Isnin, 28 November 2011

Mancing di Empangan - Cuti2 Malaysia.

Salam semua...

Berteduh di bawah jambatan Pertak


Pada hari Selasa,rabu dan khamis yang lalu ( 22-24 Nov.2011 ) yang lalu penulis dan rakan sehobi iaitu Syeikh Kabir al hafiz , Hishamudin dari SK KKB 1 pergi membuang masa berfaedah di empangan kuala kubu, Lokasinya terletak di Pertak. Jalan menghala ke Bukit Fraser. Biasalah cuti2 Malaysia kann...


Syeikhul Hishamuddin al hafiz sedsng berehat di pondok kecil menghadap tasik. pondok ni boleh dilihat dari tepi jalan. memang happening tapi nak ke pondok ni tersangat mencabar.
ada berann ?

Solat Asar di bawah Jambatan Pertak

Penulis bersama joran ke 2


Kami start mancing jam 3.00 sampai 6.00 petang. Adakalanya solat di kawasan tu je. Memang happening dan menenangkan jiwa. Tapi 3 hari mancing, 3 hari jugaklah hujan serta 3 hari jugaklah kami tak dapat ikan.ha3.. Bila balik je rumah sewa, rakan2 lain tanya dapat ikan x ? jawapan mudah ialah : TAK NAK GANGGU EKOSISTEM. ha3

Sabtu, 26 November 2011

Bercuti ke Sabah

Salam semua..

alhamdulillah..dah pun masuk cuti akhir tahun..ini bermakna para pendidik akan bercuti panjang. Penulis pun begitu juga, masuk je hari sabtu bersamaan 19 November 2011 penulis bersemangat sangat nak pi bercuti. Kalini negeri pilihan adalah Sabah. Dah rancang lama nak ke sini. Sesaje nak release tension dengan masalah kerja dan lain2 lagi.



Sebenarnya penulis secara jujur tulis kat sini masih belum abis pusing 1 semenanjung ni iaitu negeri Perlis dan Johor..hahah..mesti ramai pelik..takkan Johor tak pernah sampai lagi. ye..siyes tak pernah sampai lagi.ha3. Tapi Negeri seberang laut china selatan boleh plak pergi ye..hahaha.. itulah namanya kehidupan. tak de yang pelik selagi ada kemahuan.


Oklah, berbalik pada trip ke sabah ni penulis pergi dengan rakan penulis..Jaszrizal dengan anaknya..hadif. Kat sini penulis short listkan perjalanan penulis ke sana. bukan apa..blog nilah yang akan jadi kenangan buat penulis sekiranya tarikhny dan masa tersebut penulis dah tak berapa ingat sebab dah lama kan. kua3..

Jumaat ( 18/11/11)


- masih di KKB, penulis jadi MC hari anugerah kecemerlangan.

Sabtu ( 19/11/11) -


5.00 pagi : penulis dah bangun. semangat nak naik flight oo.. first time le katakan.hi3

6.30 pagi : bertolak ke rumah Jasrizal di bukit bujang KKB. Terus bergerak ke LCCT Sepang.

8.30 pagi : sampai di airport terminal Air Asia. sarapan pagi di Coffe Bean Kiosk LCCT.

10.15 pagi : Dah pun berada dalam perut pesawat airbus 373 Air Asia. Fuh..teruja sungguh.


10.30 pagi : Pesawat berlepas..woww..takjub nye dapat tengok awan gemawan dan saiz bangunan,sungai,laut dan kenderaan menjadi semakin kecil.

2.35 petang : akhamdulillah selamat mendarat di airport Kota Kinabalu ( KKIA) . Bumi sabah dah aku jejak. syukur.

2.50 petang : check in kat Le Meridian Kota Kinabalu. Cuaca dari sampai sabah sampai ke Malam hujan lebat.


5.00 petang : tengok bola kat dalam hotel je. Malaysia lawan Myanmar sukan Sea semi final. menang 1-0 . jaringan Fakri Saarani. waktu ni kat Sabah dah gelap macam pukul 6.30 petang.


7.00 - Lepas je maghrib, ( maghrib kat sini awal pkl 5 lebih) kami pi Water front KK. Makan Tandori Kebab.

9.00 malam : hujan makin lebat. bersiar kaki di bandar KK.

10.30 malam : tidooo.

Ahad ( 20/11/11)



7.30 pagi : bersarapan pagi di Hotel.. perghh..tak hengat menunye..semua nak capai tapi tulah..nafsu kan. yang masuk dalam perut pun bukanlah banyak sangat pun. subhanallah.


9.00 pagi : kami bertolak ke Jeti Jeselton. Naik limosin Hotel..wow..sweetnya pemandangan KK di waktu pagi. KK memang maju,daerah lain ? hmm..ntahla.


9.30 pagi : kami dibawa menaiki bot laju ke pulau Sapi, Pulau Manukan, Padang Point, and satu pulau lagi tu tak ingat.tapi yang pasti pulau Gaya just lintas kat tepi je.


9.30 - 4.00 petang : bersiar2 kat tepi pantai, snorkling ..paling best dapat bagi ikan makan kat tangan. tetiba je kat sabah ni penulis boleh apungkan diri dan sedikit berenag.kih3.


4. 40 petang : sampai semula di Jeti Jeselton KK. Pulang naik kereta sewa ke Hotel. Orang sabah memang baik2 dan ramah tamah.

7.00 malam : makan malam di Hotel. Superb !!!


8.30 - 10.30 malam : bersiar2 kat pasar besar Filipino market. betul2 depan hotel kami check ini je. Tersenyum salah sorang penjual apabila sorang kwan penulis tersasul nak bawak sourvenier ke Malaysia. ha3.
11.00 malam : Tido.

Isnin ( 21/11/11)

- 8.00 pagi : bersarapan pagi di hotel

-9.30-11.30 pagi : mandi pool di hotel. masa nilah penulis apat berenang. yeyeyeye. Hik3

-12.15 : Check out hotel. Kami dihantar ke KKIA. Abang driver rancak bercerita tentang tanah yang ditambah sekitar jalan ke KKIA yang asalnya adalah laut.


12.30 tengahari : sampai di KKIA.


2.30 petang : bertolak pulang ke Semenanjung.

Begitulah serba sedikit catatan diari sekitar 3 hari 2 malam penulis di negeri Sabah negeri di bawah Bayu. Sayup di kejauhan ternampak gunung kinabalu se akan2 melambai pada kami. semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa SABAH.

SABAH BAGUS BAH.

Ahad, 13 November 2011

Hantar murid ke Sukan Asli di Klang

Salam semua pembaca..


Harini penulis nak kongsi cerita masa hantar murid ke Klang sempena kejohanan murid Orang Asli Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada 8 November 2011 yang lalu. Lokasi pertandingan adalah di Padang Sultan Sulaiman klang dan SMK La Salle Klang. Sebenarnya tarikh mula2 dulu adalah pada 2 November namun ditangguhkan oleh ppd klang. So lepas je raya haji pada 7 Nov 2011 penulis terpaksa pulang ke KKB untuk mematikan 17 murid mewakili sekolah dan daerah Hulu Selangor telah menginap di asrama pada petang Isnin tu ( Isnin masih cuti raya haji).



PPM Asrama, Cik Noor Ida Mardiatun memberitahu masih ada beberapa murid yang tinggal di kampung dan beberapa murid masih belum pulang ke asrama dan dipercayai masih berada di kampung maing2. Nak tak nak penulis terpaksa juga jemput mereka di kampung malam tu. Yelah..senarai peserta dah pun dihantar ke Klang, takkan nak kensel lepas persiapan dan latihan sukan dijalankan minggu sebelumnya.


So pada pukul 7.0 malam penulis mengajak 2 murid asrama untuk tun jukkan lokasi murid tersebut tinggal ( sebab mereka sekampung), penulis juga turut ditemani oleh seorang lagi PPM.. encik Said Sobri. Dengan keadaan jalan yang jem pada malam tersebut sebab orang dah mula pulang ke tempat kerja masing2 lepas bercuti raya korban. Pada jam 8.45 malam penulis sampailah di kampung Orang Asli Hulu Tamu ( menjemput adk Safira) dan ke kampung Orang Ali Hulu Kali ( menjemput adik Noraslina dan Zai).


Ida bagitau muid2 kampung seperti Rafie dan Ramli telah selamat sampai di Asrama dan zulkhairi yang tinggal di Gerachi Jaya telah tiba di asrama. So kuotanya 17 murid telah selamat berada di asrama. Bukan apa..esok pagi2 lagi jam 6.30 pagi penulis dan beberapa guru akan membawa murid tersebut ke Klang. Antara Guru terlibat adalah penulis ( S.U Koko) encik Mohd Yusmawi ( S.u Sukan) dan Pn Hjh Jashiah ( PK Koko) serta dibantu oleh driver PPDHS encik Mohd Jais.



Alhamdulillah perjalanan dari Hulu Selangor ke daerah Klang memakan masa hampir 2 jam. kontijen Hulu Selangor ( atau lebih tepat 100% murid SK Tun Abd Razak) telah tiba di kompleks Padang Sultan Sulaiman Klang pada jam 8.25 pagi. 5 mint sebelum kejohanan dimulakan. Rerupanya Hulu Selangor menjadi kontijen pertama register, hahahaha. So masa yang ada diambil oleh wakil guru untuk menyediakan kelengkapan murid seperti makan minum, nombor atlit dan pendaftaran murid.


So nak diringkaskan yang murid SKTAR seramai 17 murid tersebut mempamerkan aksi terbaik sepanjang berada do lokasi pertandingan. Berikut adalah keputuan keseluruhan :


  • Safira binti Burat : Naib juara100 Meter ( layak ke Johor)
  • Rika Astura binti Lengan, N.Juara lontar peluru ( layak ke Johor)
  • Takraw Regu B . - Hakim,Kamarul, Azmi dan Halim- naib Juara. ( layak ke Johor)
  • Rafie bin Kedun. ketiga lontar peluru
  • Salom bin Ah Rahman keempat lontar peluru
  • Takraw Regu C - Shahdil,Zulkhairi,Sarul Nizam- Keempat

Kontijen Hulu Selangor tidak ketinggalan masa penutupan di SMK La Salle semua berangkat pulang ke bumi Hulu Selangor. Alhamdulillah selamat sampai ke Asrama SKTAR pada jam 8.00 malam. Diharap murid2 SKTAR dapat memberi komitmen tinggi sepanjang berada di Johor kelak bagi mewakili Negeri Selangor ke pertandingan Keohanan Murid Sukan Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Johor Darul Takzim pada 17,18,19 dan 20 November 2011 ini.

SKTAR? CEMERLANG,CEMERLANG,CEMERLANG.!!!

Sabtu, 5 November 2011

MENGINAP DI COLO-COLO SPA HULU TAMU DAN AIDILADHA

Salam..

Pada 4 November 2011 ( penulis dan beberapa orang guru telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan murid sempena perkehmahan TKRS di Spa colo-colo anda ontok2 bersebelahan kolam air panas Hulu Tamu. Antara guru terlibat dalam shift malam tersebut adalah Cikgu Nurhayati, Cikgu Zety, Cikgu Julie, Fahmi dan penulis sendiri.
( stok2 cikgu bujang dan suami jauh..huhuhu)


Kami bertolak naik satu
kereta je pada malam 4 /11/11 menaiki WSE penulis. muat2lah 5 orang he3. Aktiviti menjemput guru bermula jam 10.05 malam. selepas penulis sempat tengok anugerah skrin kejap malam tu.he3..ustaz pun kena ambil tahu jugak maklumat ye tak ?


Alhamdulillah,kami selamat sampai di sana pada jam 11.00 malam. Disambut oleh PK Koku Puan Hajjah Jashiah binti Rabu. Sempat berjumpa fasi2 muda dari pertubuhan Belia Batang Kali. Lepas je pastik
an murid selamat dalam kumpulan masing2 dan dibantu oleh Fasi2 yang ada, penulis serta geng shift malam ambil peluang untuk menikmati makan lewat malam ( supper) di restoran sebelah Petronas batang Kali. banyak yang dibualkan. seronok jugak bila chill out dengan rakan2 sekerja diluar sekolah. Majlis supper tamat jam 12.30 malam.



Kami ingatkan murid perkhemahan dari tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6 ) dah tidur,yelah dah pukul 12.30 malam kan. rerupanye belum lagi. Para fasi masih begitu bersemangat memberi tunjuk ajar dan motivasi be
rguna hingga jam 1.30 pagi. Wahh.. berjaga malam nampaknya murid2 SKTAR. Tahniah. Tapi cikgu2 tak sehebat murid2.. Kami check in dulu ye.huhuhu. Alamak. Sengaja je nak kantoikan group ni. kalau GB baca jangan marah ye. ha3


Esok paginya tamatlah syift kami pada jam 8.00 pagi. semasa nak bertolak pulang terserempaklah dengan geng syift pagi seperti kak Jauhariyyah, kak Liza, Ustazah Asfa dan Cikgu Siti Khadijah. Sebelum pulang sempat kami lepak2 kejap di Kolam Air Panas hulu Tamu. memang tempat ni banyak kenangan. Tapi Penulis hadir bukan kerana seseorang. Kerana tanggungjawab dan amanah
yang diberi.


Penulis dan rakan2 syift malam menikmati sarapan pagi di Restoran Fazlina Maju Kuala Kubu Bharu pada jam 9.00 pagi serta selesai sarapan pada jam 10.40 pagi lepas jumpa cikgu Hamidah yang nak bagi kek raya haji nya pada fahmi dan cikgu Nurhayati.


Penulis bergerak pulang ke Sungai Besar pada jam 2.30 petang. Esok hari raya Haji Aidiladha 1432 Hijrah. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin. :)

HARI KANAK-KANAK 2011

Salam..

Pada 2 November 2011 yang lalu, SKTAR dibawah unit Kokurikulum telah menjalankan aktiviti hari kanak2 peringkat sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh tuan guru besar kita, encik Zulhisham bin Nasir. Majlis tersebut disambut sangat meriah oleh murid2 SKTAR dan kehadiran pada hari tersebut sangat membanggakan. Tahniah Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak Kuala Kubu Bharu. !!!


PK HEM sedang mengagihkan kek pada murid2 selepas rehat.

Gabungan guru ,staf dan murid yang menyambut hari lahir pada bulan 10. Penulis pun ada jugak.he3

Sukaneka tahap 2. baling belon berisi air

sukaneka tahp 1. tiup belon sampai pecah.

Saya berazam nak menang.

SKTAR ? CEMERLANG CEMERLANG CEMERLANG.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...