Ahad, 28 Jun 2009

Berlalunya Kem Bestari Solat Siri 3 2009

Salam Islam,salam kedamaian..
Pada hari semalam 27 hb Jun 2009 ( Sabtu), SKTAR telah mengadakan program KBS siri 3 yang di jalankan di bilik Warden Asrama SKTAR. Program seawal jam 8 pagi itu turut dihadiri oleh hampir kesemua guru-guru Islam di sekolah ini. Panitia Pendidikan Islam merakamkan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang diberikan oleh kesemua pihak yang terlibat termasuk pengawal keselamatan,PPM hinggalah ke pembekal makanan untuk program tersebut.
Kehadiran murid seramai 25 orang dan penglibatan 18 warga SKTAR sangat baik. Penulis mengagihkan kepada 2 slot untuk guru-guru menjadi pemudahcara untuk setiap 3 protege dalam setiap kumpulan ( 1 guru 3 murid) @ 1 slot 6 guru. Seperti kelaziman untuk Pogram KBS, panitia memilih bilik warden asrama berikutan bilik trsebut sesuai dijalankan Kem kerana saiz bilik yang agak besar dan terdapat bilik air serta kemudahan pili paip di kawasan sekitar asrama.
Program yang dijalankan itu turut melibatkan kerjasama dari pihak asrama SKTAR iaitu Pembantu Pengurusan Murid saudara Said Sobri bin Said Kassim, pengawal keselamatan siang asrama, Puan Mariani, dan jamuan pagi dan tengahari disediakan oleh saudara Salleh dewan makan. Semoga jasa baik kalian Allah membalasnya.Amin.
Guru-guru dan murid-murid dijamu pagi dengan hidangan bihun singapore dan makanan tengahari Ikan tenggiri masak lemak dan Sayur Campur.Alhamdulillah kenyang sungguh semua warga SKTAR hari tu.. Guru GPI SKTAR diberi amanat menjadi Kem Komandan sepanjang Kem tersebut berlangsung. Gambar-gambar kem akan penulis dapatkan dari GPI penulis.insyaallah.
Penulis telah berkesempatan menghantar adik Anas bin Ali Zufri ke Perkampungan Orang Asli Pertak kerana beliau tertinggal bas untuk pulang. Penulis merancang untuk mengadakan lagi beberapa program bercorak Islam sepanjang bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan ini untuk memberi kefahaman lebih mendalam murid tentang ajaran Islam yang mulia ini. KAMI BERSYUKUR KERANA MENJADI ORANG ISLAM.alhamduillah

Selasa, 23 Jun 2009

Keajaiban telah berlaku di Palestin

Maklumat ini saya dapat agak lewat. Tapi bolehlah kita tambahkan iman kita bahawa pewaris pejuang itu tidak akan lenyap sama sekali, dan inilah buktinya:

Gaza – Palestinkini (Januari 2009)
: Hospital-hospital di Semenanjung Gaza selama keganasan Israel di sana menerima peningkatan jumlah kelahiran baru yang mencecah dua kali ganda jumlah mangsa meninggal gugur dalam perang tersebut. Pada saat hospital di Gaza tidak berhenti menerima mangsa perang Zionist sepanjang hari, seakan Allah memberikan ganti dan pengibur dari apa yang hilang dari mereka selama keganasan.

Juru cakap Kementerian Kesihatan Hamam Nisman menegaskan bahawa dalam rentang waktu perang antara 27 Desember sampai 17 Januari rumah sakit-rumah sakit menerima 3700 bayi lahir baru dan melepaskan mangsa gugur sebanyak 1366.


Nisman mengatakan kepada wartawan Rabu (11/2) bahawa Gaza menyambut kelahiran bayi baru setiap tahunnya sebanyak 50,000 bayi atau setiap bulannya sama dengan 3000-4000 anak per bulan. Namun pada bulan Januari 2008 angka kelahirannya paling tinggi dibanding bulan dan tahun-tahun sebelumnya.

Dia menyebut peningkatan kelahiran ini adalah Rahmat Allah kepada masyarakat Gaza yang telah kehilangan banyak nyawa. Ia menunding Israel sengaja membunuh kanak-kanak selama dalam perang sebanyak 437 kanak-kanak dan 2000 kanak cedera parah.

Di sisi lain, Profesor Geografi dan demografi di Universiti Al Aqsa Gaza, Dr Yusuf Ibrahim, bahawa Israel menilai tingginya tingkat kelahiran rakyat Palestin merupakan bahaya yang mengancam eksistensi Zionist di tanah Palestin.

Jumlah penduduk Gaza dalam sepuluh tahun terakhir, meningkat hingga 1,5 juta orang atau meningkat 50%. Penduduk Gaza pada tahun 1997 hanya 36% dari jumlah penduduk di wilayah Palestin secara keseluruhan. Namun akibat tingginya tingkat pertumbuhan penduduk menjadi mereka kini menyumbang 40 peratus.

Pusat Statistik Palestin memperjumlahkan bahawa jumlah warga Palestin akan melebihi enam juta orang di tahun 2025 dan di tahun 2021 akan mencapai angka 9 juta. Akibat pertumbuhan penduduk di Semenanjung Gaza berbeza dengan warga Tebing Barat kini hanya 350 ribu orang.

Akademi Palestin menyebutkan, Negara Israel membuat rancangan menghabiskan warga Palestin dengan cara pembunuhan peluru berpandu melalui serangan keganasan tentera.

Sabtu, 20 Jun 2009

BILIK j-QAF BERGEMA KEMBALI

Salam perpaduan salam ikatan islam..


Dah pun masuk seminggu warga pendidik dan murid-murid kembali belajar ke sekolah seperti biasa. Macamane semangat anda bila dah terlalu lama sangat bercuti dan melakukan kerja-kerja rutin seharian? Jangankan budak-budak, bapak budak pun nescaya akan beri jawapan yang sama. Tapi bukankah pekerjaan itu ibadah selagi mana berlandaskan al-qur'an dan sunnah!


Seperti lazimnya, penulis akan mula melihat perkara pertama di sekolah...asrama! ya asrama, dah 2 minggu penulis tak melihat murid-murid tersebut..rasa rindu dengan gelagat mereka takkan hilang dalam ingatan penulis,insyaallah. Penulis dan murid seperti kebiasaannya akan mengimarahkan bilik jqaf untuk melakukan solat fardu zuhur,asar,maghrib dan isyak secara berjemaah. Pastu kami akan mengadakan kelas akademik melibatkan murid Islam dan bukan Islam.


Alhamdulillah,nampaknya mereka juga bersolat seperti biasa ketika mereka berada di kampung masing-masing waktu cuti yang lepas. Namun aspek bacaan dalam solat murid-murid masih perlu diperbaiki lagi. Inilah cabaran besar bagi memastikan murid-murid faham apa itu solat yang sempurna di sisi Allah.




Hari jumaat 3.00 petang -sabtu 2.00 petang( 19-20 Jun 2009) satu perkhemahan TKRS telah dijalankan di SKTAR melibatkan seramai 50 ahli TKRS dari tahun 4,5 dan 6 berkampung sejak petang jumaat lagi .Penulis telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua AJK bahagian peralatan,mujur dengan kerjasama yang baik dari AJK peralatan yang lain dan bantuan guru-guru yang lain juga melicinkan semua urusan.Syukur alhamdulillah ya Allah.

Sepanjang kem tersebut berlangsung tiada masalah besar para guru hadapi..itulah kekuatan SKTAR,SEMUA GURU BERSATU HATI! tiada istilah aku adalah aku, kau adalah kau..semenjak penulis menjejakkan kai di bumi SKTAR ini sejak 2007 lagi, semangat teamwork amat ditekankan. Aktiviti malam itu ( Jumaat malam sabtu kami buat program Burung Hantu.. hehe..seronok betul menyakat budak-budak tu, kebetulan pulak malam tu hujan renyai-renyai.
Bilik j-qaf digunakan untuk aktivti kerohanian Islam melibatkan murid-murid Islam ahli TKRS seramai 13 orang. Solat Asar,Maghrib,Isyak dan subuh (Sabtu) diimamkan oleh Ustaz Bakhtiar bin Matal. Kami dari bilikjqaf berharap agar kami mendapat sebuah surau yang agak luas bagi menampung jemaah solat fardhu terutama untuk murid-murid Islam di asrama. Insya allah.

Sabtu, 13 Jun 2009

Persiapan kembali ke sekolah

Salam lalu di angin menderu..salam ukhwah



Cuti penggal pertama semakin sampai ke kemuncaknya bagi tahun 2009.. Apa pengisian yang anda lakukan sepanjang 2 minggu sudah?..mungkin setiap dari kita telah membuat perancangan terbaik sepanjang cuti tersebut. Berikut penulis catatkan apakah aktiviti seharian penulis mengharungi cuti yang sudah :



1 Jun 2009 (Isnin) : Pusing pekan sungai besar,Ushar rumah utk dibeli.P/s :cadang nak tukar sini nanti.

2 Jun 2009 (Selasa) : Jumpa rakan 2 kampung, planing bercuti dimana?

3 Jun 2009 (Rabu) : Duduk rumah je layan anak2 sedara balik kpg

4 Jun 2009 (Khamis) : Sama macam semalam..nothing special

5 Jun 2009 (Jumaat) : Cuci kereta,layan makan durian

6 jun 2009 (Sabtu) : Pi Lata Kinjang n Teluk Intan

7 Jun 2009 (Ahad) Kenduri kawan2,3 rumah.pastu pi putrajaya

8 Jun 2009 (Isnin) Ronda-ronda pekan sabak bernam dgn rakan lama

9 Jun 2009 (Selasa) Pi putrajaya lagi, jalan2

10 Jun 2009 (Rabu) Kemas rumah untuk kenduri kesyukuran mlm esok

11 Jun 2009 (Khamis) Kenduri kesyukuran,semua org kampung n sedara mara turun

12 Jun 2009 (Jumaat) Pi kajang jumpa rakan2 lama

13 Jun 2009 (Sabtu) Pi pekena satay hut kat tanjung karang

14 Jun 2009 (Ahad) Back to KKB...

Begitulah dia catatan seorang pendidik yang tak seberapa ini..insyaallah berjumpa lagi kita di coretan saya di waktu persekolahan minggu depan nanti..insyaallah.

Ahad, 7 Jun 2009

Bercuti ke Lata Kinjang dan ke rumah ibu angkat

Salam buat kesemua bloggers dan pelayar yang budiman..

Pada hari semalam ( Sabtu 6 Jun 2009 ) jam 9 pagi, penulis dan beberapa kenalan di kampung yang memang dah diibaratkan seperti adik beradik semenjak kami di UKM lagi mengadakan lawatan muhibbah kami untuk mengunjungi rumah ibu angkat kami yang juga merupakan seorang pengasas rumah amal untuk orang kurang upaya di Teluk Intan.



Sebelum penulis mencoret tentang siapa ibu angkat penulis, penulis beserta 3 orang rakan iaitu Shamsul Affendi merupakan Ustaz j-qaf mengajar di SK.Binjai Jaya dan pemilik pusat Tuisyen Via Bestari di Sungai Besar, Yasri seorang ustaz j-qaf berasal dari Tjg Karang yang kini mengajar di SK.Telok Gadong Klang dan ciko @ Amir,"adik" yang masih lagi menuntut di UPSI tahun akhir pengajiannya.

Yasri menjemput penulis di rumah penulis di kampung tepat jam 9.00 pagi, seterusnya kami menjemput Shamsul dan Ciko di Bagan Terap dan Pekan Sabak. Kami meneruskan perjalanan kami ke Tapah..tujuan kami adalah untuk bermandi manda di Lata Kinjang,salah satu air terjun tercantik di negeri Perak. Hari Sabtu..adatlah orang beramai2 dgn family bercuti kat situ..crowded gila!

Nasib kami agak baik kerana kami datang agak awal juga,sekitar jam 11.30 pagi..jadi adalah parking kereta dan kami pun dapat port yang cantik untuk berpicnic sambil melihat kebesaran Allah yang tiada tandinganNya.Subhanallah!!! Penulis dijamu oleh mereka bertiga yang memang bawak makanan,penulis tak bawak apepun, bwk perut je..Macam2 hidangan ada, laksa,nasi lemak dan sandwich.


Kami tinggalkan Lata Kinjang dengan memori yang indah sekitar jam 2.30 petang,Buat Solat Jamak di Tapah..pastu kami bergerak ke Pasaraya Giant Teluk Intan untuk membeli sedikit buah tangan untuk ibu angkat kami. Jam 4.30 petang kami pun selamat sampai ke Rumah Titian Asharaful Rohaniah Teluk Intan, di mana pengasasnya adalah pasangan suami isteri..Puan Rohana dan Encik Tamjis..mereka diibaratkan seperti ibu bapa kami sendiri.

Sebenarnya pn.Rohana dan En.Tamjis telah membuka sebuah Rumah Amal di Sungai Besar sebelum rumah amal tersebut berpindah ke Teluk Intan. Penlis mengenal mereka ketika penulis menjalani latihan praktikum di situ,April 2004-Jun 2004 (Rumah Amal Hashimiah)..Kami menggelar mereka Mama dan Papa..sepasang suami isteri yang mempunyai nilai murni apabila sanggup mengabdikan seluruh kehidupan mereka untuk berbakti pada golongan kurang upaya sama ada cacat fizikal,cacat mental dan orang terbiar.Hanya Allah yang dapat membalas jasa murni mereka itu.Insyaallah.

Penulis dan rakan2 mengakhiri lawatan kami di Perak pada hari itu dengan seraut senyuman pada jam 7.00 malam.Semoga kita berjumpa lagi masa akan datang. insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...