Isnin, 16 November 2009

Minggu Terakhir persekolahan tahun 2009

Assalamualaikum..

Apa khabar semua.. Sedar tak sedar ni merupakan minggu terakhir persekolahan dijalankan untuk tahun 2009. Tahun 2009 ni mencipta pelbagai kenangan tercipta untuk penulis dan kesemua warga bilikjqaf SKTAR keseluruhannya. Tahun 2009 merupakan tahun ketiga j-QAF mula bertapak di sekolah Orang Asli ini. Pelbagai kenangan dan pengalaman bersama ditempuh. Berakhirnya Kem Bestari Solat, Kem Literasi al-Qur'an, Program aktiviti keagamaan, kejayaan murid2 SKTAR dan kegemilangan pencapaian sekolah di peringkat Kebangsaan telah tercipta.

Kenangan 2009 : Pertandingan Lukisan di Kantin dianjurkan SYABAS

Perasaan bercampur baur antara sedih, gembira dan terharu.. Pada pagi jumaat tu kami semua warga sekolah mengiringi GPK HEM Puan Hajjah Zaharah yang akan bersara pada 31 Disember ini. Sedikit jamuan ringan disediakan oleh para guru sempena peristiwa tersebut. Oh ya.. pada hari Isnin semalam ( 23 Nov.2009) guru SKTAR mengadakan mensyuarat khas untuk kajian post mortem UPSR dan serahan laporan akhir tahun unit HEM dan KOKO. Calon SKTAR berjaya mencapai seramai 3 orang untuk 5A.Tahniah!


Lawatan murid asrama ke Zoo negara bulan Ogos. waktu ni H1N1 tengah menggila

Sempat penulis hadiah beberapa naskah al-Qur'an lama di bilik warden yang hampir dimamah usang. Penulis beri pada murid islam tahun 2 dan 3 yang boleh baca iqra' sikit2. Semoga naskah al-Qur'an tersebut berguna buat mereka mengaji di rumah waktu cuti nanti. Penulis juga tak melepaskan peluang memberi sedikit ucapan perpisahan akhir tahun buat murid2 asrama. Buat murid tahun 6, teruskan pembelajaran kalian di tingkatan satu..sukses selalu buat Murni, Haris dan Mazaina.



Skuad Olahraga SKTAR yang banyak mengharumkan nama di peringkat negeri dan kebangsaan



Penulis sekali lagi berbesar hati apabila dalam berita harian harini ( Selasa 24 Nov.2009) ada menyiarkan kembali foto penulis sedang mengajar di luar kelas. Dalam rencana : Guru Cemerlang Lonjak Prestasi Akademik, memaparkan saiz gambar yang lebih besar. Riak betul lah..kahkahkah.. Semoga cuti panjang kali ini memberikan ruang lebih baik pada semua warga pendidik untuk terus memajukan diri dalam kepelbagaian bidang dan kemahiran.

Asrama yang akan berpindah ke bangunan baru yang lebih selesa.

SELAMAT BERCUTI IGUN MUHEI...........

Jumaat, 13 November 2009

Hari Sukaneka sekolah

Assalamualaikum..


Buat maklumat semua pembaca, sekolah tempat penulis mengajar telah mengadakan satu hari sukaneka menggantikan hari Sukan sekolah yang sepatutnya diadakan pada awal tahun. Sukaneka tersebut berjaya dijalankan pada hari semalam ( Khamis 12 November 2009) bertempat di Dataran Kejat SKTAR. Penulis diberi tanggungjawab selaku timbalan ketua Rumah Kuning dan merangkap jurufoto pada hari kejadian.




Sebenarnya pada hari Isnin dan Rabu pada minggu tersebut juga telah diadakan satu latihan dan rehesel (Betul ke eja ni) haha.. bagi melatih murid2 akan aktiviti dan pengisian sepanjang hari sukaneka tersebut. Memandangkan penulis selaku SU Kokurikulum, penulis dan ustaz Bakhtiar diberi amanah menyediakan peralatan kejohahan, memandangkan SU Sukan tiada pada hari Isnin dan Selasa kerana menyertai Kejohanan Sukan Sekolah2 Asli Kebangsaan iaitu Cikgu Yusmawi menghantar adik Rafie bin Kedun bagi acara Lontar Peluru. Tahniah kerana SKTAR menghantar wakil negeri Selangor ke sana.




Oklah berbalik pada hari sukaneka tersebut, Rumah Biru menjadi johan keseluruhan dengan mendapat 340 markah, Naib Johan Rumah Merah dengan 320 markah dan rumah Kuning mendapat 300 Markah (sedih2..huhu). Antara acara yang dipertandingkan pada hari sukaneka tersebut seperti Lari ikat kaki, Sususn tin, Bawa bola pingpong dalam sudu, lari berhalangan, jalan atas bongkah, lari dalam guni, isi air dalam botol dan kepit bola.



Antara pengisian pada pagi itu adalah perhiasan rumah sukan, menyediakan jamuan ringan dan menyampaikan hadiah pada para peserta kejohanan. Sekalung ucapan ribuan terima kasih pada semua guru,kakitangan,ibu bapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam hari sukaneka tersebut. Mudah-mudahan sekolah dapat mengadakan kembali hari Sukan seperti tahun 2007.sejak padang sekolah digunakan untuk pembesaran asrama baru, padang tiada dan aktiviti riadah sukan terpaksa dijalankan dalam kawasan rasmi sekolah.

Rabu, 11 November 2009

DATA j-QAF 6 BULAN KEDUA HULU SELANGOR

Salam..


Pada hari semalam bersamaan bersamaan 10 November hari selasa satu mesyuarat data jqaf 6 bulan kedua telah diadakan di Makmal Komputer SK Batang Kali. Mesyuarat data tersebut dipengerusikan oleh Penyelia jqaf daerah Hulu Selangor iaitu ustaz Samsudin dan dihadiri oleh 32 sekolah Kebangsaan yang telah mempunyai guru2 jqaf di sekitar daerah ini. Mesyuarat yang bermula sewal jam 2.00 petang itu berjalan dengan baik.


Cuaca mendung waktu irtu tidak menghalang kesemua guru jqaf membuat data. Pada mulanya penulis mengalami kesukaran sikit nak siapkan data tersebut. Mujur dengan bantuan rakan 2 terutama dari ustaz Zaidi dan Ustaz Tarmizi berjaya memudahkan data Esekolah dikumpul pada waktunya. Program data tahun ni agak sukar sikit sebab tak boleh nak copy paste biasa macam tahun2 sebelum ini.



Selepas data disiapkan barulah penulis ada masa nak minum petang.Itu pun dah dekat pukul 6 petang. Kuih dan bihun dah abis..haha.. Selepas balik dari SK Batang Kali penulis mula merancang untuk ke pekan Ligamas Batang Kali membeli barang sikit. Kat sini barang lebih murah dari pekan KKB.


Penulis sampai ke KKb pada jam 6.15 petang dan cepat2 solat asar di bilik j-QAF SKTAR. Lepas tu penulis turun asrama dan makan malam bersama murid asrama pada jam 6.30 petang. Dengan baju yang sama penulis pakai dari pagi bawak e senja itu tak terasa lekitnya.mungkin cuaca waktu itu mendung. Oklah..hari ni penulis baru je selesai mengadakan latihan rumah sukan untuk sukaneka SKTAR 2009. Penulis selaku Timb.ketua rumah kuning berazam untuk menjadi juara tahun ini..ahaha...cikgunya yang over plak ye..


Oklah berjumpa lagi kita di penulisan akan datang.Insya Allah..

Isnin, 9 November 2009

Majlis Literasi al-Qur'an daerah Hulu Selangor 2009


Salam semua..

Kem Literasi diadakan di SK Bukit Sentosa Bukit Beruntung Hulu Selangor.


Pada hari sabtu lepas bersamaan 7 November 2009 berlangsungnya satu majlis Literasi al-Qur'an yang berlangsung di SK Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Hulu Selangor. Di situ bilikjqaf SKTAR telah menghantar dua orang wakil murid dari Sktar iaitu adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anwar dan adik Safira binti Burat yang kini dalam tahun 3. Murid tersebut diiringi oleh guru j-QAF tunggal di sekolah ini iaitu Ustaz Abdul Aziz. Manakala Ustaz Bakhtiar dilantik sebagai jurukamera dan AJK Dokumentasi di peringkat Jawatankuasa Perlaksanaan.




Ustaz dari SK Serendah mendengar bacaan iqra' oleh adik firdaus dari SKTA dan seorang murid dari SK Rasa



Sebenarnya perlaksanaan program tersebut bermula secara tak rasmi oleh penulis pada malam sabtu tersebut di mana as-Syeikh Hishamuddin dari SJKT Tamil Sg.Choh, Ustaz Samsudin Penyelia j-QAF Daerah dan Ustaz Bakhtiar dari SKTAR meminta penulis dan ustaz Zaki dari SK Ampang Pecah menolong memasukkan pamplet bacaan Iqra' dalam Fail folder. Memang banyak kerja. Alhamdulillah semuanya selesai pada jam 10.00 malam. Acara seterusnya acara mengeteh yang diadakan edi Restoran Taman Tanjak KKB. Tamat pada jam 12.00 malam..
Syeikh Hishamudin dari SKKKB 1 mendengar adik safira dan seorang murid dari SK Bukit Sentosa membaca iqra'


Steady pak imam ( gelaran adik firdaus di Asrama SKTAR)

Pada keesokan hari pagi sabtu penulis membawa dua murid tersebut yang tinggal di asrama SKTAR, jadi tiada sebarang masalah besar sepanjang membawa dua murid tersebut. Kami selamat sampai ke SK Bukit Sentosa pada jam 8.00 pagi. Di situ sudah ramai rakan2 guru j-QAF dan GPI dari pelbagai sekolah sekitar Hulu Selangor. Majoriti Fasilitator yang hadir adalah guru j-QAF baru iaitu tahun 2008 dan 2009.



Set Induksi penulis dan us.Zahari dari SK Sungai Buaya pada murid2 SK Bukit Sentosa

Penulis diberi kepercayaan menjadi Fasi bagi kumpulan pertama. Program tersebut lebih mengkhususkan murid yang masih lagi belum mencapai aras iqra' 4. Jadi pendekatan set induksi penulis jalankan agak panjanglah jugak. Program tersebut tamat pada jam 1.30 petang yang dirasmikan oleh Pen.Pengarah Pelajaran Daerah iaitu Tuan Haji Razali.

Majlis penutupan diadakan

Di situ ada ucapan mengucapkan tahniah pada penulis SKTAR yang berjaya menjadi sekolah Kebangsaan Kategori Asli Cemerlang peringkat Kebangsaan 2009 dan kejayaan menghantar satu skuad Tarian Sewang pada hari yang sama di rasmikan oleh Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong dan Menteri Shahrizat jalil sempena hari Kanak2 peringkat Kebangsaan di Puchong. Tahniah pada murid2 tahun 5,6 dan guru pengiring.

Penulis menerima sijil penghargaan dari Pen.Pengarah Pelajaran Daerah, Tuan Haji Razali

Selasa, 3 November 2009

Minggu peperiksaan dan minggu untuk bergegas




Salam buat semua..

Hmm..minggu ni merupakan antara minggu yang tersibuk buat penulis.Banyak kegiatan luar dan kehadiran yag perlu penulis selesaikan atas urusan kerja..di sini penulis menyenaraikan beberapa tanggungjawab penulis yang sempat penulis ingat :

29 oktober 2009 : Sibuk mencetak soalan peperiksaan akhir tahun P.Islam dan Bahasa Arab tahun 1-3



30 Oktober 2009 : Membuat persiapan untuk minggu sukaneka sekolah 2009

31 oktober 2009 : mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland Pahang, sebanyak 2 bas mengisi warga sekolah, murid2 tahun 6 dan murid2 kelas KEDAP. Penulis diberi tanggungjawab selaku Timbalan Urusetia Program. Banyak Kerja bang..

1 November 2009 : Sempat balik kampung kejap,pulang hari menyelesaikan beberapa perkara di kampung.

2 November 2009 : Peperiksaan berjalan. Mula menanda kertas.

3 November 2009 : Menyiapkan beberapa dokumen untuk SU LADAP kursus esok.

4-5 November 2009 : Berkursus di Kem Bina Semangat Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu untuk SULADAP tahun 2010.

6 November 2009 : Guru pentadbiran minta penulis mengiringi murid untuk kmengiringi murid buat persembahan Sewang di Sungai Besi yang akan dirasmikan oleh Permaisuri Agong.

Begitulah beberapa perancangan dan eristiwa yang telah berlalu dan bakal berlaku. Di harap semuanya berjalan baik dan lancar. Insya Allah bersua kia lagi dalam penulisan seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...