Jumaat, 13 November 2009

Hari Sukaneka sekolah

Assalamualaikum..


Buat maklumat semua pembaca, sekolah tempat penulis mengajar telah mengadakan satu hari sukaneka menggantikan hari Sukan sekolah yang sepatutnya diadakan pada awal tahun. Sukaneka tersebut berjaya dijalankan pada hari semalam ( Khamis 12 November 2009) bertempat di Dataran Kejat SKTAR. Penulis diberi tanggungjawab selaku timbalan ketua Rumah Kuning dan merangkap jurufoto pada hari kejadian.




Sebenarnya pada hari Isnin dan Rabu pada minggu tersebut juga telah diadakan satu latihan dan rehesel (Betul ke eja ni) haha.. bagi melatih murid2 akan aktiviti dan pengisian sepanjang hari sukaneka tersebut. Memandangkan penulis selaku SU Kokurikulum, penulis dan ustaz Bakhtiar diberi amanah menyediakan peralatan kejohahan, memandangkan SU Sukan tiada pada hari Isnin dan Selasa kerana menyertai Kejohanan Sukan Sekolah2 Asli Kebangsaan iaitu Cikgu Yusmawi menghantar adik Rafie bin Kedun bagi acara Lontar Peluru. Tahniah kerana SKTAR menghantar wakil negeri Selangor ke sana.




Oklah berbalik pada hari sukaneka tersebut, Rumah Biru menjadi johan keseluruhan dengan mendapat 340 markah, Naib Johan Rumah Merah dengan 320 markah dan rumah Kuning mendapat 300 Markah (sedih2..huhu). Antara acara yang dipertandingkan pada hari sukaneka tersebut seperti Lari ikat kaki, Sususn tin, Bawa bola pingpong dalam sudu, lari berhalangan, jalan atas bongkah, lari dalam guni, isi air dalam botol dan kepit bola.



Antara pengisian pada pagi itu adalah perhiasan rumah sukan, menyediakan jamuan ringan dan menyampaikan hadiah pada para peserta kejohanan. Sekalung ucapan ribuan terima kasih pada semua guru,kakitangan,ibu bapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam hari sukaneka tersebut. Mudah-mudahan sekolah dapat mengadakan kembali hari Sukan seperti tahun 2007.sejak padang sekolah digunakan untuk pembesaran asrama baru, padang tiada dan aktiviti riadah sukan terpaksa dijalankan dalam kawasan rasmi sekolah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...