru dapat membantu lagi menaikkkan prestasi sekolah melibatkan para pendidik dan terkesan pada murid2 SKTAR. Jom bugarkan diri. Hiasi akhlak hiasi sahsiah diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...