Khamis, 22 November 2012

Cameron Lagi... hihihi

 Salam

Tahun ni sahaja dah 2 kali penulis ke sini.. hihi..takpelah..pada 15 November 2012 (Khamis) Temankan orang2 yang teringin benar nak ke sini. Penulis ikut je.Lagi pun best jugak bercuti hilangkan tension dengan masalah yang tak sudah. Penulis bergerak dari Sungai Besar pada jam 6.00 pagi dalam cuaca hujan ke Teluk Intan.Sebelum tu kami bertiga sarapan di pekan dulu.

Penulis tersilap kiraan. terlalu ikut jalan Bidor-Tapah..memang lama ikut jalan ni. Patutunya terus je ikut pekan Teluk intan-Tapah. mujur ingat2 lupa. Thanks Allah. Kami selamat tiba di puncak Cameron Highland Brinchang pada jam 10.00 pagi. terlewat sebab ikut Bidor. Sampai sana je terus berjalan2.Antara tempat yang dituju ialah :

  1. Big Red Strawbery Park
  2. Ladang Teh Cameron Valley 
  3. Kea Farm
  4. Kok Lim Strawbery Park
  5. KFC Tanah Rata..hi3
  6. Lata Iskandar Perak


 di belakang tu Kobis merah Kat Big Red Strawberry Park

 Kali kedua bergambar di belakang buah yang sama. Last tahun 2009. Tahun tu....hmm..ntahla.


 Singgah beli hasil tangan orang Asli di Border Pahang-Perak

Singgah lepaskan penat drive dan menikamati pemandangan waterfall di Lata Iskandar. dah banyak kali singgah sini tapi tak pernah pun mandi.Next time..insyaAllah.

Penulis tiba di Sungai Besar pada jam 8.00 malam melalui Changkat Petai-Teluk Intan.

Melaka selepas 6 tahun tak ke mari.

Salam cuti sekolah..

Last pergi Melaka bawa rombongan sekolah tahun 2007. tapi pada 12-14 November 2012 Penulis dan family besar penulis setelah memilih Melaka sebagai percutian keluarga sempena cuti sekolah ini. Selesai mengambil keluarga kak ngah di Putra Perdana Puchong perjalanan kami diteruskan ke Melaka melalui PLUS. Alhamdulillah perjalanan dengan 2 kereta sampai ke Pengkalan Balak pada petang di angin laut Selat Melaka Pengkalan Balak. 

  
 Di sinilah kami bermalam.. Ismah Beach Resort. Best sebab ade swiming pool walaupun untuk kanak2. penulis pun numpang sekaki mandi dengan anak buah..hahaha. redah je.

 

Petang tu kami mandi laut..Pantainya memanjang dan banyak chalet dan hotel dipesisir pantai Pengkalan Balak ni.. Tapi penulis boleh cakap ...mmm..Port Dickson lagi terbaeek la. hi3

 Malam tu kami berjalan ke Bandar Hilir Melaka. Agak jauh juga dari sini. Tapi best menikmati pemandangan seluruh Kota Melaka waktu malam di Menara Taming Sari. Bayaran RM15 untuk 15 minit di aras 80 kaki .

Naim dah 8 bulan. Cantik kan seni bina bumbung orang Melaka.

Keesokan harinya penulis dan keluarga bertolak ke Bandar Cheng Melaka untuk berjumpa saudara mara di sini. Family Pakcik Sopi dan family Pak Ngah Nan. Sambutan ketibaan kami sangat terbaeek..ye lah..saudara jauh datang.  Lepas je sesi perjumpaan dari pagi ke awal petang tu kami pun bertolak semula ke Bandar Hilir.


di belakang replika Flar De Lar Mar.. Kapal perang Portugis yang menyerang Melaka 
 pada 1511.


Misi kali ni berjalan2. Parking di Mahkota Parade dan menapak ke senibina lama Belanda dan Inggeris di tengah Kota. Terkenang era kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan tersibuk di dunia suatu ketika. Jatuhnya Melaka tak beerti jatuhnya sebuah bangsa yang bermaruah.. Melayu takkan hilang di dunia bak kata Hang Tuah. 

Kami tiba di Puchong pada jam 8.30 malam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Sungai Besar pada jam 10 malam. Alhamdulillah kami selalamt tiba pada jam 12.30 pagi 14 November 2012.

Jumaat, 9 November 2012

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2012

Salam.. ( Gambar akan diupload kemudian)

Hari ni merupakan hari terakhir sessi persekolahan bagi Tahun 2012. Pelbagai situasi,emosi dan perasaan yang bercampur baur. Apa yang berlaku pada hari ini ( Jumaat 9 November 2012).. jom imbas :

  • MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NOR HUDA BINTI TUMI'AN
- Majlis diadakan di dewan SKTAR di mana kesemua murid berhimpun bagi mendengar amanat terakhir oleh beliau yang dapat berpindah ke SK Rasa bermula 2013. Terima kasih atas sumbangan beliau terutama dalam Unit PSS Sekolah.

-Majlis penuh emosi itu turut melibatkan ucapan dari Pengerusi Kelab Guru Puan Siti Khadijah, ucapan Guru Besar dan ucapan oleh beliau.

-Turut diraikan menerima hadiah dari kelab Guru dan beberapa warga sekolah.


  • JAMUAN PORT LUCK AKHIR TAHUN 2012           
 -Jamuan yang diuruskan oleh Kelab Guru SKTAR itu dimeriahkan di Pusat Sumber Sekolah dimana hampir kesemua guru dan warga sekolah membawa pelbagai hidangan juadah untuk dinikmati bersama.

- Puan Nor Huda juga memotong kek bersempena Majlis Perpisahan beliau. Beliau juga menyampaian cenderahati pada Pihak sekolah dan semua warga guru SKTAR.

  • MENGEMAS DEWAN   
-Pada hari Rabu yang lalu 7 November 2012 Dewan yang merupakan kelas tahun 4,5, dan 6 telah dijadikan dewan sementara untuk Program Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 yang diadakan pada hari semalam (Khamis 8 november 2012).

-Kesemua murid Tahun 4,5 dan 6 uturtu membantu guru mengemas kembali kelas masing-masing dan menyediakan simpanan buku untuk SPBT bagi kegunaan 2013.

  • PERPISAHAN TAHUN 6
- Kesemua murid Tahun 6 berkumpul di bilik guru dan bersalaman dengan semua guru

-Cikgu Jauharriah juga menyampaikan taklimat surat Tawaran ke sekolah Menengah Tahun 2013.

-Beliau juga menyeru kesemua murid hadir ke sekolah pada 19 november 2012 bagi mengambil keputusan UPSR di sekolah.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

-TAHUN 2012 MENYIMPAN PELBAGAI MEMORI INDAH BUAT PENULIS.BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN. INSYAALLAH.-

Sabtu, 3 November 2012

Jemputan jamuan tahun 6 2012

 Salam..

Sedar tak sedar rupanya dah 6 tahun penulis di sekolah ni.. Masa tu penulis masih lagi Guru Dalam Latihan (GDL j-QAF) bawah maktab IPIS. tahun 2007..tarikhnya sekitar lewat Januari 2007..hmm..cabaran besar untuk mendidik anak peribumi Malaysia ini. Tahun 2007 murid tahun 1 masa tu ada sekitar 30 lebih murid..tapi untuk murid yang sama edisi 2012 di mana mereka menjejak ke tahun 6  seramai 26 murid masih bertahan meneruskan perjuangan ilmu. Tahniah. 

Dah besar rupanya anak2 murid Ustaz ni..semua dah jadi anak teruna dan dara. Tapi satu pesanan ustaz pada kalian, Belajarlah sehingga ke menara gading dan belalah nasib keluarga dan masyarakat kalian. Semoga kalian terus sukses di masa mendatang. Untuk murid2 tahun 6 Islam yang sentiasa ustaz ingati iaitu Firdaus, Zulkhairi, Norsuhaila, Safira, Amelia dan Fazlina ..manfaatkanlah ilmu yang dipelajari untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. 

 Hidangan yang pelbagai.. :)

 Penulis dan murid lelaki tahun 6 

 Penulis dan murid perempuan tahun 6

 Hidangan untuk guru-guru.

 Ucapan dari Ketua kelas Tahun 6, adik Lina binti Abai. 

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh GB . Bukan sahaja murid dapat tapi semua jemputan. Terima kasih Kak Ju. :)


Tahniah diucapkan pada Cikgu Jauharriah biti Ahmad yang juga merupakan Guru Kelas Tahun 6 2012. Majlis yang sangat meriah, tersusun, dan serba serbi terbaik bermula dari jemputan tarikh, hidangan,ucapan dan penutupan. Rasa seperti baru semalam melihat teletah mereka di tahun 1..

Masa...masa..masa... Terima kasih ya Allah

e-laporan Oktober 2012 di PKG Sg. Choh

Salam.. 

Bertempat di PKG Sg Coh Hulu Selangor pada 30 Oktober 2012, berlangsung pengumpulan data e-laporan jqaf bagi akhir tahun 2012 yang dikendailkan oleh Ustaz Bakhtiar bin Matal dari PPDHS. Semua sekolah program j-qaf dari seluruh daerah ini telah terlibat dalam taklimat dan penyerahan data yang dibantu oleh JU iaitu Ustazah Julia dari SK Ulu Yam Bharu dan Ustazah Norain dari SK Bandar Baru Batang Kali.

 
 Bermula dari jam 8.30 pagi -5.00 petang. Tapi pukul 12.30 tengahari  penulis dah balik sebab dah setel data. hi3

Ini merupakan kali pertama penulis berada di PKG Sungai  Choh, Untuk makluman di Hulu Selangor terdapat 4 Pusat Kegiatan Guru iaitu PKG KKB, PKG Kalumpang, PKG Sg.Choh dan PKG Kpg.Soeharto. Setelah mengajar di sini hampir 6 tahun barulah first time dapat pergi ke sini. PKG Sg Choh ni terletak dalam kawasan SK Sg.Choh. Syukur atas bantan Ustaz Rosmidi dari SK Ulu Bernam dan Ustaz Saiful dari SK KKB 1 menunjukkan arah lokasi bermula perjalanan dari Kuala Kubu Bharu.

 
  Penulis dan Syeikh Ustaz Hazri ibn Hashim al-Bidany (al-hafiz) dari SK Kerling. Belakang tu Ustaz Rohaizad dari SK KKB, asyik melihat blog selepas selesai datanya.hi3.

Makan dulu sebelum balik. . 

Pengumpulan data e-laporan terakhir untuk tahun 2012. sekejapnya masa berlalu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...