Jumaat, 18 September 2009

AKTIVITI MENJELANG SYAWAL DI SKTAR


Salam Aidilfitri buat kesemua pembaca blog..




Aidilfitri bakal menjelma lagi 2-3 hari dari sekarang...Rasa terlalu sekejap je Ramadhan datang..dan Ramadhan dah pun nak berlabuh tahun ni..Ya Allah..berilah kesempatan untuk aku sambut dan sempurnakan Ramadhan tahun hadapan dengan lebih baik lagi..Amin ya Rabbal Alamin. Semoga Syawal kali ni menjadi Syawal yang dapat mendidik hawa nafsu penulis sama seperti bulan sebelumnya.Insya Allah.


Ok..ape nak mula dulu ye...kita tengok dulu lah ape program yang sekolah dah buat sepanjang minggu lepas untuk ihyak Ramadhan dan sambutan Aidilfitri untuk 40 murid2 Islam SKTAR dari hampir 200 murid keseluruhan yang mendaftar di sekolah asli ini. Pada hari khamis ( 10hb september 2009) hari terakhir murid2 UPSR jawab exam..guru2 SKTAR berkesempatan membungkus dan re packing kerepek raya yang penulis beli siap2 dari kampung. Hasil collection guru2 tersebut sebanyak RM ***.** cukup untuk membeli 4 kerepek setiap satu 5kg.setiap murid Islam dapat 4 aneka kerepak yang dibungkus kecik2.


Pada 15hb september 2009 (selasa) kesemua guru-guru sepakat menyumbang wang,tenaga dan keringat bersama-sama membuat bubur lambuk,bihun sup n kuih muih untuk hidangan berbuka bagi diagihkan untuk murid Islam dan guru2 waktu berbuka magrib hari itu. Kesemua guru-guru diberi tugas yang sama rata. Guru perempuan sibuk memotong bhn 2 mentah,menumis dan menyediakan bahan..guru2 lelaki pulak, membasuh periuk belanga, mengacau bubur dan menjadi penglipur lara..hahaha... So pada waktu sebelum balik kesemua sumbangan makanan tersebut berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh puan Guru Besar.


Pada 16hb September 2009 (Rabu) kesemua guru2 dan staf sokongan sekolah berjaya mengadakan majlis makan berbuka puasa bersama murid2 Islam asrama.Hampir separuh dari warga sekolah diirngi family turut memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di kantin sekolah.anggaran seramai 60 orang hadir di majlis tersebut.Makanan dan kuih muih dihidangkan oleh pembekal makanan asrama dan sedikit sumbagan dari warga sekolah. Majlis turut diberkati dengan solat maghrib,Isyak,Tarawikh dan witir yang di pimpinkan oleh Ustaz Bakhtiar dan jemputan Ustaz Nahari (suami cikgu huda). Majlis selesai sebelum pukul 10 malam.


Pada 17 september 2009 (khamis) adalah hari terakhir sebelum persekolahan ditutup selama seminggu bermula esok untuk meraikan kedatangan aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Pada pagi ini..satu perhimpunan khas diadakan bagi menyerahkan sumbagan aidilfitri pada setiap murid2 Islam yang bersekolah di sini. Sebanyak 31 beg beras dan beg keras mengandungi baju raya,kuih raya dan sedikit sumbangan wang telah disempurnakan dengan jayanya oleh puan GB dan dihadiri oleh kesemua guru-guru SKTAR. Oh ya..hari ini juga merupakan hari terakhir untuk guru GSTT sekolah ini bertugas mengantikan tempat puan Hamidah yang cuti bersalin. Terima kasih atas sumbangan diberikan oleh cik Nadia dari warga sekolah.


Penulis selamat sampai ke kampung tercinta di Sungai Besar pada jam 6.00 petang...cuaca sepanjang petang ini hujan..adakala lebat dan renyai2..santaklah sampai ke malam ini. Dan pada malam itu juga sedikit berita sedih disampaikan oleh ibu penulis dan ibu2 saudara tentang kepergian adik sepupu penulis yang dijemput Ilahi pada jam 11.30 malam ini..mangsa koma selepas terlibat dalam langgar lari pada jam 10.00 pagi tadi sewaktu menghantar barang. Al-Fatihah untuk arwah pijoi ( Mohd Farizul bin Ramlan)..semoga Pak Uteh dan Mak Uteh tabah menghadapi aidilfitri tanpa kehadiran anak tunggal lelaki mereka. Seperti baru semalam penulis meraikan aidilfitri bersama arwah ( tahun lepas).


Jadi buat kesudahannya..berhati-hatilah kita di sepanjang masa terutama di jalanraya.lagi2 jalan jem teruk nak raya ni.Ingatlah orang yang tersayang. Di kesempatan ini penulis ingin memohon ampun dan maaf buat kesemua pembaca blog yang penulis hormati.Jika ada tutur bicara dan penulisan yang bisa membuat hati kalian pedih,sejuta kemaafan ..Maaf Zahir dan Batin..Raya jemput datang kerumah ye..apepun call dulu...selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari penulis dan kesemua ahli bilikjqaf dan warga sekolah.

Rabu, 9 September 2009

PENULIS DAN SKTAR MASUK BERITA HARIAN

Salam..tadi Guru Besar memaklumkan pada penulis bahawa gambar penulis turut termuat dalam sisipan pendidikan dalam akhbat Berita Harian hari ini.. ini penulis copy n paste dari Laman Web Akhbar tersebut..


Untuk melihat berita penuh sila klik :
.................................................................................................................................................................
Sayangi Sekolah: Jadikan teladan

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mailto:Latehupen@bharian.com.my


Sebahagian ibu bapa mengikuti kelas dewasa.


SK Tun Abdul Razak usaha gigih ubah tahap pendidikan Orang Asli DALAM usaha memujuk anak Orang Asli hadir ke sekolah, guru Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (SKTAR), Hulu Selangor, sanggup meredah perkampungan kaum minoriti itu untuk mencari murid masing-masing. Usaha mereka tidak terhenti setakat itu kerana pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan, antaranya membawa murid menonton filem Inggeris di pawagam bagi menyuntik minat mereka terhadap bahasa antarabangsa itu.

Guru Besar SKTAR, Azizah Hassan, berkata usaha itu sebahagian program Jejak Kasih diperkenalkan sekolah berkenaan sejak 2005 bertujuan mendekatkan guru dengan murid yang kebanyakannya masih tidak minat belajar. Beliau berkata, pendekatan memujuk murid Orang Asli supaya rajin datang sekolah dan cintakan pelajaran itu berkesan kerana ia membawa perubahan secara beransur-ansur. Sambil menjelaskan pelaksanaan program itu juga berjaya mengurangkan kadar ponteng sekolah, katanya, usaha diteruskan bagi mencapai tahap sifar, sekali gus mengatasi masalah murid Orang Asli tercicir dalam pelajaran.



GURU turut mengajar di luar bilik darjah bagi memupuk minat belajar di kalangan murid SKTAR. (Penulis)

“Sebahagian murid sekolah ini tinggal di asrama. Mereka dari 10 kampung Orang Asli berhampiran iaitu Kampung Tun Abdul Razak, Kerling, Gerachi Jaya, Pertak, Buloh Telur, Kolam Air, Hulu Tamu, Sungai Jang, Kampung Songkok dan Gurney Hulu Yam. “Kami mengadakan pelbagai aktiviti dan program menarik bagi membuka minda murid menerima arus perubahan termasuk Komuterthon ke Kuala Lumpur, jamuan di restoran Kentucky Fried Chicken dan lawatan ke Wet World, Shah Alam serta Zoo Negara.



“Pendedahan menerusi program seumpama ini diharap dapat mengubah mentaliti mereka supaya berasa lebih terdorong untuk memajukan diri dan keluarga menerusi pendidikan sempurna di sekolah,” katanya. Azizah berkata keberkesanan program itu dapat dilihat apabila semakin ramai murid sekolah berkenaan menonjolkan potensi diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Antara kejayaan diperoleh, katanya, muncul naib johan Kejohanan Bola Baling Karninal Sukan Orang Asli Selangor dan tempat ketiga Kejohanan Sepak Takraw Karnival Sukan Sekolah Orang Asli Selangor, tahun lalu. Turut membanggakan, katanya, apabila sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu Pemahaman dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu. “Pencapaian terbaik murid SKTAR dalam UPSR setakat ini ialah 3A 2B pada 2005 dan kita berharap sekurang-kurangnya seorang dapat 5A tahun ini.

“Bagi mencapai sasaran ini, guru gigih melaksanakan pelbagai usaha termasuk kelas tambahan, Majlis Serah Ilmu, solat hajat, perjumpaan ibu bapa serta kem kecemerlangan UPSR,” katanya. Menyedari kekuatan pengaruh ibu bapa menyuntik semangat belajar anak, Azizah berkata, sekolah turut membuka kelas dewasa khas untuk ibu bapa dan penjaga yang ‘buta huruf’ mengubah tahap pendidikan mereka.

“Kelas dewasa setiap Isnin, Selasa dan Jumaat diadakan supaya mereka turut merasai kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan seterusnya menggalakkan anak bersekolah,” katanya. Usaha agresif dan menyeluruh SKTAR dalam membangunkan pendidikan Orang Asli mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran apabila dianugerahkan Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Rendah Orang Asli 2009, baru-baru ini.

Sabtu, 5 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR UNTUK MURID SKTAR

Tuan Pengarah JPS.. Dr Haji Zahrin Aziz, Pegawai Pelajaran Hulu Selangor, Tuan Haji Suhaimi, warga guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama murid-murid UPSR SKTAR 2009


Salam ukhwah buat semua pembaca blog yang saya kasihi..


Bermulanya hari selasa ini ( 8 September) hingga jumaat murid2 UPSR seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Penulis dan warga bilik jqaf tidak ingin melepaskan peluang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan khusus buat anak didik penulis di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Seramai 15 calon dari sekolah ini akan mengambil peperiksaan tersebut, manakala tambahan 20 lagi calon menumpang dari sekolah swasta Al-Amin Serendah.


Penulis merasakan peratus lulus yang akan diperolehi sekolah ini akan meningkat lagi jika dilihat dari segi kebolehan murid2 belajar. Program mini asrama bermulanya sejak 22 Ogos ( hari pertama puasa) hingga lah sekarang menempatkan kesemua 15 calon UPSR tinggal di Asrama sekolah. Penulis kagum dengan kesungguhan murid-murid mengulangkaji pelajaran hingga malam. Biarpun mereka sedar mereka perlu bersaing dengan ratusan ribu calon UPSR seluruh negara, namun semangat mereka bukan kecil.Penulis sendiri kerap berbuka puasa bersama mereka berdua dan disertai pembekal makanan asrama, saudara salleh.



Buat 2 murid Islam UPSR tahun ini, untuk adik Norhafizah dan adik Murni..ustaz mendoakan agar kalian menjawab dengan yakin sambil tidak lupa berdoa pada Allah taala. Manakala murid non Islam juga,ustaz berharap kalian dapat menjawab soalan dengan tenang. Oh lupa nak cakap..pada semalam jumaat ( 4 September 2009) satu majlis solat Hajat dan bacaan Yasin melibatkan semua warga sekolah telah diadakan. Imam diketuai oleh yang berbahagia Syeikh Bakhtiar bin Matal selaku GPI SKTAR dan bacaan Yasin diketuai penulis sendiri, manakala untuk tahlil ringkas dipimpin oleh bilal Masjid Batang Kali dan Par SKTAR, Encik Sahrin bin Mutalib.


Majlis tersebut diadakan sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung..diharap dengan usaha dan tawakkal pada Allah SWT membuahkan hasil kejayaan.Insya Allah. Majlis itu disertai oleh semua guru-guru termasuk puan Guru Besar, Staf sokongan dan murid-murid Islam SKTAR. Semalam juga merupakan hari terakhir kerani sekolah kami Puan Hasyimah bertugas di sekolah ini. Beliau bertukar ke sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerling bermula selasa ini. Kenangan dan jasa baik bersama kak Syima akan kami kenang selamanya.Teringat memori pergi Zoo Negara dan Petrosains anjuran asrama pada bulan lepas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...