Khamis, 20 September 2012

Mengambil soalan PKSR di SKKKB 2

 Salam..

Pada Selasa ( 18 September 2012 ) Jam2.30 petang, penulis telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu 2 untuk mengambil kertas soalan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) subjek Bahasa Arab dan Jawi untuk murid tahun 3,4,5 dan 6. Lepas je dapat invois dari sekolah penulis maka petangnya lepas solat Zuhur dan makan tengahari bersama murid asrama penulis pun brgerak ke SK KKB 2. 

 
 Nampak tak kuarters Guru di balik pondok pengawal tu? 
Aik..motor siapa yang berani parking kat dataran tu.? Ekekekeke. 


Sekolah ni tersangatlah hampir dengan sekolah penulis. Ikut je jalan belakang Taman Juta tu dah pun sampai..hihihi. Jika ikut simpang lampu isyarat di bangunan TM pekan KKB agak jauh. Bayaran invois sebanyak RM 32.00 telah diserahkan pada PT SK KKB 2 Kak Midah. Sebenarnya soalan2 ni adalah kerjasama antara Majlis Guru Besar Selangor (MGB) dan JPN.

 Bestkan suasana sekolah ni.Bersih je.


Depan tu musolla dan pondok ikan.Ade cleaner sedang bekerja.


Terima kasih pada yang membantu penulis mendapatkan soalan tersebut. Syukran kasiron pada Ustaz Azizi Sarjo guru j-QAF SK KKB2, Puan Mazliawatun PT SKTAR dan puan Midah PT SK KKB 2. Lepas je balik rumah dan berehat sekejap, penulis dah mula nak edit semula soalan tu sesuai dengan aras sebenar murid-murid di sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ni. Sejuk je edit soalan time hujan lebat petang tu di Taman Ampang Pecah KKB. Tido pun sodap :-P

Peperiksaan kertas 2 dijangka pada 8 Oktober 2012 ini dan soalan Lisan boleh mula dijalankan dari 19 September 2012. Minggu ni pun penulis agak sibuk melatih murid takraw yang akan dibawa ke kejohanan Murid Orang Asli di USJ 9 pada 2-3 Oktober nanti. Doakan yang terbaik untuk kami. :)

Isnin, 17 September 2012

First time ke Tanjung Harapan Pelabuhan Klang

Salam..

 
 Flat Seri Rantau di Pelabuhan Klang. Kendurinya di bawah flat. 
Meski dah pukul 3 petang jemputan masih ramai lagi. 
 

Nama je orang Selangor..tapi ni lah first time penulis berkesempatan tiba di sini. Sebelum ni hanya selalu ke bandar Klang dan pekan lain macam Meru, Kapar dan Teluk Panglima Garang. Tapi atas jempuan perkahwinan saudara di Flat Seri Rantau, Rantau Panjang membawa penulis ke Tanjung Harapan Klang. Lepas je berehat di Flat itu penulis dan gerombongan ingin pulang ke Sungai Besar,namun dibawa bersiar-siar ke mari.

Berlatar belakangkan kapal Tengku Mahkota Selangor waktu mengelilingi 
dunia suatu waktu dahulu. ( Kini Sultan Selangor)

Tanjung Harapan Klang ni terletak di Port Klang. Agak jauh sikit dari Bandar Klang. Sekitar jam 6.45 petang penulis dan 2 buah kereta mengambil angin senja di pesisir Pantai Pelabuhan indah ini. Sebenarnya hari tersebut (Ahad) 16 September 2012 jatuhnya hari Malaysia so besok cuti umum. Jadi tak mengapa lajakkan kaki ke mari..hihihi. So Cuti la dari kerja.


Ramai keluarga yang mengambil kesempatan cuti ditemani kicau burung camar di Pelabuhan tersibuk di Selat Melaka pada senja itu..fuh..ayat dah macam novelis la pulak..Jangan marah ye. Ada yang memancing, melihat kesayuan laut serta kapal berlabuh dan melayan karenah anak kecil yang minta itu dan ini. Lewat senja sekitar jam 7.35 petang penulis beransur pulang ke Sungai Besar.



Berjumpa lagi

Semoga penulis dapat berkesempatan tiba lagi ke sini di lain masa. InsyaAllah.

Sabtu, 15 September 2012

Wacana Guru P.Islam dan j-QAF hulu Selangor 2012

Salam..

Pada Sabtu ( 15 September 2012 @ 28 Syawal 1433 Hijriah) telah berlangsungnya Kursus Wacana Guru P.Islam dan j-QAF Daerah Hulu Selangor 2012 yang bertempat di Auditorium Bomba KKB jam 8.30 pagi hinga 12.30 Tengahari. Kursus ini adalah anjuran PPDHS  kelolaan Unit Pendidikan Islam. Tahniah diucapkan pada Ustaz Sabri dan Ustaz Shamsudin serta urusetia yang terlibat.


Dianggarkan seramai 250 orang guru P.Islam Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dari seluruh sekolah dalam daerah ini berkumpul bagi mendengar hebahan kursus dari penceramah dalaman dan jemputan. Terpaku penulis mendengar tajuk ceramah dari Ustaz Hazri SK Kerling : Sanad Ilmu dan sembelihan korban. 

 Persembahan Kalam Jama'e dari Murid Perempuan SK Ampang Pecah. 
Sekolah ustaz Zaki ni.Hi3

 Asatizah min Hulu Selangor 

 Ustaz min Hulu Selangor 

Duduk bersebelahan Guru Cemerlang P.Islam Hulu Selangor Ustaz Shahidan dari SK Batang Kali. Yang kacak bergaya di depan tu Ustaz Faizal j-QAF dari sekolah yang sama  SK Batang Kali.


Jamuan Adilifitri turut disediakan di mana hidangan disumbangkan setiap sekolah akan dinikmati bersama semua peserta kursus.  SKTAR dikehendaki menyediakan kuih raya sahaja. Sempatlah penulis singgah di kedai runcit di pekan Kuala Kubu untuk membeli kuih kacang potong..hihihi.. Itu sahaja yang terlihat dan sempat dibeli. 


Usai kursus penulis bersiap mahu pulang ke Sungai Besar sekitar jam 1.00 Tengahari. Tak sempat menghadiri Jamuan Open House Ustazah Asfarina di Batang Kali dan Kak Yah Kantin di kuarters Maktab Polis KKB petang harinya. Sempat menjengah kedai MDHS bersama Hadi di Taman Milenium. katanya untuk Center kedai buah yang bakal beliau kendalikan. Tahniah.

Isnin, 10 September 2012

Selamat menduduki UPSR 2012

  Salam..

Pada esok hari Selasa hingga Khamis ( 11-13 September 2012) seramai 24 calon tahun 6 dari Sekolah ini akan menduduki peperiksaan UPSR 2012. Manakala 20 calon dari Sekolah swasta al-Amin akan turut menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Dewan SKTAR. Penulis mengharapkan semua calon ini akan dapat memberi seluruh komitmen yang tinggi dalam menjawab kertas soalan kelak.  

3 wakil guru dari SKTAR akan menjadi pengawas peperiksaan di sekolah lain, iaitu Cikgu Yusmawi ( Ketua Pengawas di SK Kampung Kuantan) , Cikgu Siti Khadijah ( SK Rasa) dan Cikgu Noor Hafiza Jabier ( SK Bandar Baru Batang Kali).

Murid-murid Tahun 6 2012
Kiri berdiri :  Cikgu Jauharriah,Natasha Fazlina,Siti Noraziah, Juliana, Azira, Natasha Amelia, Dang Abina, Lina Abai, Norsuhaila, Rozita, Hety Sarlini, Suraya, Noraslina, Safira, Zaini Way dan Penulis. 
Duduk kiri : Azerin, Zulkhairi, Zairin, Shahdil, Aren, Dickson, Salman Dawin, Halim, Hazri, Ramli, Firdaus dan Amil.

Penulis dan Ustazah Rogayah (S/u Peperiksaan ) dah selesai buat persiapan terakhir untuk dewan terbuka tadi sambil dibantu murid2 tahun 5 yang menyusun meja dan buku di dalam rak di belakang dewan. Segala tunjuk ajar yang diberi oleh guru-guru tahun 6 diharap dapat diaplikasikan di dalam dewan peperiksaan nanti. Untuk anak angkat penulis, Firdaus Mohd Nor, semoga lulus dengan cemerlang dalam UPSR kali ini.InsyaAllah.


Selamat Maju Jaya anak-anak muridku.

Jumaat, 7 September 2012

Majlis Serah Ilmu 2012

 Assalamualaikum w.b.t..

Pada hari ni Jumaat ( 7 September 2012 ) berlangsung majlis serah ilmu sempena UPSR kepada semua murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan bermula minggu depan.Rupanya dah genap 6 tahun penulis berada di sekolah ini.. Maksudnya dari murid tahun 6 ini dari tahun satu (2007).. Alangkah cepatnya masa berlalu.


 Bersama mento mentee masing-masing

Anak angkat penulis yang juga Ketua Pengawas 2012 , Firdaus Mohammad Nor bin Rusdi Anuar. Penulis train belaiu sejak dari tahun 1. Alhamdulillah,beliau sendiri yang membaca doa majlis serah ilmu itu tadi.


Penulis mendoakan semua anak didik penulis ini akan dapat menjawab soalan dengan mudah. Itu doa dari seorang guru.Selamat maju jaya semua. Jangan lupakan cikgu-cikgu di Tun Razak ni ye. Igun Muhei boleh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...