Isnin, 28 Januari 2013

Rileks jap....

Salam..

Harini cuti Umum Thaipusam yang disambut kaum hindu di seluruh negara pada Ahad semalam. So hari Isnin hari ini merupakan cuti umum di Selangor. Penulis masih di kampung menghabiskan cuti selama 3 hari bermula pagi Sabtu lalu. Kejap lagi nak gerak balik ke KKB jam 4.00 petang. Masa melayari internet tadi penulis buka Youtube dan terdengar sebuah lagu yang liriknya cukup melankolik meski lagu lama.



 
 
KEJORAKU BERSATU -Search
 
 Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

Sabtu, 26 Januari 2013

Mesyuarat Panitia Pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t..


 Pada 22 Januari 2013 (Selasa) jam 8.30 - 10.15 pagi bertempat di bilik j-QAF SKTAR, telah berlangsungnya mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Pertama untuk tahun ini. Pada 2013 ini Ketua Panitia yang baru telah dilantik.. Tahniah diucapkan pada Ustazah Noorhayati. Dan selamat datang diucapkan ke SK Tun Abdul Razak. 


Pelbagai agenda dan semangat baru yang direncanakan demi kemaslahatan murid-murid Islam di sekolah ini.
  •  Doa dan ucapan aluan KP
  • Pengesahan minit terdahulu
  • Pembentangan Takwim
  • Aktiviti 2013  : Tasmik, KBS, Bulan Panitia, Kem IQBAL, Bacaan Yasin, buku rekod dll.
  • Hal-hal lain
 Ketua Panitia : Ustazah Noorhayati

Setiausaha Panitia Ustazah Asfarina

Bendahari Panitia : Ustaz Abdul Aziz

Penyelaras Program  : Ustazah Rogayah

Semoga Panitia Pendidikan Islam pada tahun ini lebih bersemangat mendidik anak bangsa peribumi ini. 

Selasa, 22 Januari 2013

Mesyuarat Bahasa Arab SK Serendah

Salam malam Januari..




Pada 21 Januari 2013 ( Isnin) berlangsungnya Mesyuarat Bahasa Arab Peringkat Daerah Hulu Selangor yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Serendah (SKS). Ini merupakan kali pertama penulis dapat bermesyuarat di sekolah ini sejak lebih 7 tahun berkhidmat di daerah yang terkenal dengan sungai-sungai dari puncak gunung ini. 

 Tidaklah begitu ramai kehadiran, namun masih di awal tahun 


 Ustaz2 SK Hulu Selangor

 Lefthanded : Penulis, Ustaz Hassan SK Bandar Sg Buaya ( Kopiah hitam), Ustaz Nizam SK KKB.


Penulis dan Ustaz Hishamuddin dari SK KKB 1 telah gerak bersama menaiki kereta penulis ke sana . Sebelum tu, kami pulang awal dari sekolah masing2 sekitar jam 12.30 tengahari.. Berehat di rumah penulis di Taman Ampang Pecah KKB untuk solat zuhur dan makan tengahari yang di "tapau" dari kedai je. .Kami bergerak jam 2.10 Petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar SK Serendah yang baru Encik Sulaiman. Wakil dari PPDHS pula iaitu Ustaz Sabri Unit Pendidikan Islam dan Ustaz Bakhtiar dari Unit j-QAF PPD. Untuk 2013 segala surat menyurat akan dihantar terus ke email sekolah. So semua sekolah perlulah lebih alert demi memastikan tiada peserta kursus yang tercicir. 


Mesyuarat berakhir pada jam 4.00 petang. Sedikit jamuan ringan disedikan SKS.

Ahad, 20 Januari 2013

Makanan penyebab kanser..

Salam semua..

Penulis berkesempatan berkongsi cerita dengan rakan yang pernah menghidap kanser..atau lebih senang cakap macam ketumbuhan dalam badan. Memang sesiapa yang disahkan oleh doktor menghidap kanser mesti akan rasa down sedown2 nya..Apa yang ahli keluarga dan rakan2 rapat pesakit perlulah beri sokongan moral pada mereka. Namun kanser bukan saja boleh dihidapi oleh pesakit yang ada keturunan keluarga pernah hidapinya tapi melalui proses makanan kita jugak..


jom tengok beberapa jenis makanan yang kaya dengan kandungan penyebab kanser. Lepas ni bolehlah kita beware lebih sikit kan. 

----------------------------

1)
Hot Dogs – Mengandungi terlalu banyak Nitrate. Pakar menasihatkan agar kanak-kanak tidak makan lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak kana Hot Dogs beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

 ---------------------
2)

Daging yang diproses – Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate. Juga mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukan kanser. Ia juga meningkatkan risiko serangan jantung.


----------------------
3)


Donut – Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.


----------------------
4)


Kentang Goreng – Ia patut dipanggil kancer-fries dan bukan french-fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada ‘hidrogenated oils’ dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides, salah satu bahan penyebab kanser.


-----------------------
5)


Keropok, snack dan biskut serta yang seumpamnya – Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi ‘Trans-fat’. 



----------------

Penulis difahamkan jika sel kanser telah menyerang pesakit,maka sel kanser itu sebenarnya masih ada cuma tidak dapat dikesan di peringkat awal. Namun pemeriksaan berkala dengan doktor sangat perlu untuk para pesakit ni. Dah alang2 cerita pasal kanser ni , penulis ada jual ekstrak yang kaya dengan buah manggis ( pembunuh sel kanser ) . Sebenarnya semua orang ada sel kanser ni cuma ianya aktif atau tidak sahaja.


Sesiapa nak tau lebih lanjut produk ni boleh terus ke Page Bisnes saya. atau klik sini :

Jangan putus berdoa pada Allah agar terus diberi kekuatan . Bertabahlah... 

Sabtu, 19 Januari 2013

Rakan JPA berkunjung tiba

Salam..

dah lama jugak penulis tak menyuapkan sesuatu yang baru di blog ni.hampir 3 minggu.. rupanya ade peminat jugak blog ni..hahah.tak sikit yang bertanya mengapa blog penulis lama tak di kemas kini? jawapannya..errr.. agak sibuk di awal tahun..hahaha.. amacam? alasan boleh pakai tak..hik2. 

Oklah..penulis nak bercerita tentang lawatan sahabat lama yang penulis kenal di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya sekitar Disember 2005- Januari 2007. Waktu tu penulis berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) ..cuma kontrak bulanan je. hampir setahun di sana menimba ilmu perjawatan dalam kerajaan.

 Gambar: With Old Pal Abdul Aziz Bin Abdullah

Terima kasih atas lawatan sahabat karib iaitu Mohd Rashdan dari unit Gunasama JPA di Putrajaya. Banyak kenangan manis yang penulis perolehi sepanjang berkhidmat di unit sana. Tak sangka pula kunjungan rakan karib yang sudi singgah di Kuala Kubu Bharu untuk berjumpa penulis dan berkongsi minat dalam Fotografi.

Berikut merupakan perjalanan kehidupan penulis dan sahabat , sudilah baca kiranya..hahaha.

12 Januari 2013 ( Sabtu)

10.00 pagi : Minum dulu di warung rakan di Taman Milenium..Hai... Pekena Laksam. Sebelum tu penulis dah dapat mesej dari rashdan yang akan tiba di Komuter KKB selepas beliau mengambil train di Rawang. 

10.30 pagi : Penulis menjemput Rashdan di Stesen Komuter KKB.


11.00 pagi : Membawa beliau ke Bukit  Tertnggi Empangan di Malaysia. Kampung Gerachi Jaya. Minat beliau dalam fotografi amat mengujakan penulis. Siap bawak beg kanvas untuk kamera. Hebat ! :-)

11.50 pagi : Menuju ke sungai lokasi Water Ratfting ( Bot berkayak ) di Sungai Selangor di bawah empangan.

12.00 Tengahari : Mengambil gambar pula di Empangan Sungai Selangor a.k.a Pertak di Pusat Pengumpulan Air (SPLASH) Kuala Kubu Bharu. Cuaca berkabus yang tebal dan mendung. Namun pemandangan bukit bukau di tepian empangan tetap menarik mata sesiapa jua yang memandang. 

12.30  Tengahari : Berkunjung pula di Sungai Chiling Peretak. Agak ramai juga yang datang ke tempat perkelahan menuju Fraser Hill ini. Sesi fotografi bersama alam di teruskan.

1.30 tengahari : Makan tengahari di KKB Cake n Cafe. Banyak yang dikongsikan bersama Rashdan seperti perkembangan unit gunasama, cerita terbaru beliau, dan perkembangan semasa encik nawawi (bos kami).

3.00 petang : Berehat sebentar di rumah penulis di Taman Ampang Pecah. Solat Zuhur. Packing baju untuk mandi air terjun kejap lagi.;.

3.30 petang : meneruskan perjalanan ke Kampung Orang Asli Pertak. Tujuannya adalah Air Terjun Pertak. Tempat ni tersorok sikit. hanya diketahui masyarakat Orang Asli setempat dan sedkit masyarakat KKB. Memang Peacefull. Cuma ade 3 buah kereta sahaja,

5.00 petang : Masa untuk bertolak. Ada sebuah kereta minta tolong jumperkan keretanya yang kehabisan bateri. Kereta auto ..memang wajib sediakan juper dalam bonet. Alhamdulillah kereta askar sekeluarga dari Sarawak tu dapat dihidupkan. 

5.20 petang : Pulang ke rumah untuk bersihkan diri.

5.40-6.30 petang : Mengambil gambar di Taman Milenium Kuala Kubu Bharu. SubhanaAllah.dalam banyak gambar diambil oleh Rashadan terdapat sekeping gambar jelas di langit kalimah ALLAH dalam Bahasa Arab betul2 di atas masjid Darul Qur'an.

6.40-7.00 malam : Minum petang di warung Hadi menikmati pisang goreng dan rojak buah dari lori bergerak Shuhaimi SK Ampang Pecah yang berniaga depan warung Hadi di tepi Taman Milenium KKB. 

7.10 malam : Menghantar Rashdan pulang ke Komuter KKB.

------------

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak raikan rakan lama yang dah lama merancang untuk datang ke sini sebenarnya. Terima kasih Rashdan. semoga berjumpa lagi di lain waktu..InsyaAllah. 
 

Selasa, 1 Januari 2013

2013 : Jom tambah aset dunia untuk capai akhirat

Selamat Tahun Baru 2013  :).. Jom Audit Kewangan dan tambahkan pelaburan kita tahun ni..
 
 Pilihlah pelaburan yang Halal..kerana ia akan menjadi darah daging kita dan ahli keluarga dan keturunan kita kelak.

Assalamualaikum semua..

Salam hormat, salam ceria dan selamat tahun baru 2013 anda semua..

Di bawah ini sukacita penulis cadangkan beberapa peluang investment yang pada pandangan peribadi saya boleh dipertimbangkan oleh para pengunjung sekalian. Penulis sendiri tak la banyak sangat melibatkan diri dalam dunia investment ini, cuma ada lah sikit-sikit. Bersama kita menuju ke arah kebebasan masalah atau belenggu kewangan. InsyaAllah

PELABURAN 4: PUBLIC MUTUAL

Public Mutual menyediakan beberapa plan yang berlandaskan syariat Islam. Potensinya dalam mengurus dana telah mendapat pengiktirafan dan anugerah saban tahun. Plan pelaburan yang berlandaskan syariat seperti Ittikal telah memberi pulangan sehingga 150 peratus dalam masa lebih 10 tahun. Maksudnya purata lebih 10% setahun.

Kini Public Mutual menyediakan lebih daripada 10 plan pelaburan berlandaskan syarak yang diwujudkan berasaskan potensi dan kesediaan perancangan pelaburan masyarakat. Dana yang dikumpulkan melalui pengwujudan saham itu dilaburkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi meliputi seluruh negara Asean bahkan ke seluruh dunia termasuk di Negara China, Hong Kong, Korea, Jepun dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog ini.

PELABURAN 3: USAHAWAN

Cari peluang melakukan perusahaan sendiri. Kalau tak mampu dan kalau terikat dengan siapa-siapa (sebab anda seorang pekerja yang bermajikan) anda boleh membantu menjayakan perusahaan orang lain. Yang paling baik anda bantu kaum kerabat terdekat dulu. Adik beradik contohnya. Jangan terlalu fikir negatif. Orang kata adik beradik (kaum kerabat) lah paling potensi dalam menipu. Percayakan pada Allah yang tidak menzalimi hambaNya (lebih-lebih lagi yang ikhlas). 

Elakkan diri dari menyertai skim cepat kaya, HYIP, pelaburan online, dan jika ingin melabur sebahagian duit seperti penternakan lintah ke, cacing ke, penananam stvia ke sila rujuk dengan SSM. Elakkan dari terjebak. 

Dicadangkan elakkan diri dari MLM. Tak semua MLM tak bagus..ada juga yang baik seperti Amway,cosway, Avon dan HPA. Tapi Penulis join satu je MLM iaitu Exfuze Malaysia. Tertarik dengan produk. EXFUZE MALAYSIA


PELABURAN 2: HARTANAH

Ada pihak berpendapat kalau nak beli, maka belilah tanah. Atau rumah. Banyak pun tak apa. Kalau beli (tukar) kereta baru memang memuaskan nafsu, tetapi menjahanamkan potensi untuk terus maju dalam erti kata kuasa kewangan. Beli rumah beli tanah nilainya tidak akan turun. Orang makin banyak dari sehari ke sehari.

Begitu juga tanah. Oleh kerana mereka tiada (kemampuan memiliki) tanahlah mereka duduk rumah bertingkat-tingkat. Berkongsi tanah. Rumah pun sama juga. Anda beli rumah untuk didiami dan beli juga rumah untuk orang lain diami dan bayar sewa kepada anda. Pastikanlah penyewa yang ada agama supaya anda tidak akan kecewa. Macam pilih pasangan juga, cari yang ada agama nescaya selamat dua tanganmu (Mafhum al-Hadith).

 
 Jom celik mata dan reset fikiran bak kata Dr Muhaya.. Fokus 2013.

Terutama sekali sekiranya anda adalah seorang pegawai Kerajaan. Jangan melengah masa untuk mohon pinjaman perumahan. Beli rumah pertama (guna gov-loan) janganlah cari yang besar dan mewah-mewah. Gaji pun kecil lagi. Beli yang sederhana yang mana kita masih ada kuasa (urus) beli yang tinggi. Jangan rumah besar tapi anak-anak kelaparan atau terpaksa berhutang!

Jangan lengah sebab kadar insuran akan meningkat mengikut pertambahan umur. Jangan lengah sebab tidak tahu bila masa kita akan pergi buat selama-lamanya. Kerana kalau dah ada rumah, sekurang-kurangnya anak sudah ada tempat berteduh walaupun kecil.Betul tak? ..planing jangka panjang..

PELABURAN 1: SIMPANAN

Simpanan adalah peluang pelaburan yang terbuka luas untuk kita semua. Seringgit seringgit lama-lama jadi bukit. Jangan kedekut untuk memulakan dan istiqamah dalam membuat simpanan. Rasulullah SAW pun ada berpesan berkenaan hasil pendapatan perlu dibahagikan kepada tiga, satu bahagian adalah untuk simpanan.

Sebenarnya kita tidak tahu dan tidak dapat menghidu pun bau kemalangan, kecelakaan atau lebih tepat lagi bentuk ujian Allah yang mendatang kepada diri dan keluarga kita. Sekiranya kita ada simpanan maka kesukaran kita menghadapi saat-saat getir itu dapat dikurangkan. Juga tidak ada orang yang boleh dengan megah mendakwa bahawa ia akan sihat selama-lamanya. Tahun 2013 ni jom kita lebihkan sikit simpanan.

Anda boleh menubuhkan bank sendiri dengan menyimpan. Kalau pun anda terdesak untuk meminjam, pohonlah pinjaman berkenaan dari bank anda sendiri itu. Anda tidak perlu bawa penjamin, tidak perlu melakukan beberapa salinan kad pengenalan, slip gaji atau sijil nikah. Cukup sekiranya anda adalah orang yang memiliki sifat amanah. Juga bertanggungjawab terutama pada diri anda sendiri.

Dengan dana simpanan, anda sudah boleh membina pelaburan sendiri. Pilih pelaburan yang diyakini akan beroleh keuntungan. Pada saat ini anda telah memiliki pembantu di dalam menghasilkan pendapatan bagi keluarga anda. Sekiranya anda fikir pihak Bank di luar sana dapat menggaji para pekerja mereka dengan hanya menguruskan simpanan para pendepositnya, kenapa anda tidak boleh melakukan perkara yang sama bagi maslahat diri anda sekeluarga.Selamat berjuang, perniagaan itu sememangnya sunnah Nabi, namun perlu kita semua awasi larangan syariat dalam melaksanakan.

 

“BIJAK DI DUNIA, AKHIRAT SELAMAT SELAMANYA..”
 SELAMAT MENYAMBUT 1 JANUARI 2013 DARI PENULIS...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...