Isnin, 28 Mei 2012

Merisik dan Melamar

Dara cantik menjeling mata
Jelingan nakal seluruh hala

 Adat merisik si dara jelita
Untuk mengenal keluarga segala



Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.

Pada dahulukala, adat merisik ini dilakukan oleh orang tua dalam keluarga kedua-dua bakal mempelai yang tidak mengenali antara satu sama lain. Penentuan pasangan hidup pada masa ini ditentukan oleh ibu bapa ataupun orang tua-tua. Namun sehingga kini, adat merisik masih diamalkan dengan tujuan yang sama walaupun kebanyakan bakal pasangan mempelai telah pun mengenali antara satu sama lain. Tujuan antara lainnya ialah:

1. mengelak sebarang kekeliruan pada masa akan datang seperti calon itu masih belum dipinang orang ataupun pernah berpunya (janda dll)

2. libatkan perbicaraan tentang susur-galur keturunan iaitu nasab keturunan yang boleh dinikahi atau haram dinikahi.

3. dapat elak sebarang penyakit keturunan yang akan diwarisi oleh zuriat yang akan datang

Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan risikan berhasil, maka pihak lelaki akan minta diri. Jika pihak lelaki berpuas hati dengan status si gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. Pada mase inilah pemberian cincin merisik dilangsungkan sekali dengan adat melamar dan penentuan tarikh pertunagan.



Jika cincin diterima, maka pihak perempuan akan mengembalikan semula tepak sirih kepada pihak lelaki sebagai tanda untuk pulang.Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki. Sesudah berpantun wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

Isnin, 21 Mei 2012

Kem Menggapai Awan UPSR 2012

 Salam..

Pada 18 hingga 19 Mei 2012 ( Jumaat dan Sabtu) telah berlangsungnya Kem Menggapai Awan UPSR 2012 yang dihadiri oleh 40 murid Tahun 6 dan 5 SKTAR. Kem tersebut diselia oleh Guru Penyelaras tahun 6 puan Jauharriah binti Ahmad. Penulis diamanah kan untuk pegang AJK Peralatan yang turut dibantu oleh Encik Fahmie Teknisyen SKTAR dan cikgu Yusmawi.

Berikut beberapa rentetan yang sempat penulis catat :

  • Khamis pagi : Penulis dah sediakan barang2 keperluan dan dibantu oleh cikgu Jauharriah. Letak barang tersebut di Bilik Fail. 

  • Jumaat 10.30 pagi : Penulis gerak dulu ke Kem Rimba Tamu Batang kali untuk pasang PA Sistem dengan encik Fahmie
  •  
  • Jumaat 1.05 Tengahari : Penulis,cikgu Yusmawi dan Fahmie bergerak balik ke KKB untuk solat Jumaat
  •  
  • Penulis sempat bersolat jumaat dengan rakan serumah yang dah mula start enjin kereta.haha. Serba menyempat je harini. Alhamdulillah. 
  •  
  • 4.50 Petang : Penulis gerak sendiri ke rimba Tamu. Sempat bermandi manda dengan murid tahun 6.
  •  
  • 7.00 malam : Makan malam bersama rakan2 guru dan murid2 SKTAR
  •  
  • 10.30-11.45 malam : Ustaz Bakhtiar bin Matal sempat datang ke Kem.. Kami naik 2 kereta pi minum di Ligamas. Awi, Fahmi, Kak Yat naik kereta aku. Manakala "us Buck" memacu Hilux ditemani oleh 2 rakan taman beliau yang juga geng motor RXS.
  • Sabtu 12.50 pagi : Penulis,cikgu awi dan fahmie tukar bilik. duduk bilik atas ofis tuan Haji Othman.
  •  
  • 5.50 pagi : kejutkan solat  Subuh berjemaah murid2 Islam bersama 5 anak angkat tahfiz tuan haji Othman.
  •  
  • 6.20-7.00 pagi : Slot LDK. Tahniah pada cikgu Nia yang jam 6 dah datang ke Kem. 
  •  
  • 9.00-12.35 Tengahari : Slot Sains dan B.I. Sempat jumpa kak Awi  cikgu Rasa yang pernah jadi penghuluwati masa kursus di Lembah Beringin pada Julai 2009. KLIK SINI

  • 1.30 thari : Murid2 agak sugul sebab tak dapat mandi sungai lepas abis slot sebab kesuntukan masa. 
  •  
  • 2.00 thari : Makan Thari dan bergerak pulang. Penulis buka bilik fail untuk simpan peralatan sekolah.
  •  
  • 3.00 Petang : Penulis dah terlelap di rumah KKB..zzzz
  •  
  • Ahad 1.55-5.30 pagi : Penulis dan 3 rakan iaitu us.zaki,us hishamudin dan us.hadi berkhemah di Kedai Nasi Lemak yusri untuk tonton Final UEFA Championship . Chelsea - Bayern Munich. Penalti chelsea menang 5-4 meski Bayern pegang game.
  •  
  • 6.00 - 1.10 Tengahri : zzzzz... ha3

 Pegang jangan tak pegang 

 "Us. Buck" and member . Kami mengeteh di Restoran Sepakat sebelah Petronas. Macam2 dibualkan.Yelah..last Us Buck di SKTAR pada 2009.

 Kak Nia handle pada jam 6.20-7.00 pagi Sabtu 

 Betul2 depan Kem rimba Tamu, ada Kolam air Panas Hulu Tamu. jalan kaki 3 minit je. 

Bergerak pulang ke Kem. 


Alhamdulillah , Program tersebut selesai selepas makan tengahari. Pada waktu yang sama ada satu lagi program UIA yang menetap di Kem Rimba Tamu milik Tuan Haji Othman. Terima kasih pada semua yang terlibat dengan kem tersebut. Kenangan betul kem ni. Tak pernah missed sejak 2007 kecuali pada 2011 yang diadakan di Asrama SKTAR.

Berstimbot. betul ke eja ni.ha3

Salam..

Selepas sambutan hari guru pada 16 Mei, kemeriahan sambutan diteruskan pada waktu malam di Grill and Steambot Kalumpang. 8 warga kerja SKTAR hadir bersama keluarga masing-masing. Sessi makan-makan tersebut bermula jam 8-10.30 malam. Tahniah pada pengerusi Kelab Guru Puan Siti Khadijah binti Abdul Aziz.  




Kelab Guru SKTAR, Tahniah ye!

Kem 1 M 1 S

 Salam..

Pada 13 Mei (Sabtu) telah berlangsung Kem 1 Murid 1 Sukan. Alhamdulillah semua murid tahun 4,5, dan 6 hadir dengan mengenakan pakaian sukan sambil dibantu oleh kesemua guru SKTAR. Jom soroti beberapa foto yang diabadikan untuk tatapan pembaca semua.






 Penulis handle senamrobik je. 



Kem tersebut selesai pada jam 12.30 Tengahari. Majlis penutup disempurnakan oleh Puan Hajjah Jashiah binti Rabu. Kendalian Kem diuruskan oleh Cikgu Yusmawi bin Zainal.

Jumaat, 18 Mei 2012

Hari guru 2012

 Salam..

Pada 16 Mei 2012 sambutan hari guru disambut meriah di sekolah kebangsaan tun abdul razak pada jam 8.00-1.05 Tengahari. Alhamdulillah majlis tersebut dihadiri oleh kesemua 16 orang guru dan turut dirai oleh warga staff dan murid-murid di sekolah ini.  Penulisdiberi tanggungjawab sebagai AJK Persiapan Tempat. Alhamdulillah semua AJK dan pentadbiran turut serta bagi melancarkan lagi program ini.

 Nyanyian Kami Guru Malaysia.

Puan Mazliawatun menyampaikan hamper besar punye untuk penulis. Thanks 

Tahun ni banyak dapat dari tahun 2. Berkat merelief gamaknye.ha3. 


Tahniah diucapkan pada Kelab Guru SKTAR terutamanya Puan Siti Khadiah selaku penyelaras Kelab Guru bagi tahun ini. Malam tu kami sambut dengan ber stimbot di Grill and stimbot Kalumpang : Siti n family, midah n family, kak sidah n hb, pija,fahmi, kak yat, kak liza n hb dan penulis. Memang meriah. Untuk lebih foto sila Klik di sini ---> SELAMAT HARI GURU! :)

Sabtu, 12 Mei 2012

Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 2012

 Salam..

Pada 8 Mei 2012 ( Selasa) jam 2.30- 4.45 petang bertempat di Makmal komputer SKTAR, telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama tahun 2012. Mesyuarat ini dipengerusikan Oleh YDP sesi 2012-2013 Encik A Mizan bin Silai. Antara agenda mesyuarat ini adalah seperrti berkut :
  • Perlembagaan PIBG
  • Hala tuju PIBG
  • Dialog pentadbir-Ibu bapa
  • Hal-hal lain.
 Mesyuarat dihadiri oleh 11 AJK dari wakil guru dan ibu bapa

Wakil Guru :
  1. PK HEM : Puan Rosidah bt Ahyar
  2. PK Koku : puan Hajjah Jashiah bt Rabu
  3. S/u PIBG : Pn Asfarina binti ghazali
  4. Bendahari PIBG : Encik Abdul Aziz bin Abdullah ( Penulis)
Wakil Ibu bapa :

  1. YDP : Encik A Mizan
  2. NYDP 
  3. 5 AJK Ibu bapa. 


 YDP dan NYDP bagi sessi 2012-2013 sedang mengendalikan mesyuarat.



 makan petang disediakan di kantin sekolah. Terima kasih PIBG atas kelulusan pembekalan makanan untuk mesyuarat petang ini.

YDP SKTAR bukan calang-calang.. Baru sahaja memenangi pertandingan Golf di Kuala Lumpur awal bulan ini. Tahniah Encik A Mizan yang juga Supervisor di kelabGolf Kuala Kubu Bharu.


Alhamdulillah, mesyuarat tersebut selesai dengan jayanya. Mudah-mudahan hasil perbincangan mesyuarat ini membuahkan hasil yang sangat positif pada semua murid-murid yang bersekolah di sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Bilik j-QAF mengucapkan tahniah pada semua AJK PIBG sesi kali ini.

Transformasi padang Sktar

 

Assalamualaikum...

Sedih..sedih..
Padang SKTAR kini hanya tingga nama. Tiada lagi rumput menghijau yang dibasahi embun pagi dan kelibat anak-anak asli kampung berkejaran di tengah padang. Start admin posting di sini pada 2007 hingga kini, Sempat first posting pada 2007 acara sukan tahunan diadakan di sini dan kali terakhir acara sukantara pada 2011.
pelbagai transformasi padang Kampung Orang Asli Tun Razak yang terletak bersebelahan sekolah ini mengalami jatuh bangunnya sendiri. Jom soroti beberapa foto yang pernah diabadikan untuk tatapan pembaca semua.
 2007
   
Lihatlah betapa menghijaunya padang ini, line larian sukan tahun 2007 juga masih kelihatan. Oh, kami warga sktar rindukan suasana ini dahulu.

2008-2009
 
Asrama desa sementara diwujudkan bagi membina asrama kekal 2 bangunan bertingkat di tapak asrama lama. Masa ni padang SKTAR dah ditutup untuk kerja-kerja pembangunan.  bangunan ni dah dirobohkan pada 2010 .hanya tinggal stage penonton sahaja dan tiang bendera.

2010-2011
 Inilah pemandangan sekitar tahun tersebut. nampak tak asrama baru dah dibina di hujung sana. dan pada tahun 2010-2011 juga gelanggang futsal telah didirikan di atas tapak lama asrama sementara.
  April 2012
 Kerja-kerja amal oleh unit TKRS sedang bergotong-royong membersihkan padang. Masa ni pihak sekolah tak dimaklumkan yang padang ini akan ditar sepenuhnya. Sempatlah juga admin buat posting tentang padang ni. Klik SEDIH Oo..
 Mei 2012
 Tiada lagi rumput sesegar menghijau.hanya rumput batu yang bakal di tar. 
Dengarnya tapak lama rumah JAKOA yang didirikan di sebelah asrama ni akan dibina stage terbuka untuk masyarakat Asli di sini.
Namun, biar apapun yang berlaku .. SKTAR tetap di hati. :)

Minggu bertugas

Salam...

Minggu ni ( 7-11 Mei 2012 ) Hari Isnin dan jumaat, penulis dan cikgu Hamidah bertugas. Minggu ni sama seperti minggu lepas penyerahan susu 1 malaysia berlangsung. 

Minggu ni jugak adalah minggu peperiksaan Pertengahan tahun. So kedatangan murid pada minggu ni agak konsisten dan ramai.

Jumaat, 4 Mei 2012

LADAP 2012 Kembali

Salam..

68 S/U SEKOLAH-SEKOLAH HULU SELANGOR.

Hrmm... dah lama penulis nantikan mesyuarat LADAP untuk tahun ni. Bukan apa..Penulis dah pegang jawatan sebagai SU LADAP ni sejak tahun 2008 lagi. Pelbagai kenangan manis penulis tempuhi bersama S/u2 LADAP yang lain dari pelbagai sekolah di Daerah ini. So pagi-pagi lagi penulis memang semangat nak pergi meeting ni yang diadakan di Bilik Mesyuarat PPDHS di KKB pada tanggal 3 Mei 2012 jam 8.30-12.45 Tengahari.Maklumat tersebut isampaikan oleh penceramah jemputan dari Unit Latihan PPD Klang encik Nizam.   

Cerita la sikit mesyuarat ni ye, Alhamdulillah perjumpaan setelah hampir setahun berjalan lancar. Namun diberitakan kemungkinan ada sistem baru yang telah diguna pakai oleh Sepang iaitu sistem e-SPEL. buat masa ni sistem LADAP masih guna sistem e-SPLG lagi. Minum pagi dan makan tengahari disediakan oleh unit Latihan PPDHS .

Ape yang difikir tu?

Seingat penulis last mesyuarat LADAP dijalankan pada Julai 2011 , masa tu Encik Yusri yang handle namun diberitakan Encik Yusri telah dilamar oleh JPN dan tugas beliau dipangku buat sementara waktu oleh Encik Rosli dari PPDHS. Oh masa..sedar tak sedar dah 3 penyelaras LADAP penulis sempat bekerjasama :
  • 2008-2010 : Encik Hasren bin Damiri : TERBAIK !
  • 2011 : Encik Yusri bin Yasin
  • 2012 : Pangkuan : Encik Rosli PPDHS.  

Namun LADAP paling seronok adalah pada tahun 2008 dan 2009. Masa ni banyak kursus dibuat di luar. kenangan betul .Teringat rakan2 SU LADAP lelak yang macam marah2 bila kami ambil angin malam di Port Dickson 3 tahun lalu. Masa tu Encik Hasrin bin Damiri siap sound cakap : malam ni kita enjoy. Tak payah fiKir pasal LADAP la.hahaha :).

 
Fadli dan Abang Kamal 

S/u LADAP lelaki yang rapat dengan penulis dah makin sikit,cuma tinggal SJKC Khin Ming : Abang Kamal, SJKT Sungai Choh : Fadly, SK Lembah Beringin : Cikgu Maarof dan sorang lagi SU ladap lelaki yang baru , SK Rasa : Abang Anuwar. Tahun ni kami dah kehilangan 2 rakan karib dalam group MARABAHAYA  ni.hehehe. Cikgu Kherman dari SK Seri Keledang dah bertukar dan Cikgu Hasanal dari SJKC kg Gurney Ulu Yam tak pegang lagi jawatan ni.

Oh..penulis rindukan saat-saat kegemilangan bilamana SU diberi pendrive percuma, pembekalan fail poket dan peralatan kursus dalaman, bayaran kursus berbayar 7 kali setahun perhead RM14.00, kursus2 luar dan lain-lain lagi. Tahun ni agak sedih jugak peruntukan berbayar. Cuma sekali sahaja itupun RM3.00 per head. Hahaha. ye RM3.00 perhead guru. Lawak kan. Apepun KAMI YANG MENURUT PERINTAH. :)

Tahun ni masih guna E-SPLG lagi.  

 Sesapa yang nak baca entry kegemilangan LADAP kami boleh klik kat SINI HA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...