Ahad, 7 Jun 2009

Bercuti ke Lata Kinjang dan ke rumah ibu angkat

Salam buat kesemua bloggers dan pelayar yang budiman..

Pada hari semalam ( Sabtu 6 Jun 2009 ) jam 9 pagi, penulis dan beberapa kenalan di kampung yang memang dah diibaratkan seperti adik beradik semenjak kami di UKM lagi mengadakan lawatan muhibbah kami untuk mengunjungi rumah ibu angkat kami yang juga merupakan seorang pengasas rumah amal untuk orang kurang upaya di Teluk Intan.



Sebelum penulis mencoret tentang siapa ibu angkat penulis, penulis beserta 3 orang rakan iaitu Shamsul Affendi merupakan Ustaz j-qaf mengajar di SK.Binjai Jaya dan pemilik pusat Tuisyen Via Bestari di Sungai Besar, Yasri seorang ustaz j-qaf berasal dari Tjg Karang yang kini mengajar di SK.Telok Gadong Klang dan ciko @ Amir,"adik" yang masih lagi menuntut di UPSI tahun akhir pengajiannya.

Yasri menjemput penulis di rumah penulis di kampung tepat jam 9.00 pagi, seterusnya kami menjemput Shamsul dan Ciko di Bagan Terap dan Pekan Sabak. Kami meneruskan perjalanan kami ke Tapah..tujuan kami adalah untuk bermandi manda di Lata Kinjang,salah satu air terjun tercantik di negeri Perak. Hari Sabtu..adatlah orang beramai2 dgn family bercuti kat situ..crowded gila!

Nasib kami agak baik kerana kami datang agak awal juga,sekitar jam 11.30 pagi..jadi adalah parking kereta dan kami pun dapat port yang cantik untuk berpicnic sambil melihat kebesaran Allah yang tiada tandinganNya.Subhanallah!!! Penulis dijamu oleh mereka bertiga yang memang bawak makanan,penulis tak bawak apepun, bwk perut je..Macam2 hidangan ada, laksa,nasi lemak dan sandwich.


Kami tinggalkan Lata Kinjang dengan memori yang indah sekitar jam 2.30 petang,Buat Solat Jamak di Tapah..pastu kami bergerak ke Pasaraya Giant Teluk Intan untuk membeli sedikit buah tangan untuk ibu angkat kami. Jam 4.30 petang kami pun selamat sampai ke Rumah Titian Asharaful Rohaniah Teluk Intan, di mana pengasasnya adalah pasangan suami isteri..Puan Rohana dan Encik Tamjis..mereka diibaratkan seperti ibu bapa kami sendiri.

Sebenarnya pn.Rohana dan En.Tamjis telah membuka sebuah Rumah Amal di Sungai Besar sebelum rumah amal tersebut berpindah ke Teluk Intan. Penlis mengenal mereka ketika penulis menjalani latihan praktikum di situ,April 2004-Jun 2004 (Rumah Amal Hashimiah)..Kami menggelar mereka Mama dan Papa..sepasang suami isteri yang mempunyai nilai murni apabila sanggup mengabdikan seluruh kehidupan mereka untuk berbakti pada golongan kurang upaya sama ada cacat fizikal,cacat mental dan orang terbiar.Hanya Allah yang dapat membalas jasa murni mereka itu.Insyaallah.

Penulis dan rakan2 mengakhiri lawatan kami di Perak pada hari itu dengan seraut senyuman pada jam 7.00 malam.Semoga kita berjumpa lagi masa akan datang. insyaallah.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...