Isnin, 25 Januari 2010

Berakhirnya Kem Bestari Solat Siri 1 2010

Salam semua..


g murid Islam SKTAR hadir ke sekolah untuk menjayakan Kem Bestari Solat. Ramai rakan jqaf lain bertanya..wah awalnye buat kem..dapat tarikhnye awal..

Kem dibantu oleh GPK Kanan, Pn Rokiah Hassan, Ustazah Noorhafiza, encik Fahmi, sambil turut mengundang Guru Besar dan Ustaz Roslan bin Maydin.

Kem berakhir dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah diharap Kem Kedua nanti dapat dibantu oleh ramai lagi rakan2 guru di SKTAR

Ahad, 17 Januari 2010

SELAMAT DATANG USTAZ ROSLAN KE BILIKJQAF

Salam..


Pada 4 Januari 2010 lalu, SKTAR menerima 4 orang guru baru yang mula bertugas di sekolah ini. Dua dari mereka adalah pasangan suami isteri..Ahlan wasahlan wamarhaban bikum diucapkan buat cikgu Rosnani, cikgu Julie, Cikgu Noor Fafiza dan Ustaz Roslan. Ustaz Roslan dan Cikgu Noor Hafiza adalah pasangan suami isteri yang mengajar di sekolah ini. Kedua mereka adalah opsyen P.Islam..jadi bilikjqaf menerima kedua mereka dengan berbesar hatinya. Untuk tahun 1 dan 2, pengajaran secara kolaborasi dilakukan dgn cikgu Noor Hafiza. manakala untuk tahun 3 dan 4 pengajaran kolaborasi dilakukan bersama Ustaz Roslan.


Bilikjqaf masih hanya mempunyai seorang sahaja guru jQaf, ini menyebankan terdapat masalah awal dalam pengangihan jadual waktu terutama pelajaran BahasaArab. Kehadiran penyelia jqaf daerah hulu Selangor, ustaz Shamsudin Illias sedikit sebanyak berkongsi pendapat dan cadangan. Namun kata putus jadual waktu hanya bermula awal bulan 2 ini.InsyaAllah. Tapi selepas pengiraan peruntukan guru jqaf, SKTAR tidak layak untuk tahun ni..kena tunggu tahun depan lagi..


Minggu hadapan bilikjqaf merancang untuk mengadakan siri Kem Bstari Solat siri 1 pada Sabtu nanti.Diharap kesemua guru SKTAR dapat meluangkan masa bersama menjayakan program tersebut demi anak bangsa kita.

Jumaat, 1 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Salam kemesraan..salam awal permulaan..

Ini adalah post pertama bagi tahun ini, ya tahun 2010. Diharapkan tahun ini tahun yang semakin gemilang sinarnya, semakin bersinar selamanye dan tahun yang diredhoi Allah SWT hendaknye buat kesemua para pembaca bilikjqaf.blogspot ini. Kami di bilikjqaf juga mengharapkan agar permulaan hari 2010 ini semakin berseri khususnya bagi para pendidik di SKTAR dan tahun yang gemilang buat kesemua murid sekolah ini. Catatan akan disambung nanti..insyaAllah :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...