Selasa, 26 Februari 2013

Mesyuarat LADAP Daerah Pertama 2013

Salam..

Apa khabar semua..Pada 26 Februari 2013 (Selasa) jam 2.00 petang hingga 5.00 petang berlangsung mesyuarat pertama Latihan Dalam Perkhidmatan 2013 peringkat Daerah Hulu Selangor. Bertempat di bilik mesyuarat PPDHS KKB cuaca di luar bangunan sedang diruntuni hujan lebat membasah bumi daerah tenang ini. 


Penulis pegang jawatan S/U ladap buat kali keenam berturut-turut..Perghhh.. rekod tu..hahaha. Pada 2007 penulis dah didedahkan dengan LADAP pertama tapi masa tu penulis masih Guru Dalam Latihan maktab (GDL).. Masa tu cikgu Salmiah binti baharin jadi S/u nya.sekarang beliau dah berkhidmat di Sabah sejak 2010.. Mulai 2008 dah kena pegang jadi penyelaras sepenuhnya. Tapi era LADAP paling seronok masa 2009-2010 time encik Hasren Damiri jadi Penyelaras Daerah. 


Oh ya.. Penyelaras terbaru daerah Hulu Selangor kali ini adalah  Puan Surial. Pada mesyuarat petang tu berjumpa 2 rakan lama semasa pegang tahun 2008 lalu yang still masih orang yang sama iaitu abang Kamal dari SJKC Khin Ming KKB dan cikgu Maarof dari SK Lembah Beringin. Sempat berkenalan dengan cikgu otai bekas tenaga pengajar di SK Tun Abdul Razak dulu..Cikgu Zainuddin . beliau pernah berkhidmat di SKTAR tahun 1989 dulu.

Antara isi penting msyuarat petang itu menerangkan tentang : 


  1. Keperluan borang kaji selidik SPSK 10/1-14
  2. e-Profil 2013
  3. Takwin LADAP sekolah 2013
  4. 2 kali tuntutan kursus berbayar PPDHS

Mesyuarat berakhir agak lewat sekitar jam 4.45 petang. Penulis,cikgu Zainuddin dan cikgu Maarof dah keluar dulu..hihihi.. Kami perasmi minum petang yang menghidangkan mee kari dan kuih apam balik. Sambil tu  bersembang dengan cikgu Zainuddin tentang kisah sewaktu di SKTAR.


Berjumpa lagi di lain masa.. Bye

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...