Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011 & Gotong royong SKTAR

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bilikjqaf melaporkan untuk edisi akhir 2010..hehe. Harini adalah hari terakhir 2010..31 Disember. Dan bermakna dah masuk tahun keempatlah penulis berkhidmat di sekolah yang cemerlang dengan aktiviti kokurikulum dan pencapaian akademiknya di kalangan sekolah murid Orang Asli.


Pada 28 dan 29hb Disember baru ni, satu mesyuarat pertama SKTAR telah diadakan melibatkan kesemua guru. SKTAR mengalu-aklukan pada 4 orang guru baru yang ditugaskan di sekolah ni meskipun mereka bukanlah guru baru posting. Ucapan Ahlan wasahlan diucapkan pada Pn.Asparena, Pn Jauhariyyah, Cik Zety dan pn Saedah. Manakala SKTAR berat rasenya hati untuk melepaskan cikgu Salmiah Baharin yang bakal berpindah ke Tuaran Sabah mengikut suaminya pada pertengahan Januari ini. Apepun, jasa anda di sini tetap kami kenang.



Pada 30hb Disember pula, telah diadakan satu majlis gotong royong perdana melibatkan para guru dan staf SKTAR. Antara agenda tersebut adalah mengemas bilik BBM untuk menempatkan 3 PK Kanan, mengemas bilik KH, update stock buku di bilik SPBT, rombakan meja-meja di bilik guru dan rutin biase. SKTAR telah menerima seorang Guru Besar baru, iaitu Encik Zulhisyam bin Nasir menggantikan Puan Azizah binti Hassan yang bertukar sekolah selepas beliau berjaya memperoleh ijazah Pendidikannya. Selamat datang cikgu Zul, dan selamat maju jaya cikgu Azizah. :)


Warga SKTAR dihidangkan dengan jamuan nasi beriani Gam spesel yang dibeli oleh cikgu Jashiah. Nyamp2, dahlah cuaca sejuk sebab seharian cuaca hujan hingga ke pagi. malam tadi pulak satu Malaysia meraikan kejayaan pasukan bola sepak malaysia yang berjaya menggalahkan pasukan Indonesia pada Final Cup AFF Suzuki 2010 dengan agreget 4-2. Dapatlah Malaysia cuti umum pada hari ini 31 Disember 2010.

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA!!!


Oklah, ade mase,insyaAllah penulis akan mencoret sesuatu yang baru pula..tunggu.

Kepada anak didik ustaz, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH. ... :)

Jumaat, 26 November 2010

Selamat Bercuti warga SKTAR

Salam semua..

Bulan November telah muncul tiba,menandakan tibanya bulan akhir bagi tiap-tiap sekolah sebelum bercuti panjang selama hampir 4 minggu. macam-macam kisah manis dan sendu berlaku pada bulan 2010 ni. Begitu juga SKTAR..yang mane patah hilang tumbuh berganti


Sekitar hari anugerah Cemerlang SKTAR 2010. Alhamdulilllah, warga SKTARtelah mendapat perkhabaran menggembirakan apabila UPSR diumumkan pada 11 November lalu. Seramai 5 murid telah lulus dengan jayanya.

Hari Anugerah Cemerlang

YDP PIBG Encik Rapi bin Bata merasmikan majlis tersebut.

MC julung2 kali. Pn hamidah dan penulis
Mendendangkan lagu gadis dan bunga
Pasukan kuaya SKTAR terdiri dari murid tahun 5 dan 6

Adik Nor Zaria binti rapi,merangkap anak YDPPIBG SKTAR mendapat anugerah murid terbaik akademik 2010 apabila mendapat 3A 1B dan 1C

Selamat bercuti panjang buat warga SKTAR.

Bertemu lagi di lain waktu. InsyaAllah. :)

Ahad, 31 Oktober 2010

Kursus KSSR 2011 Tiara Beach Resort

Salam semua.



Pada 27-29 Oktober 2010 yang lalu bertempat di Tiara Beach Resort Port Dickson, telah berlangsungnye 1 kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR. Kursus ini memberi sedikit pendedahan buat para guru j-QAF dan guru-guru Pendidikan Islam yang akan mengajar murid tahun 1 pada tahun 2011 nanti.


Ucapan alu-aluan oleh barisan JU.


Kursus ini banyak menyentuh mengenai penukaran HSP sedia ada kepada Modular pembelajaran. Banyak perbezaan yang bakal diterapkan di dalam P&P dan ada sedikit perubahan dalam pembinaan RPH yang akan mengenengahkan beberapa elemen tambahan, standard pembelajaran dan standard kandungan.



Pekeliling tersebut boleh dilihat melalui link di bawah ini :\

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1287978975.pdf


Antara para peserta kursus.


Seramai 100 orang peserta kursus berjaya mengikuti kursus tersebut dengan jayanye, terdapat 3 buah daerah terlibat (Klang,Gombak dan Hulu Selangor) bagi sesi ke 2 dari 3 sesi yang telah dan bakal terlaksana di Tara beach Resort itu. Penulis dan 24 orang guru lagi dari Hulu Selangor merupakan salah satu kotinjen daerah yang bergerak secara bersama menaiki bas ke sana. Kami berkumpul di stadium KKB dan memulakan perjalanan pada pukul 12.30 tengahari dan selamat sampai di Resort pada pukul 4.00 petang.


Terima kasih juga diberikan buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program KSSR anjuran JPN dan PPD. Alhamdulillah perjalanan menaiki bas tersebut turut disertai oleh 7 orang ustaz-ustaz j-QAF Hulu Selangor iaitu Ustaz Fuad dari SK Kalumpang, Ustaz Khairi dari SK Ulu Yam Lama, Ustaz Fadhli dari SK Lembah Beringin, Ustaz Usman dari SK Gesir tengah, Ustaz Rohaizad dari SK KKB, Ustaz Faizal dari SK Batang kali dan penulis. Memang seronok bile kesemua ustaz ni dapat mandi di kolam renang terbesar di antara resort-resort seluruh Malaysia ni. hehehe


Ucapan oleh Ketua sektor P.Islam Negeri Selangor.

Khusyuk mendengar taklimat diberikan.


Majlis penutupan disempurnakan oleh Ustaz Wan selaku Penolong Pengarah j-QAF Negeri dan pada hari sebelum itu pada 28hb Oktober 2010 dimulai dengan ucapan oleh Ketua Sektor P.Islam JPN Tuan Haji Arifin. Bas hulu selangor memulakan perjalan pada jam 1.15 Tengahari dan selamat sampai di bumi Hulu Selangor pada jam 5.00 petang. Semoga kursus tersebut memberi banyak pendedahan berguna buat kita semua. InsyaAllah.

Bersama ustaz j-QAF Sk KKB Ustaz Rohaizad.

Khamis, 30 September 2010

potluck SKTAR Aidilfitri 2010

Satu hari di hari raya ( meskipun sudah berpuluh hari di pagi raya)



Salam Adilfitri. Meskipun harini adalah hari ke 21 Syawal namun SKTAR masih lagi meraikan bulan mulia ini dengan mengadakan satu malis Pot Luck yang sememangnye menjadi tradisi di sekolah ini setiap kali sebelum kedatangan Ramadhan dan semasa di bulan Syawal.


Hampir kesemua guru turut serta memeriahkan majlis makan-makan tersebut..Pelbagai hidangan di bawa untuk acara itu oleh para guru dan staf sekolah antaranye Spageti, Ketupat dan rendang, Cheese cake, karamel, kek, agar-agar dan puding beraneka jenis, kuih muih, kekacang, Orange jus, teh tarik dan macam-macam lagi.


Jamuan tersebut diadakan di bilik Temuan SKTAR pada waktu rehat. Terima kasih pada semua guru dan staf yang sudi membawa hidangan masing-masing dari rumah,tak lupa pada kak yah kantin SKTAR kerana menghidangkan nasi impit dan kari rendang yang begitu istimewa. Pada hari sebelum itu, kesemua warga SKTAR telah menghadiri rumah terbuka Puan Hajjah Zaharah di rumahnye di Padang Golf dan disusuli oleh rumah terbuka puan Nor Huda binti Tumi'an dan rumah PAR SKTAR encik Asmara di perumahan Kolam Air Panas kerling.




Kami di SKTAR ingin mengucapkan ampun dan maaf jika ada terasa hati atas perbuatan kami, tersalah kata, perbuatan, makan dan minum serta seangkatannya. Kami doakan ikatan antara kita semua sentiasa diredhoi oleh Allah SWT.amin.



Sekian.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Ihyak Ramadhan 1431 - Bubur lambuk Made in SKTAR .

Assalamualikum w.b.t


Pada 26 Ogos 2010 ( Khamis) Panitia SKTAR dengan kerja sama seluruh warga SKTAR termasuk guru-guru dan staf telah bergotong royong memasak bubur lambuk. Program ini merupakan tradisi tetap SKTAR ketika bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Sumbangan para warga kerja SKTAR telah dilakukan pada hari selasa sebelum itu dan sumbangan wang sebanyak hampir RM 190.00 itu digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan memasak bubur lambuk tersebut.



Bubur lambuk yang disediakan oleh warga SKTAR ini akan disedekahkan kepada semua murid Islam yang bersekolah di SKTAR. Seramai 36 murid islam menerima sumbangan tersebut dan 13 murid UPSR juga turut menerima bungkusan tersebut. Antara sumbangan yang diberikan ialan bubur lambuk, kurma dan air kotak.



Puan Azizah selaku Guru Besar ( tudung hijau) dan Pn. Rokiah (GPK) turut serta turun padang.

Baik2 potong bawang,kentang dan segala ramuan tu ye..takut kena tangan.hehe

GPK HEM Puan Rosidah mula mengadun bahan asas bubur lambuk



Cikgu Yusmawi dan penulis sedang menyiapkan bungkusan kurma. Aik..cium bau boleh makan tunggu maghrib nanti ye cikgu awie.hehe

Cik Nurhayati sedang membersihkan bahan adunan bersama guru-guru lain.

GB sendiri turut mengacau ramauan bubur lambuk tersebut. Terima kasih.

Operasi memasukkan bubur ke dalam cup, turut membantu cikgu Julie, Cikgu Huda dan Fahmi Teknisyen. Ketua Chef sedang sibuk.

S/u Panitia Pn. Noor Hafizah turut serta memasukkan ramuan bawang goreng dan daun sup ke atas bubur.

Ketua Panitia ustaz Roslan dan cikgu Meenambal sedang memasukkan bubur dan air kotak serta kurma ke dalam plastik.

Murid turut terlibat membasuk periuk belangan dan lain2.


Pihak Panitia jug mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga pada semua yang terlibat dalam gotong royong ini bagi memeriahkan bulan Ramadhan al-Mubarak, turut tidak dilupakan atas bantuan pihak kantin kerana sudi mengizinkan program tersebut dijalankan di situ. Terima kasih.

Kesemua murid bersedia mendengar amanah dan sepatah 2 kata dari GB. Kesemua guru-guru dan staf turut hadir di Kantin SKTAR.

Adik Ranggis menerima sumbangan dari GB.




Alhamdulllah dengan semangat kerja sama yang ditunjukkan oleh warga SKTAR , program tersebut yang dijalankan sejak pukul 8.00 pagi itu berakhir dengan penyerahan sumbangan pada jam 12.40 Tengahari. Bagi guru-guru yang tiada kelas pada pagi itu telah sudi untuk turut sama memasak dan menyediakan hidangan tersebut.



Jutaan Terima kasih Panitia ucapkan pada seluruh warga yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Amin.

salam Ramadhan untuk semua warga SKTAR dan pembaca blog ini. Ukhwah Fillah di bulan mulia. ;)

Isnin, 26 Julai 2010

Mesyuarat data j-QAF Hulu Selangor Jun 2010

Assalamualaikum w.b.t



Pada 13 julai 2010 lalu pada hari Selasa bersamaan 1 Syaaban 1431 Hijrah, satu mesyuarat data j-Qaf bagi daerah Hulu Selangor telah diadakan bertempat di Bangunan PPDHS ( Bangunan TNB) di ekan Kuala Kubu Bharu. Mesyuarat tersebut berjalan lancar bermula sekitar jam 3.00 petang.


Ramai guru-guru j-Qaf seluruh Hulu Selangor datang dalam mesyuarat tersebut, turut serta beberapa orang guru pendidikan Islam bagi mengisi data iqra' 6 bulan pertama dan markah pendidikan Islam. Mesyuarat tersebut berlangsung pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.15 petang.


Secara keseluruhannye, mesyuarat tersebut berjalan lancar di mana penyelaras j-QAF daerah, Ustaz Shamsuddin mempengerusikan agenda yang banyak menyentuh tentang pengisian data bagi 6 bulan pertama.



Alhamdulillah, data pendidikan Islam dan j-QAF SK Tun Abdul Razak tiada sebarang masalah dan dapat diselesaikan dengan bantuan beberapa orang guru j-QAF seperti ustaz Azizi dari SK KKB 2 dan Ustaz Shuib dari SK Serendah. Syukran jazilan Kasiron turut diberi pada beberapa orang JU yang menjadi pemudah cara dalam pengisian data tersebut.



Ustaz Shamsuddin juga mengingatkan agar data PKSR bagi tahun 2009 dan awal 2010, maklumat murid dan maklumat guru P.Islam perlu dihantar secara online. Mesyuarat tersebut selesai dan diiringi hujan lebat pada sebelah petangnye..


InsyaAllah sebarang perkembangan semasa akan diberitahu di lain mase. Salam

Rabu, 2 Jun 2010

Kepadamu Kekasih




M. Nasir

KepadaMu Kekasih

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Jumaat, 28 Mei 2010

MENYIAPKAN KERTAS SOALAN


Assalamualaikum..



Salam buat pembaca blog yang saya hormati..


Pada sepanjang minggu lepas di SKTAR, penulis banyak menghabiskan masa mengedit kembali soalan peperiksaan Bahasa Arab penggal pertama peperiksaan peetengahan tahun yang dibekalkan oleh JPN dan PPD.



Akan tetapi setelah menilai bentuk soalan yang agak sukar dan memang sukar difahami oleh anak didik penulis maka 1 bentuk overwrite kembali soalan itu bagi dipermudahkan mereka untuk menjawabnya. Terima kasih untuk ustaz Hishamuddin dari SKKKB 1 yang sudi menyampaikan informasi mereka dah terima CD soalan bahasa arab 2010. Sekolah penulis tak jumpa pulak dan dapat cd tu..



Kepada anak-anak murid ustaz..periksa bahasa Arab kali ni jangan risau..takdelah susah sangat ye..hehe. Untuk soalan Pendidikan Islam ribuan terima kasih diucapkan untuk kedua GPI SKTAR yang sudah mengcopykan soalan yang diterima dari PPD.



Sebenarnye terdapat beberapa perkara baru berlaku dalam unit panitia pendidikan Islam seperti perlaksanaan KBS siri 2 berlangsung pada 24 April lalu dan pengubahsuaian dekorasi sedikit bilik j-QAF. ade masa insyaAllah penulis akan upload gambar terbaru.



Peperiksaan akan berlangsung pada 31 Mei 2010 ini ( Isnin). Semoga semua anak murid ustaz dapat markah tinggi2 ye.amin. :)

Rabu, 21 April 2010

JK Seminar Guru GPI bersama SU Politik PM







Pada hari semalam, 20 April 2010 satu seminar GPI guru2 daerah Hulu Selangor telah berlangsung. Penulis diberi amanah sebagai JK dokumentasi dan fotografi membantu mantan GPI dari SKTAR iaitu Ustaz Bakhtiar bin Matal dari SK Bukit beruntung 2.

Banyak sekali info berguna yang dapat diperolehi dalam majlis itu yang tamat pada jam 5.30 petang.

Ahad, 28 Mac 2010

Mengapa menyepi ?

Salam semua..

Maaf..Mungkin ada antara pambaca setia blog ini setia menuggu post terbaru dari Penulis. Thanks atas sokongan anda. Penulis sebenarnya agak sibuk sedikit pada bulan ini. Sibuk dengan aktiviti Kokurikulum di sekolah, sibuk menguruskan urusan peribadi yang mungkin tak kan pernah sudah...hahaha. Sepanjang bulan Mac 2010 ini sekolah penulis mengadakan beberapa program di peringkat sekolah. Antaranya programMento Menti UPS 2010.





Warga pendidik bilikjqaf seramai 3 orang turut menjadi "ayah dan ibu" ada anak didik tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR ada tahun ini. Antaranya Ustaz Abdul Aziz bin Abdullah menjadi Mento pada adik Shahrul Nizam bin Johar, Ustaz Roslan bin Maydin menjadi mento pada Asnizam bin Umar danUstazah Noor Hafiza menjadi mento kepada adik Nurul Syuhada. Dengar khabar juga program Motivasi UPSR akan dijalankan lewat minggu ini.


Pada awal bulan ini juga aktiviti Tasmik telah berjalan seperti biasa. Namun penambahbaikkan perlu lagi di perbetulkan. Sehingga masuk bulan ketiga ini, masih tiada lagi mensyuarat j-QAF peringkat Daerah Hulu Selangor dijalankan. Namun kesemua guru-guru j-QAF didaerah ini masih tahu cara perlaksanaan P&P seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Masalah kekurangan guru j-QAF masih menjadi isu utama seluruh negara. Semoga ada jalan penyelesaiannya.InsyaAllah.




Pada esok hari penulis akan menghadiri mensyuarat Sepak Takraw peringkat daerah di Sekolah Kebangsaan Sungai Selisek. SKTAR seperti biasa akan menghantar 2 regu bukan Melayu. Pada petang yang sama jugak , SKTAR akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penginapan Peringkat MSSM Kebangsaan bagi acara Merentas Desa di mana Hulu Selangor menjadi tuan rumah dan SKTAR, SMK KKB dan SAMT KKB diberi kepercayaan menyediakan tempat penginapan untk kontinjen seluruh Malaysia.



Bertemu lagi di lain masa, InsyaAllah.

Ahad, 28 Februari 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010

Salam semua..


Pada hari khamis lepas bersamaan 25 Februari 2010, bertempat di Dataran SKTAR, satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan .Aktiviti wajib setiap tahun ini disertai oleh semua murid tahap 2 ( Tahun 4,5,6 dan tahun 3 yang nak sukarela lari) turut membantu adalah kesemua guru2 SKTAR. Penulis diberi tanggungjawab untuk menyiapkan buku program kejohanan dan seperti biase penulis menjadi pegawai peronda beserta 3 orang lagi warga SKTAR lelaki pada hari itu.


Penulis dan warga bilik jqaf turut tidak ketinggalan dalam menyiapkan diri dan turut serta membantu agar kejohanan tersebut berjalan lancar. Seperti kelazimannya , Sekolah ini mempunyai sejarah tersendiri dalam kejohanan merentas desa. Nama SKTAR juga turut tidak asing dalam menyediakan atlit2 yang mewakili daerah Hulu Selangor dalam kejohanan peringkat Negeri Selangor.


Target SKTAR tetap sama, untuk menjadi juara keseluruhan dan juara berkumpulan dalam pertandingan yang akan diadakan di Batang kali Hulu Selangor pada bulan 3 ini. Pada hari ini penulis meminta 5 murid sebagai pendahulu agar tidak berpecah dalam kumpulan, ini penting bagi membentuk pasukan merentas desa secara berkumpulan.Alhamdulillah perjalanan sejauh 2.4 km tersebut berjaya diselesaikan oleh 5 murid tersebut di bawah masa 30 minit.



Tahniah untuk adik Nizam Joha, Merdeka, Sauri, Hakim dan Halim, manakala untuk murid perempuan adik Noraslina, Callin, Rabecca, Soner dan Genui mendapat catatan di bawah masa 35 minit. Walaupun majoriti berlari dengan kaki ayam tapi tetap bersemangat! Latihan untuk tempat 10 terbaik lelaki perempuan akan dilakukan pada Isnin ni bersama cikgu Yusmawi bin Zainal. Oh ya, Ustazah Noor Hafiza turut serta menjadi pegawai Check Point di simpang terakhir, manakala ustaz Roslan tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat anjuran PPD pada hari tersebut.


Bilik j-QAF dah dekat seminggu mengalami masalah wyering, mungkin kerana sistem wyering yang agak tua dan sedikit sebanyak bantuan "cikti" menyebabkan P&P terpaksa dilakukan di Makmal Komputer buat sementara waktu menanti pegawai JKR menyiasat perkara tersebut. So bilikkjqaf dah dekat seminggu jugakla terbiar tanpa dibersihkan..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...