Isnin, 28 November 2011

Mancing di Empangan - Cuti2 Malaysia.

Salam semua...

Berteduh di bawah jambatan Pertak


Pada hari Selasa,rabu dan khamis yang lalu ( 22-24 Nov.2011 ) yang lalu penulis dan rakan sehobi iaitu Syeikh Kabir al hafiz , Hishamudin dari SK KKB 1 pergi membuang masa berfaedah di empangan kuala kubu, Lokasinya terletak di Pertak. Jalan menghala ke Bukit Fraser. Biasalah cuti2 Malaysia kann...


Syeikhul Hishamuddin al hafiz sedsng berehat di pondok kecil menghadap tasik. pondok ni boleh dilihat dari tepi jalan. memang happening tapi nak ke pondok ni tersangat mencabar.
ada berann ?

Solat Asar di bawah Jambatan Pertak

Penulis bersama joran ke 2


Kami start mancing jam 3.00 sampai 6.00 petang. Adakalanya solat di kawasan tu je. Memang happening dan menenangkan jiwa. Tapi 3 hari mancing, 3 hari jugaklah hujan serta 3 hari jugaklah kami tak dapat ikan.ha3.. Bila balik je rumah sewa, rakan2 lain tanya dapat ikan x ? jawapan mudah ialah : TAK NAK GANGGU EKOSISTEM. ha3

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...