Rabu, 22 Mac 2017

Jelajah Pantai Timur 2017

Salam..


jelajah pantai timur time cuti ni...

18 Mac 2017 ( Sabtu )

7.50 am : start gerak dari KKB menghala ke Genting Sempah menuju LPT2

10.25 am : Exit Jabor untuk ke rumah sahabat lama..lan 

10.40 am : berhenti isi minyak di Petron Kuantan Bypass

11.10 am : menuju ke PSJ Sungai Karang Kuantan.. cuma 10 minit ke Bandar Indera Mahkota kuantan pahang

11.15 : Melawat rakan baikku, Mazlan bin mamat.. sekarang masih di INTIM Kemaman Terengganu

 Lan..kawan baikku sewaktu kerja di JPA dulu

12.00 : mengeteh sebentar di hadapan Hotel Swiss Garden Kuantan. 


2.30 pm : selepas solat dan berehat sebentar, . Sebelum tu sempat beli nasi air untuk anak.. brother jual tanya dari mana..dari selangor.. minat bola ke? hahaha



Berehat sebentar di RnR Ajil

2.50 pm : kami terus bergerak menju LPT2 menuju ke Jertih..ikut waze 3 jam setengah
Perjalanan first time ikut LPT2..masih baru..sunyi dari kenderaan.. takde petrol pum sepanjang perjalanan jauh tersebut..



selesai majlis akad nikah yana

7.45pm : Kami sampai di rumah bestfriend wife..Yana kawin..rumahnya di hadapan SMK Nering, Jertih

8.30 : sembang2 dengan Jumaidijo dan cik mat..driver Taska Generasi Putrajaya yang hantar kakitangan taska yang menghadiri majlis perkahwinan yana..supervisor mereka..


homestay mereka rumah atas, kami duduk bilik bawah. memang dekat dgn rumah yana


9.30 pm : selepas selesai akad nikah dan makan, kami ditunjukkan homestay oleh adik yana..fairuz.. nama homestay ni Emma Guest House Jertih


11.00 malam : tidur selepas kepenatan


19 Mac 2017 ( Ahad )



8.30 am : Sarapan pagi di hadapan Pasaraya Giant Kuala Besut. sempat berkenalan dengan cikgu Normah..dulu pernah mengajar di SK Soeharto tahun 2008-2009. sekarang dah bertugas di tempat asal.



9.30 am : shopping window di kiosk2 Kuala Besut..banyak barang hardware, barangan siam dan kain baju jual kat sini..harga boleh kurang

11.00 am : naik atas pasar awam besar Kuala Besut..bawah pasar ni ada jual keropok lekor best. 


12.00 pm : menju ke kenduri yana..style sini buat kenduri time hari kerja..tapi tetap meriah

2.00 pm : berehat sebentar di homestay utk solat 


Kandid di Bukit Kluang, Kuala Besut





5.15 pm : Kami menuju ke Pantai Bukit Keluang Besut..memang pantai yang best dan indah..sempat berkenalan dgn pemuda yang mengusahakan bot utk keliling Pulau Rhu.. acik namanya..dia cadangkan pada kami restoran Chef untuk dinner ikan bakar.

6.40 pm : bergerak menuju ke rumah yana.. Kawan wife nak jumpa.. mek da dari rantau panjang.. Auntie Yoges pun ada


8.15 pm : Kami dan family auntie Yoges menuju ke Restoren Chef Besut.. menikmati ikan pari dan sotong bakar. banyak dibualkan dgn uncle ttg kerjanya di unit MAMPU Cyberjaya..

10.00pm : kami pulang ke homestay utk berehat


20 Mac 2017 ( Isnin )

 8.30 am : kami bersarapan pagi di warung depan homestay ni..style pantai timur memang hidangkan nasi dan daging utk sarapan.. unik..tapi sedap

Kak linda

9.15 am : Kami menuju ke Kota Bharu untuk berjumpa kak Linda Ali. Upliner ku sewaktu aktif menjual produk Seven Plus Klasik..sekarang menetap di Kota Bharu.

10.15 am : Perjalanan lancar melalui Pasir Puteh-Bachok- Kota bharu.

10.20 am : sampai di rumah kak linda ali. kami terus bergerak menuju ke Pengkalan Kubor




11.10 am : alhamdulillah..harini ada parking utk kami.. Wife dah rambang mata melihat kedai bebas cukai kat sini..memang murah. aku sempat beli seluar track dan baju sukan. cuma rm45 utk sepasang.. memang tak dapat di selangor 

12.00 pm : berehat pekena ABCD..akak warung ni kelakar.. suami dan anaknya juga ramah..asyik gelak. 

12.30 pm : kami menuju ke pantai Seri Tujoh..hajat hati nak beli serunding daging..tapi tutup..cari kuih akok je..memang style dan rasa yang mantap..this is pantai timur kan :D


trafik di kota bharu

2.00 pm : menuju ke Kota Bahru ..sedikit jem tapi terkawal



/.

2.20 pm : menikmati nasi kerabu paling ohsem dan sedap .baru dapat rasa nasi kerabu pure kelantan..kedai ni ramai dan murah. 

3.30 pm : selesai makan, kami menuju ke Bazar Buluh..bangunan mall di sebelah pasaraya Besar Siti Khadijah je..tapi bangunan ni dah tak ramai dikunjungi pelanggan..zamannya dah berlalu kata peniaga2 kat situ..

kat sini banyak jual baju batik asli Kelantan..Hand Made lukis tangan tau . murah dan boleh tawar.

5.15 pm : selepas solat, kami bergerak pulang ke rumah kak linda..sedikit jem..tapi kak linda tunjuk jalan short cut..hahaha..best

6.20 pm : selepas bersalam dgn kak linda, kami bergerak pulang..ikut Pasir puteh..ada rakan mengajar di SK KKB2. ustazah Aiza jemput dtg ke rumahnya.. tak jauh pun..

7.15pm : selamat sampai di rumahnya..wahh,besar dan mewah.. memang cantik . kami dijamu Mee udang fresh..byk dibualkan. suaminya mengajar di SMK Ampang Pechah KKB.

8.30 pm : balik pulang ke homestay..jalan clear

9.15 pm : sempat menyinggah rumah mertua yana..

9.50 pm : balik ke homestay


21 Mac 2017 ( Selasa )

8.30 am : siap2 packing barang dan gerak dari homestay ..bersarapan di tempat sama di hadapan giant Kuala Besut

9.00 am : membeli keropok lekor fresh untuk kenalan di KKB 

10.00 : singgah sebentar jumpa yana dan suami

10.50 am : bergerak balik menuju ke LPT2

4.00 pm : berehat si Rnr Gambang

6.00 pm : sampai di batang kali beli KFC untuk anakku amilia, dan  pulang ke KKB




Terima kasih buat rakan2 ku di pantai timur.. jumpa lagi :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...