Rabu, 30 Disember 2009

MESYUARAT PERTAMA 2010 SKTAR

Salam buat para pembaca blog yang saya hormati..


Tepat tanggal 28 Disember 2009 bersamaan 11 Muharram 1431 hijrah pada jam 8.30 pagi bertempat di bilik Temuan ,telah berlangsungnya satu mesyuarat guru-guru SKTAR kali pertama bagi sesi 2010. Hampir kesemua guru SKTAR menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh puan Guru Besar dan di bantu oleh kesemua barisan guru Penolong Kanan dan guru-guru lain. Penulis mula bergerak menuju ke KKB pada jam 6.40 pagi dari kampung di Sungai Besar Sabak Bernam. Sampai di sekolah tepat jam 8.15 pagi. Wah..nampaknye kerja-kerja pengubahsuaian kelas dan sekolah giat dijalankan..ada bangunan baru dicat dan pintu-pintu kayu diganti. Mesyuarat tersebut dihadiri majoriti kesemua guru kecuali Puan Salmiah ( cuti bersalin), Ustaz Ruslan dan isterinya puan Fiza
(
bersebab).

Penulis dah cop duduk bawah kipas ye tahun depan.hehe..cam dak2 je

Mesyuarat diadakan dengan jayanya tanpa masalah besar, diikuti pengesahan minit mesyuarat lalu, ucapan guru besar, taklimat oleh GPK Kanan menyentuh bab jadual waktu, ajk kurikulum dan takwim kurikulum, selepas itu ucapan GPK HEM menyentuh duit KWAMP, asrama dan bantuan murid2. Ucapan KO
KO menyentuh tentang keputusan hasil lawatan nazir yang menyentuh bab Fail2 persatuan dan buku KOKO. Penulis dah selesai menghantar borang tapisan keselamatan cuma menunggu jawatan secepat mungkin dari Putrajaya dan buat follow up je. Penulis kembali berjumpa rakan2 lain selepas hampir 2 bulan tidak bertemu..Perkhabaran baru Puan Hajjah Zaharah mendapat surat untuk bersara pilihan dan Puan Kamaliah akan bertukar untuk sessi hadapan.


Tahun depan penuli
s akan bertukar tempat duduk di bilik guru, nak ambik bawah kipas..sejuk sikit..hehe. Lagipun kalau panas boleh lepak2 kat bilik jqaf di bawah tu..huhuhu.. Keesokan harinya ( Selasa 29 Disember 2009) penulis sekali lagi bergerak dari Sungai Besar menuju ke SKTAR untuk menceriakan kelas tahun satu secara gotong royong, tapi bila sampai di sekolah rupanya agenda terpaksa ditukar kepada mesyuarat Kurikulum kali pertama. Lepas habis mesyuarat penulis mula mengambil buku RPH untuk 2010..banyak nak kena adjust ni..jadual Bahasa Arab untuk tahun 3 & 4 tak tahu nak letak bila..tiada pertambahan guru j-QAF di sekolah..kekal lah saya seorang sahaja dan dibantu oleh GPI Baru..dengar2 opsyen BM dan mungkin ajar BM sekali.


Penulis sempat bersembang dengan pengawal keselamatan di pondok pengawal bersama Pak Din dan pengawal ronda..Kak Ani dah tak jadi jaga lagi di Asrama SKTAR..ohh. Banyaknye cerita baru sepanjang cuti ni ye. Asrama baru dikhabarkan masih belum boleh diduduki lagi menunggu pengesahan dari Kerajaan Malaysia dan KPM. Nampak gaya kena tunggu setahun lagilah baru murid2 asrama dapat merasa bangunan baru tu ye.. Abis je bersembang penulis dan cikgu Yusmawi bergerak ke Pekan Kuala Kubu Bharu dan singgah minum di restoran mamak Fazlina Maju..ada abang Sham bas jugak..macam2 kami semabangkan..sedar t
ak sedar dah sejam disitu.


Penulis meminta diri untuk pulang.Cuaca sepanjang petang itu sungguh mendamaikan, awan berarak mendung tapi hujan belum turun. Penulis sampai di kampung terchinta pada jam 4.00 petang. Tahun 2010 penulis memegang jawatan SU LADAP,SU KOKO, Ketua Pengurusan Asrama dan AJK2 kecil yang lain..Balik ni terus buat dan isi RPH untuk 2010. Takut2 jika lawatan nazir dijalankan isnin ni..
Selamat berjuang kembali ke sekolah...


(Bilik guru yang akan menerima tempias cat baru )

Jumaat, 25 Disember 2009

PERAKUAN PENGESAHAN JAWATAN

Salam buat para pembaca blog dari bilik j-Qaf SK Tun Abdul Razak menulis..


Pada hari Isnin bersamaan 21 Disember 2009 penulis menerima satu SMS dari seorang rakan di SK Tun Abdul Razak iaitu puan Shahrom Bee Be binti Ibrahim memberitahu bahawa perakuan pengesahan perjawatan kami telah diterima akan tetapi terdapat beberapa lagi borang yang masih belum diisi dan perlu tindakan segera bagi pihak PPD Hulu Selangor mengesahkan kami sebagai guru tetap. Alhamdulillah..itu yang penulis mampu ucapkan apabila penantian selama kurang setahun dari tarikh lantikan jawatan kami dihantar.


Surat Perakuan Pengesahan Perjawatan

Memang agak terkejut sebab perakuan pengesahan jawatan ni agak awal..ada kes di mana sesetengah guru terpaksa menunggu sehingaa 4-5 tahun berikutan surat pengesahan jawatan mereka gagal sampai ke sekolah atau PPD. Rasa terlalu awal menerima pemberitahuan ini sambil lidah tak henti bersyukur pada Allah. Tarikh sah lantikan penulis pada 1 Ogos 2008 manakala tarikh sah jawatan penulis diperakukan pada 1 Ogos 2009. Ucaan terima kasih tidak terhingga pada pihak yang menguruskan surat menyurat permohonan penulis..Terima kasih pada puan Guru Besar SKTAR, bekas kerani Puan Hashimah, PAR merangkap kerani..encik Shahrin bin Mutalib,kerani baru SKTAR, Mas dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pemprosesan surat ini.


Borang Soalan Keselamatan

Pada keesokannya hari Selasa (22 Disember 2009) penulis menerima panggilan telefon dari GPK Kanan Puan Rokiah meminta penulis datang kesekolah untuk mengambil surat perakuan tersebut. Penulis berjanji akan ambil esoknya ( Rabu) . Sebelum tu penulis pergi ke PPD Daerah Sabak Bernam untuk membeli Borang Tapisan Keselamatan disebabkan borang tersebut habis di PPD Hulu Selangor. Penulis beli 3 borang tersebut dengan RM1 satu borang. Dalam borang tu juga meminta penulis menyiapkan gambar pasport,setem dan dikhabarkan oleh kakak penulis bahawa borang tersebut perlu dipos laju ke Putrajaya dan perlu menghantar 3 borang sama untuk bahagian2 di Putrajaya.Banyak nak kena isi tu..

Borang Akta Pencen KSP Peraturan 35

Keesokannya ( Rabu 23 Disember 2009) penulis memacu jentera penulis ke Kuala Kubu Bharu walaupun malam sebelumnya penulis kena pitam dan masih dalam keadaan pening kepala, mungkin kes lewat makan.. Alhamdulillah..penulis sampai ke pejabat SKTAR jam 11.00 pagi. Disitu terdapat kerja pengubahsuaian dilakukan oleh 3 PPM dan kerani baru SKTAR. barulah ceria sikit pejabat SKTAR ye tak.hehe.. Masa tu hanya ada GPK HEM Puan Hajjah Zaharah yang bertugas di bilik guru jadi penulis berbincang mengenai surat tersebut bersama kerani baru ..namanya Mas.. baru datang semalam. Selamat datang ke SKTAR ye.


Dari apa yang penulis faham dari surat dan penerangan kerani..Penulis terpaksa menunggu beberapa hari lagi sebelum surat dan borang yang belum lengkap dihantar oleh sekolah ke PPD. Borang tersebut adalah keputusan penerimaan perakuan borang tapisan keselamatan dan borang 35 akta Pencen dan KWSP. selepas faham prosedur tersebut..penulis meminta diri pulang dan akan memaklumkan pada Mas untuk follow Up borang Tapisan yang penulis hantar pos Laju ke Purajaya pada malam tadi. Tapi agak risau kerana kakak penulis yang menghantar borang tersebut sebelum cuti panjang November lepas masih belum menerima perakuan dari pihak Kementerian Pelajaran di Putrajaya.


Selepas selesai menaip sendiri borang Akta Pencen KWSP dan mengisi 3 helai borang tapisan keselamatan..barulah penulis dapat berehat sekejap. Esoknya ( Khamis 24 Disember 2009) penulis dan 2 buah kereta akan bercuti ke Cameron Highland dengan kawan2. Penulis menjadi driver pada jentera penulis..tetap unggul membelah jalan bergunung ganang dan mencabar ke sana. Di sana banyak penulis borong sayur-sayur dan makanan. Penulis sempat berhenti di Lata Iskandar dalam perjalanan pulang dari Cameron. Tahun ni sahaja dah 2 kali penulis ke sana..makan angin dan cuti-cuti Malaysia la katakan.


Kebun Bunga Cameron Higland

Penulis selamat sampai ke Sungai Besar tepat jam 8.20 selepas menunaikan solat jamak di masjid Makmuriah SungaiBesar. Tak lama lagi sekolah akan dibuka dan bermakna cuti persekolahan akan berakhir.Bermula lah satu lagi hari-hari yang rutin seperti sediakala adanya..kuakukakua.. rupanya malam tadi lepas hampar tilam dan belek2 mesej sekejap,pukul 10 lebih penulis terlelap ..zzzz . Letih punya pasal.


Berjumpa lagi kita di arena persuratan yang lain..InsyaAllah. Salam Maal Hijrah 1430 Hijrah.

Rabu, 9 Disember 2009

PERTEMUAN KEMBALI DI MUSIM CUTI SEKOLAH


Salam ziarah..



Apa khabar semua pembaca blog yang saya hormati..pada hari ini Rabu ( 9 Disember 2009) pihak sekolah telah mengaturkan satu jadual penyerahan buku Adab belajar dan penyerahan bantuan duit KWAMP bagi kesemua murid dari tahun 1-6. Kehadiran ibubapa dan penjaga murid2 Asli dari sekolah ini agak ramai jugak lebih kurang 60 orang. Penulis menerima SMS dari puan Rokiah GPK Kanan SKTAR meminta kesemua guru hadir pada hari tersebut. Hampir kesemua guru hadir kembali ke sekolah walaupun pada hari cuti persekolahan panjang ini. Hanya Cikgu Yusmawi,Cikgu Norhazliza ambil exam OUM, cikgu Salmiah masih bercuti bersalin sulung..tahniah. dan cikgu Hamidah yang kini berada di Sarawak.



Penulis menggerakkan enjin kereta pada jam 6.40 di Sungai Besar.Lepas isi minyak penulis memacu laju ke Kuala Kubu Bharu..dalam pkl 8.20 pagi penulis selamat sampai di bumi SK Tun Abdul Razak ini. Kehadiran ibubapa awal-awal lagi sudah ramai menunggu di depan pintu pagar sekolah. Seronoknya dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan guru yang agak lama tak jumpa hampir 3 minggu ni. Tapi dalam keseronokan tu masih ada beberapa khabar yang menyedihkan bagi penulis.



Guru Pendidikan Islam SKTAR, Ustaz Bakhtiar bin Matal akan berpindah ke SK Bukit Beruntung 2... lebih dekat dengan rumah beliau..walaupun rasa sedih tapi penulis mengharapkan perpindahan beliau memberi lebih semangat untuk penulis berbakti pada murid Islam di SKTAR. Pengalaman hampir 3 tahun bekerjasama dengan beliau , tidak akan penulis lupakan..segala tunjuk ajar beliau penulis akan amalkan.Insya Allah. Tempat beliau digantikan oleh ustaz muda dari perantau Sabah berasal dari Kedah..Ustaz Ruslan bin Mydin. Selamat datang ke SKTAR dan menjadi sebahagian dari warga bilikjqaf SKTAR.

Ustaz Bakhtiar : Jasa anda selama 9 tahun di SKTAR tetap dikenang.

Begitu juga penulis ucapkan selamat maju jaya buat cikgu Fazliana binti Ismail. Beliau juga akan bertukar di SK Kalumpang..betul2 area rumah beliau. Setelah menunggu hampir saban tahun permohonan beliau berjaya juga..Orang sekampung ni. Manakala cikgu Kamaliah Ibrahim yang sudah menjadi tunggak di sekolah ini hampir 21 tahun juga akan mengakhiri tugasnya di sini apabila permohonan pertukaran beliau ke Kedah bakal diluluskan dalam masa terdekat. Maju jaya buat Kak Lia sekeluarga..Dan tak lupa buat"ibunda" Cikgu Zaharah binti Haji Shaharun GPK HEM yang bakal bersara pada 31 Disember ini semoga lebih ceria di masa-masa seterusnya.Amin.



Penulis diberitakan bahawa SKTAR juga telah mendapat tambahan dua lagi pembantu Pengurusan Murid Asrama seramai 2 orang..semoga kehadiran mereka berdua dapat memantapkan lagi pengurusan Asrama di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak ini dibantu oleh PPM sedia ada..saudara Syed Sobri . Dikhabarkan juga bahawa pentadbiran SKTAR juga berjaya mendapat seorang kerani pentadbiran bagi menggantikan tempat Puan Hashimah yang sudah bertukar ke SJKC Kalumpang hampir 4 bulan yang lalu. Ringan lah sikt beban kerja abang Sahrin PAR.Alhamdulillah.




Selepas tamat serahan buku Adab dan buku Bank KWAMP, para guru semua berkumpul di bilik guru..di situ GPK HEM minta jasa penulis untuk menggantikan beliau ke Mesyuarat HEM di Kuala Selangor pada Isnin ni..bersamaan hari cuti.Awalnya agak berat jugak nak pi..yelah time cuti2 ni..tapi Guru besar meletakkan penulis sebagai pilihan kedua lepas GPK Kanan Puan Rokiah Hassan. Kelab Guru SKTAR juga membuat jamuan bersama semua kakitangan SKTAR termasuk guru-guru,staf sokongan dan pentadbiran untuk menikmati makan tengahari di Restoran Roslan Komando Kuala Kubu..di depan ELKEN KKB. Berselera sungguh kami menikmati jamuan akhir tahun tersebut.




Jamuan turut disertai oleh Cikgu Huda dan Cikgu Nurhayati yang tak dapat hadir awal pagi tadi kerana jaga exam SPM. Sesudah menghabiskan menu makan tengahari penulis..penulis sempat memberi ucapan perpisahan buat guru-guru yang akan bersara dan berpindah tahun depan..buat Kak Lia bersabarlah atas dugaan Allah s.w.t atas kepemergian suaminya pada awal bulan 10 lepas, buat Kak Ara..kak Ara adalah jalan buat penulis sepanjang di SKTAR, buat kak Faz..anda adalah rakan sekerja yang baik dan byk memberi nasihat..buat ustaz Bakhtiar..semoga ustaz lebih sukses di sekolah baru nanti..



Penulis kembali bergerak pulang ke Sungai Besar tepat jam 2.05 petang. dan penulis selamat sampai di kampung pada pukul 4.00 petang lepas solat jamak di Masjid Parit 9 Sungai Panjang. 9 Disember 2009 menjadi pelengkap sebahagian dari diari hidup penulis..Semoga kesemua para guru turut ceria dan gembira sepanjang musim persekolahan ini.. Salam sayang buat semua.

Isnin, 16 November 2009

Minggu Terakhir persekolahan tahun 2009

Assalamualaikum..

Apa khabar semua.. Sedar tak sedar ni merupakan minggu terakhir persekolahan dijalankan untuk tahun 2009. Tahun 2009 ni mencipta pelbagai kenangan tercipta untuk penulis dan kesemua warga bilikjqaf SKTAR keseluruhannya. Tahun 2009 merupakan tahun ketiga j-QAF mula bertapak di sekolah Orang Asli ini. Pelbagai kenangan dan pengalaman bersama ditempuh. Berakhirnya Kem Bestari Solat, Kem Literasi al-Qur'an, Program aktiviti keagamaan, kejayaan murid2 SKTAR dan kegemilangan pencapaian sekolah di peringkat Kebangsaan telah tercipta.

Kenangan 2009 : Pertandingan Lukisan di Kantin dianjurkan SYABAS

Perasaan bercampur baur antara sedih, gembira dan terharu.. Pada pagi jumaat tu kami semua warga sekolah mengiringi GPK HEM Puan Hajjah Zaharah yang akan bersara pada 31 Disember ini. Sedikit jamuan ringan disediakan oleh para guru sempena peristiwa tersebut. Oh ya.. pada hari Isnin semalam ( 23 Nov.2009) guru SKTAR mengadakan mensyuarat khas untuk kajian post mortem UPSR dan serahan laporan akhir tahun unit HEM dan KOKO. Calon SKTAR berjaya mencapai seramai 3 orang untuk 5A.Tahniah!


Lawatan murid asrama ke Zoo negara bulan Ogos. waktu ni H1N1 tengah menggila

Sempat penulis hadiah beberapa naskah al-Qur'an lama di bilik warden yang hampir dimamah usang. Penulis beri pada murid islam tahun 2 dan 3 yang boleh baca iqra' sikit2. Semoga naskah al-Qur'an tersebut berguna buat mereka mengaji di rumah waktu cuti nanti. Penulis juga tak melepaskan peluang memberi sedikit ucapan perpisahan akhir tahun buat murid2 asrama. Buat murid tahun 6, teruskan pembelajaran kalian di tingkatan satu..sukses selalu buat Murni, Haris dan Mazaina.



Skuad Olahraga SKTAR yang banyak mengharumkan nama di peringkat negeri dan kebangsaan



Penulis sekali lagi berbesar hati apabila dalam berita harian harini ( Selasa 24 Nov.2009) ada menyiarkan kembali foto penulis sedang mengajar di luar kelas. Dalam rencana : Guru Cemerlang Lonjak Prestasi Akademik, memaparkan saiz gambar yang lebih besar. Riak betul lah..kahkahkah.. Semoga cuti panjang kali ini memberikan ruang lebih baik pada semua warga pendidik untuk terus memajukan diri dalam kepelbagaian bidang dan kemahiran.

Asrama yang akan berpindah ke bangunan baru yang lebih selesa.

SELAMAT BERCUTI IGUN MUHEI...........

Jumaat, 13 November 2009

Hari Sukaneka sekolah

Assalamualaikum..


Buat maklumat semua pembaca, sekolah tempat penulis mengajar telah mengadakan satu hari sukaneka menggantikan hari Sukan sekolah yang sepatutnya diadakan pada awal tahun. Sukaneka tersebut berjaya dijalankan pada hari semalam ( Khamis 12 November 2009) bertempat di Dataran Kejat SKTAR. Penulis diberi tanggungjawab selaku timbalan ketua Rumah Kuning dan merangkap jurufoto pada hari kejadian.




Sebenarnya pada hari Isnin dan Rabu pada minggu tersebut juga telah diadakan satu latihan dan rehesel (Betul ke eja ni) haha.. bagi melatih murid2 akan aktiviti dan pengisian sepanjang hari sukaneka tersebut. Memandangkan penulis selaku SU Kokurikulum, penulis dan ustaz Bakhtiar diberi amanah menyediakan peralatan kejohahan, memandangkan SU Sukan tiada pada hari Isnin dan Selasa kerana menyertai Kejohanan Sukan Sekolah2 Asli Kebangsaan iaitu Cikgu Yusmawi menghantar adik Rafie bin Kedun bagi acara Lontar Peluru. Tahniah kerana SKTAR menghantar wakil negeri Selangor ke sana.




Oklah berbalik pada hari sukaneka tersebut, Rumah Biru menjadi johan keseluruhan dengan mendapat 340 markah, Naib Johan Rumah Merah dengan 320 markah dan rumah Kuning mendapat 300 Markah (sedih2..huhu). Antara acara yang dipertandingkan pada hari sukaneka tersebut seperti Lari ikat kaki, Sususn tin, Bawa bola pingpong dalam sudu, lari berhalangan, jalan atas bongkah, lari dalam guni, isi air dalam botol dan kepit bola.



Antara pengisian pada pagi itu adalah perhiasan rumah sukan, menyediakan jamuan ringan dan menyampaikan hadiah pada para peserta kejohanan. Sekalung ucapan ribuan terima kasih pada semua guru,kakitangan,ibu bapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam hari sukaneka tersebut. Mudah-mudahan sekolah dapat mengadakan kembali hari Sukan seperti tahun 2007.sejak padang sekolah digunakan untuk pembesaran asrama baru, padang tiada dan aktiviti riadah sukan terpaksa dijalankan dalam kawasan rasmi sekolah.

Rabu, 11 November 2009

DATA j-QAF 6 BULAN KEDUA HULU SELANGOR

Salam..


Pada hari semalam bersamaan bersamaan 10 November hari selasa satu mesyuarat data jqaf 6 bulan kedua telah diadakan di Makmal Komputer SK Batang Kali. Mesyuarat data tersebut dipengerusikan oleh Penyelia jqaf daerah Hulu Selangor iaitu ustaz Samsudin dan dihadiri oleh 32 sekolah Kebangsaan yang telah mempunyai guru2 jqaf di sekitar daerah ini. Mesyuarat yang bermula sewal jam 2.00 petang itu berjalan dengan baik.


Cuaca mendung waktu irtu tidak menghalang kesemua guru jqaf membuat data. Pada mulanya penulis mengalami kesukaran sikit nak siapkan data tersebut. Mujur dengan bantuan rakan 2 terutama dari ustaz Zaidi dan Ustaz Tarmizi berjaya memudahkan data Esekolah dikumpul pada waktunya. Program data tahun ni agak sukar sikit sebab tak boleh nak copy paste biasa macam tahun2 sebelum ini.



Selepas data disiapkan barulah penulis ada masa nak minum petang.Itu pun dah dekat pukul 6 petang. Kuih dan bihun dah abis..haha.. Selepas balik dari SK Batang Kali penulis mula merancang untuk ke pekan Ligamas Batang Kali membeli barang sikit. Kat sini barang lebih murah dari pekan KKB.


Penulis sampai ke KKb pada jam 6.15 petang dan cepat2 solat asar di bilik j-QAF SKTAR. Lepas tu penulis turun asrama dan makan malam bersama murid asrama pada jam 6.30 petang. Dengan baju yang sama penulis pakai dari pagi bawak e senja itu tak terasa lekitnya.mungkin cuaca waktu itu mendung. Oklah..hari ni penulis baru je selesai mengadakan latihan rumah sukan untuk sukaneka SKTAR 2009. Penulis selaku Timb.ketua rumah kuning berazam untuk menjadi juara tahun ini..ahaha...cikgunya yang over plak ye..


Oklah berjumpa lagi kita di penulisan akan datang.Insya Allah..

Isnin, 9 November 2009

Majlis Literasi al-Qur'an daerah Hulu Selangor 2009


Salam semua..

Kem Literasi diadakan di SK Bukit Sentosa Bukit Beruntung Hulu Selangor.


Pada hari sabtu lepas bersamaan 7 November 2009 berlangsungnya satu majlis Literasi al-Qur'an yang berlangsung di SK Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Hulu Selangor. Di situ bilikjqaf SKTAR telah menghantar dua orang wakil murid dari Sktar iaitu adik Firdaus Mohd Nor bin Rusdi Anwar dan adik Safira binti Burat yang kini dalam tahun 3. Murid tersebut diiringi oleh guru j-QAF tunggal di sekolah ini iaitu Ustaz Abdul Aziz. Manakala Ustaz Bakhtiar dilantik sebagai jurukamera dan AJK Dokumentasi di peringkat Jawatankuasa Perlaksanaan.




Ustaz dari SK Serendah mendengar bacaan iqra' oleh adik firdaus dari SKTA dan seorang murid dari SK Rasa



Sebenarnya perlaksanaan program tersebut bermula secara tak rasmi oleh penulis pada malam sabtu tersebut di mana as-Syeikh Hishamuddin dari SJKT Tamil Sg.Choh, Ustaz Samsudin Penyelia j-QAF Daerah dan Ustaz Bakhtiar dari SKTAR meminta penulis dan ustaz Zaki dari SK Ampang Pecah menolong memasukkan pamplet bacaan Iqra' dalam Fail folder. Memang banyak kerja. Alhamdulillah semuanya selesai pada jam 10.00 malam. Acara seterusnya acara mengeteh yang diadakan edi Restoran Taman Tanjak KKB. Tamat pada jam 12.00 malam..
Syeikh Hishamudin dari SKKKB 1 mendengar adik safira dan seorang murid dari SK Bukit Sentosa membaca iqra'


Steady pak imam ( gelaran adik firdaus di Asrama SKTAR)

Pada keesokan hari pagi sabtu penulis membawa dua murid tersebut yang tinggal di asrama SKTAR, jadi tiada sebarang masalah besar sepanjang membawa dua murid tersebut. Kami selamat sampai ke SK Bukit Sentosa pada jam 8.00 pagi. Di situ sudah ramai rakan2 guru j-QAF dan GPI dari pelbagai sekolah sekitar Hulu Selangor. Majoriti Fasilitator yang hadir adalah guru j-QAF baru iaitu tahun 2008 dan 2009.



Set Induksi penulis dan us.Zahari dari SK Sungai Buaya pada murid2 SK Bukit Sentosa

Penulis diberi kepercayaan menjadi Fasi bagi kumpulan pertama. Program tersebut lebih mengkhususkan murid yang masih lagi belum mencapai aras iqra' 4. Jadi pendekatan set induksi penulis jalankan agak panjanglah jugak. Program tersebut tamat pada jam 1.30 petang yang dirasmikan oleh Pen.Pengarah Pelajaran Daerah iaitu Tuan Haji Razali.

Majlis penutupan diadakan

Di situ ada ucapan mengucapkan tahniah pada penulis SKTAR yang berjaya menjadi sekolah Kebangsaan Kategori Asli Cemerlang peringkat Kebangsaan 2009 dan kejayaan menghantar satu skuad Tarian Sewang pada hari yang sama di rasmikan oleh Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong dan Menteri Shahrizat jalil sempena hari Kanak2 peringkat Kebangsaan di Puchong. Tahniah pada murid2 tahun 5,6 dan guru pengiring.

Penulis menerima sijil penghargaan dari Pen.Pengarah Pelajaran Daerah, Tuan Haji Razali

Selasa, 3 November 2009

Minggu peperiksaan dan minggu untuk bergegas




Salam buat semua..

Hmm..minggu ni merupakan antara minggu yang tersibuk buat penulis.Banyak kegiatan luar dan kehadiran yag perlu penulis selesaikan atas urusan kerja..di sini penulis menyenaraikan beberapa tanggungjawab penulis yang sempat penulis ingat :

29 oktober 2009 : Sibuk mencetak soalan peperiksaan akhir tahun P.Islam dan Bahasa Arab tahun 1-3



30 Oktober 2009 : Membuat persiapan untuk minggu sukaneka sekolah 2009

31 oktober 2009 : mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland Pahang, sebanyak 2 bas mengisi warga sekolah, murid2 tahun 6 dan murid2 kelas KEDAP. Penulis diberi tanggungjawab selaku Timbalan Urusetia Program. Banyak Kerja bang..

1 November 2009 : Sempat balik kampung kejap,pulang hari menyelesaikan beberapa perkara di kampung.

2 November 2009 : Peperiksaan berjalan. Mula menanda kertas.

3 November 2009 : Menyiapkan beberapa dokumen untuk SU LADAP kursus esok.

4-5 November 2009 : Berkursus di Kem Bina Semangat Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu untuk SULADAP tahun 2010.

6 November 2009 : Guru pentadbiran minta penulis mengiringi murid untuk kmengiringi murid buat persembahan Sewang di Sungai Besi yang akan dirasmikan oleh Permaisuri Agong.

Begitulah beberapa perancangan dan eristiwa yang telah berlalu dan bakal berlaku. Di harap semuanya berjalan baik dan lancar. Insya Allah bersua kia lagi dalam penulisan seterusnya.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Berkursus di Port Dickson


Salam..

Pada hari rabu lepas bersamaan 21 Hb Oktober 2009, Penulis telah diarahkan untuk menghadiri satu kursus Pemurnian Data Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan Negeri Selangor 2009 bertempat di Glory Beach resort ,Port Dickson Negeri Sembilan. Penulis bergerak ke sana menaiki jentera penulis yang tersayang..WSE 1141.Penulis bertolak pada jam 11.00 pagi.Turut tumpang penulis adalah Cikgu Kamal dari SJKC Khing Ming KKb dan Cikgu Hasanal dari SJKC Kampung Gurney Ulu Yam.

Kami selamat tiba di resort berkenaan pada jam 2.00 petang. Lepas je kami check in dan pndahkan barang kami pi makan tengahari dulu kat Teluk Kemang bertentangan dengan Bayu Beach Resort. Sebabnya kupon makan di Glory beach hanya bermula jam 5.00 petang untuk minum petang nanti. Masakan Orang Nogori ni memang terkenal dengan pedasnya. Oh ya penulis makan bedi Bagan Pinang, tempat Pilihanraya ecil baru2 ini.

Tak lama lepas tu Cikgu Kherman dari SK Seri keledang telefon bertanya lokasi kami berikutan dia ni daftar lambat, jadi terpaksalah tunggu kami.Kami ber4 dapat check in satu bilik. Kursus SULDP ini juga turut digabungkan dengan 2 buah daerah lagi iaitu Petaling perdana dan Sepang. Daerah Hulu Selangor seramai 66 orang guru diveri penerangan ringkas oleh encik hasren Damiri pada malam kedua di Bilik mesyuarat Bunga Raya.

Kursus SULDP kali ini taklah begitu padat sangat jadual nya. Yang sibuk pun cumalah pada hari kedua dimana penggabungan data KMLDP 2009 dikumpul dan diserahkan pada JU Hulu Selangor, Cikgu Norma. Penukaran ke version 3 sedikit yang menyebabkan data agak lambat dikumpul. Malam tu kami semua ambil angin di pesisir pantai Hotel kami menginap. Oh ya pada petang hari kedua kami ambil angin di Pusat pelancongan Teluk Kemang, tak jauh dari Glory Beach,hanya sekitar 10 minit sahaja.


Penulis rasa kadang2 hairan jugak, walaupun penulis adalah guru j-Qaf tetapi tanggungjawab yang diberikan pada penulis agak besar, dan ini merupakan satu kepercayaan yang tak berbelah bahagi sekolah pada penulis. Penulis pn faham.SKTAR tak ramai mane cikgu.cuma 17 orang sahaja, Tahun 2009 penulis diberi amanah sebagai SU Panitia,SU j-QAF, SU kokurikulum, SU LADAP dan guru akademik asrama.



Oklah..mnggu ni penulis dah mula busy untuk minggu peperiksaan akhir tahun. Berjumpa lagi nanti. Insya Allah.

Isnin, 12 Oktober 2009

AKTIVITI RIMUP DENGAN SKKKB 1

Salam ...



Salam semua..maaf dah agak lama saya tak update blog.. berikutan tiadanya akses Internet sama ada di kampung ataupun di sekolah. Bagaimana khabar anda semua. Penulis masih diberi kekuatan akal,fizikal dan rohani yang baik buat masa ini. Alhamulillah. Sekolah SKTAR telah mengadakan satu majlis RIMUP bersama sekolah SKKKB 1. Yang mana penulis turut diberi kepercayaan menjadi AJK di peringkat kedua2 sekolah.



Pada hari khamis 1 Oktober 2009, satu acara sukaneka diadakan di SKKKB 1. Melibatkan 3 acara yang menggabungkan antara dua sekolah. Di mana murid2 bercampur dalam satu kumpulan. Antara sukan tersebut seperti Tarik Upih, Lari dalam guni dan terompah gergasi.



Manakala pada hari jumaat 2 Oktober 2009, lawatan balas dari SKKKB 1 bertandang pula ke SKTAR untuk jamuan aidilfitri. Hari itu dimeriahkan dengan persembahan sewang dan kuaya oleh SKTAR, makalan murid SKKKB 1 pula mempersembahkan boria dan nyanyian duet. Jamuan dihadiri oleh hampir kesemua guru2 SKTAR dan sebilangan guru2 SKKKB 1.

Jumaat, 18 September 2009

AKTIVITI MENJELANG SYAWAL DI SKTAR


Salam Aidilfitri buat kesemua pembaca blog..




Aidilfitri bakal menjelma lagi 2-3 hari dari sekarang...Rasa terlalu sekejap je Ramadhan datang..dan Ramadhan dah pun nak berlabuh tahun ni..Ya Allah..berilah kesempatan untuk aku sambut dan sempurnakan Ramadhan tahun hadapan dengan lebih baik lagi..Amin ya Rabbal Alamin. Semoga Syawal kali ni menjadi Syawal yang dapat mendidik hawa nafsu penulis sama seperti bulan sebelumnya.Insya Allah.


Ok..ape nak mula dulu ye...kita tengok dulu lah ape program yang sekolah dah buat sepanjang minggu lepas untuk ihyak Ramadhan dan sambutan Aidilfitri untuk 40 murid2 Islam SKTAR dari hampir 200 murid keseluruhan yang mendaftar di sekolah asli ini. Pada hari khamis ( 10hb september 2009) hari terakhir murid2 UPSR jawab exam..guru2 SKTAR berkesempatan membungkus dan re packing kerepek raya yang penulis beli siap2 dari kampung. Hasil collection guru2 tersebut sebanyak RM ***.** cukup untuk membeli 4 kerepek setiap satu 5kg.setiap murid Islam dapat 4 aneka kerepak yang dibungkus kecik2.


Pada 15hb september 2009 (selasa) kesemua guru-guru sepakat menyumbang wang,tenaga dan keringat bersama-sama membuat bubur lambuk,bihun sup n kuih muih untuk hidangan berbuka bagi diagihkan untuk murid Islam dan guru2 waktu berbuka magrib hari itu. Kesemua guru-guru diberi tugas yang sama rata. Guru perempuan sibuk memotong bhn 2 mentah,menumis dan menyediakan bahan..guru2 lelaki pulak, membasuh periuk belanga, mengacau bubur dan menjadi penglipur lara..hahaha... So pada waktu sebelum balik kesemua sumbangan makanan tersebut berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh puan Guru Besar.


Pada 16hb September 2009 (Rabu) kesemua guru2 dan staf sokongan sekolah berjaya mengadakan majlis makan berbuka puasa bersama murid2 Islam asrama.Hampir separuh dari warga sekolah diirngi family turut memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di kantin sekolah.anggaran seramai 60 orang hadir di majlis tersebut.Makanan dan kuih muih dihidangkan oleh pembekal makanan asrama dan sedikit sumbagan dari warga sekolah. Majlis turut diberkati dengan solat maghrib,Isyak,Tarawikh dan witir yang di pimpinkan oleh Ustaz Bakhtiar dan jemputan Ustaz Nahari (suami cikgu huda). Majlis selesai sebelum pukul 10 malam.


Pada 17 september 2009 (khamis) adalah hari terakhir sebelum persekolahan ditutup selama seminggu bermula esok untuk meraikan kedatangan aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Pada pagi ini..satu perhimpunan khas diadakan bagi menyerahkan sumbagan aidilfitri pada setiap murid2 Islam yang bersekolah di sini. Sebanyak 31 beg beras dan beg keras mengandungi baju raya,kuih raya dan sedikit sumbangan wang telah disempurnakan dengan jayanya oleh puan GB dan dihadiri oleh kesemua guru-guru SKTAR. Oh ya..hari ini juga merupakan hari terakhir untuk guru GSTT sekolah ini bertugas mengantikan tempat puan Hamidah yang cuti bersalin. Terima kasih atas sumbangan diberikan oleh cik Nadia dari warga sekolah.


Penulis selamat sampai ke kampung tercinta di Sungai Besar pada jam 6.00 petang...cuaca sepanjang petang ini hujan..adakala lebat dan renyai2..santaklah sampai ke malam ini. Dan pada malam itu juga sedikit berita sedih disampaikan oleh ibu penulis dan ibu2 saudara tentang kepergian adik sepupu penulis yang dijemput Ilahi pada jam 11.30 malam ini..mangsa koma selepas terlibat dalam langgar lari pada jam 10.00 pagi tadi sewaktu menghantar barang. Al-Fatihah untuk arwah pijoi ( Mohd Farizul bin Ramlan)..semoga Pak Uteh dan Mak Uteh tabah menghadapi aidilfitri tanpa kehadiran anak tunggal lelaki mereka. Seperti baru semalam penulis meraikan aidilfitri bersama arwah ( tahun lepas).


Jadi buat kesudahannya..berhati-hatilah kita di sepanjang masa terutama di jalanraya.lagi2 jalan jem teruk nak raya ni.Ingatlah orang yang tersayang. Di kesempatan ini penulis ingin memohon ampun dan maaf buat kesemua pembaca blog yang penulis hormati.Jika ada tutur bicara dan penulisan yang bisa membuat hati kalian pedih,sejuta kemaafan ..Maaf Zahir dan Batin..Raya jemput datang kerumah ye..apepun call dulu...selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari penulis dan kesemua ahli bilikjqaf dan warga sekolah.

Rabu, 9 September 2009

PENULIS DAN SKTAR MASUK BERITA HARIAN

Salam..tadi Guru Besar memaklumkan pada penulis bahawa gambar penulis turut termuat dalam sisipan pendidikan dalam akhbat Berita Harian hari ini.. ini penulis copy n paste dari Laman Web Akhbar tersebut..


Untuk melihat berita penuh sila klik :
.................................................................................................................................................................
Sayangi Sekolah: Jadikan teladan

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mailto:Latehupen@bharian.com.my


Sebahagian ibu bapa mengikuti kelas dewasa.


SK Tun Abdul Razak usaha gigih ubah tahap pendidikan Orang Asli DALAM usaha memujuk anak Orang Asli hadir ke sekolah, guru Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak (SKTAR), Hulu Selangor, sanggup meredah perkampungan kaum minoriti itu untuk mencari murid masing-masing. Usaha mereka tidak terhenti setakat itu kerana pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan, antaranya membawa murid menonton filem Inggeris di pawagam bagi menyuntik minat mereka terhadap bahasa antarabangsa itu.

Guru Besar SKTAR, Azizah Hassan, berkata usaha itu sebahagian program Jejak Kasih diperkenalkan sekolah berkenaan sejak 2005 bertujuan mendekatkan guru dengan murid yang kebanyakannya masih tidak minat belajar. Beliau berkata, pendekatan memujuk murid Orang Asli supaya rajin datang sekolah dan cintakan pelajaran itu berkesan kerana ia membawa perubahan secara beransur-ansur. Sambil menjelaskan pelaksanaan program itu juga berjaya mengurangkan kadar ponteng sekolah, katanya, usaha diteruskan bagi mencapai tahap sifar, sekali gus mengatasi masalah murid Orang Asli tercicir dalam pelajaran.



GURU turut mengajar di luar bilik darjah bagi memupuk minat belajar di kalangan murid SKTAR. (Penulis)

“Sebahagian murid sekolah ini tinggal di asrama. Mereka dari 10 kampung Orang Asli berhampiran iaitu Kampung Tun Abdul Razak, Kerling, Gerachi Jaya, Pertak, Buloh Telur, Kolam Air, Hulu Tamu, Sungai Jang, Kampung Songkok dan Gurney Hulu Yam. “Kami mengadakan pelbagai aktiviti dan program menarik bagi membuka minda murid menerima arus perubahan termasuk Komuterthon ke Kuala Lumpur, jamuan di restoran Kentucky Fried Chicken dan lawatan ke Wet World, Shah Alam serta Zoo Negara.



“Pendedahan menerusi program seumpama ini diharap dapat mengubah mentaliti mereka supaya berasa lebih terdorong untuk memajukan diri dan keluarga menerusi pendidikan sempurna di sekolah,” katanya. Azizah berkata keberkesanan program itu dapat dilihat apabila semakin ramai murid sekolah berkenaan menonjolkan potensi diri dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Antara kejayaan diperoleh, katanya, muncul naib johan Kejohanan Bola Baling Karninal Sukan Orang Asli Selangor dan tempat ketiga Kejohanan Sepak Takraw Karnival Sukan Sekolah Orang Asli Selangor, tahun lalu. Turut membanggakan, katanya, apabila sekolah itu mencapai keputusan 100 peratus bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu Pemahaman dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu. “Pencapaian terbaik murid SKTAR dalam UPSR setakat ini ialah 3A 2B pada 2005 dan kita berharap sekurang-kurangnya seorang dapat 5A tahun ini.

“Bagi mencapai sasaran ini, guru gigih melaksanakan pelbagai usaha termasuk kelas tambahan, Majlis Serah Ilmu, solat hajat, perjumpaan ibu bapa serta kem kecemerlangan UPSR,” katanya. Menyedari kekuatan pengaruh ibu bapa menyuntik semangat belajar anak, Azizah berkata, sekolah turut membuka kelas dewasa khas untuk ibu bapa dan penjaga yang ‘buta huruf’ mengubah tahap pendidikan mereka.

“Kelas dewasa setiap Isnin, Selasa dan Jumaat diadakan supaya mereka turut merasai kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan seterusnya menggalakkan anak bersekolah,” katanya. Usaha agresif dan menyeluruh SKTAR dalam membangunkan pendidikan Orang Asli mendapat pengiktirafan Kementerian Pelajaran apabila dianugerahkan Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Rendah Orang Asli 2009, baru-baru ini.

Sabtu, 5 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR UNTUK MURID SKTAR

Tuan Pengarah JPS.. Dr Haji Zahrin Aziz, Pegawai Pelajaran Hulu Selangor, Tuan Haji Suhaimi, warga guru tidak melepaskan peluang bergambar bersama murid-murid UPSR SKTAR 2009


Salam ukhwah buat semua pembaca blog yang saya kasihi..


Bermulanya hari selasa ini ( 8 September) hingga jumaat murid2 UPSR seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun ini. Penulis dan warga bilik jqaf tidak ingin melepaskan peluang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan khusus buat anak didik penulis di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak. Seramai 15 calon dari sekolah ini akan mengambil peperiksaan tersebut, manakala tambahan 20 lagi calon menumpang dari sekolah swasta Al-Amin Serendah.


Penulis merasakan peratus lulus yang akan diperolehi sekolah ini akan meningkat lagi jika dilihat dari segi kebolehan murid2 belajar. Program mini asrama bermulanya sejak 22 Ogos ( hari pertama puasa) hingga lah sekarang menempatkan kesemua 15 calon UPSR tinggal di Asrama sekolah. Penulis kagum dengan kesungguhan murid-murid mengulangkaji pelajaran hingga malam. Biarpun mereka sedar mereka perlu bersaing dengan ratusan ribu calon UPSR seluruh negara, namun semangat mereka bukan kecil.Penulis sendiri kerap berbuka puasa bersama mereka berdua dan disertai pembekal makanan asrama, saudara salleh.



Buat 2 murid Islam UPSR tahun ini, untuk adik Norhafizah dan adik Murni..ustaz mendoakan agar kalian menjawab dengan yakin sambil tidak lupa berdoa pada Allah taala. Manakala murid non Islam juga,ustaz berharap kalian dapat menjawab soalan dengan tenang. Oh lupa nak cakap..pada semalam jumaat ( 4 September 2009) satu majlis solat Hajat dan bacaan Yasin melibatkan semua warga sekolah telah diadakan. Imam diketuai oleh yang berbahagia Syeikh Bakhtiar bin Matal selaku GPI SKTAR dan bacaan Yasin diketuai penulis sendiri, manakala untuk tahlil ringkas dipimpin oleh bilal Masjid Batang Kali dan Par SKTAR, Encik Sahrin bin Mutalib.


Majlis tersebut diadakan sempena peperiksaan UPSR yang akan berlangsung..diharap dengan usaha dan tawakkal pada Allah SWT membuahkan hasil kejayaan.Insya Allah. Majlis itu disertai oleh semua guru-guru termasuk puan Guru Besar, Staf sokongan dan murid-murid Islam SKTAR. Semalam juga merupakan hari terakhir kerani sekolah kami Puan Hasyimah bertugas di sekolah ini. Beliau bertukar ke sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerling bermula selasa ini. Kenangan dan jasa baik bersama kak Syima akan kami kenang selamanya.Teringat memori pergi Zoo Negara dan Petrosains anjuran asrama pada bulan lepas.


Ahad, 30 Ogos 2009

SELAMAT HARI MERDEKA KE 52 DARI BILIKJQAF


Salam kemerdekaan..

Merdeka..merdeka..merdeka..

Hmm.. Dah 52 tahun pun usia kematangan merdeka negara kita tercinta Malaysia. Kalau orang dah 52 tahun cukup matang dalam rencah hidup.. Tapi adakah pengisian selama 52 tahun itu terisi di dada anak-anak muda Malaysia tentang semangat Patriotik cintakan negara. Teringat penulis waktu kecil..amat minat bercita-cita nak jadi seorang tentera..namun cita-cita tersebut tak tercapai.. Masa tu penulis nak sangat mempertahankan negara kita dengan senjata.

Itu ketika penulis masih berumur 9-11 tahun. Namun penulis ditakdirkan untuk mengangkat pena untuk negara juga. Tak sangka..peri pentingya pendidik dalam mencorak anak bangsa ke arah lebih baik dan mereka dapat menyumbang sesuatu untuk Malaysia yang tercinta. Penulis sebenarnya mengikuti dasar baru kerajaan Malaysia sekarang "1 Malaysia"! Penulis merasakan dasar tersebut sangat baik secara peribadi.

Jika kita melihat dalam rancangan2 di kaca Tv sekarang, terlalu banyak siaran masakini yang mengikut keutamaan sesuatu kaum. sebagai contoh Astro dan tv swasta, walaupun penulis merupakan pelanggan rangkaian tersebut..kadang kala penulis melihatrancangan TV sekarang sangat berbeza masa penulis kanak-kanak dulu. Dulu semua kaum boleh melihat rancangan tv yang sama.Mungkin dulu siaran TV tak banyak,n keharmonian kat situ boleh dilihat. Masa dah berubah.

Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 52.. tak lupa buat anak-anak murid pribumi penulis yang penulis kasihi. Kalian masih punya ruang yang sama untuk berjasa pada negara yang tercinta. Buanglah perasaan rendah diri kalian..Biar kita sebagai satu bangsa Malaysia, berdiri sama tinggi.. Selamat menunaikan ibadat puasa dan amalan2 ibadat yang lain di bulan Ramadhan 1430 ini... Selamat.

Sabtu, 22 Ogos 2009

KAMI RINDUKAN KEDATANGANMU YA RAMADHAN

Salam..sepanjat kesyukuran tidak terhingga pada Allah SWT kerana masih lagi mengizinkan kita merasai waktu yang dipanggil bulan Ramadhan.Apakah kita semua mengejar bonus yang Allah berikan pada kita tahun ini.Adakah kita masih lagi berkesempatan menikmati keistimewaan Ramadhan di tahun depan?

Penulis merasakan Rmadhan tahun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. Marilah kita rebut peluang yang dihidangkan untuk kita mengejar amalan pahala berganda. Penulis hari jumaat baru ni berkesempatan memberi sepatah dua kata ucapan dan membentangkan bingkisan Ramadhan untuk anak murid penulis. Oklah..nanti penulis sambung lagi..dah masuk Isyak..jangan lupa kita kerjakan solat Taraweikh yang hanya ada pada bulan Istimewa ini.. Thank You ALLAH !

Isnin, 10 Ogos 2009

SAHABAT BAIK KU DIJEMPUT ILAHI


Salam..


semalam penulis dijkejutkan dengan satu berita yang disampaikan oleh kenalan yang mengajar di sarawak mengenai rakan baik saya yang kini sudah meneemui Pencipta yang Esa. Semoga Allah memberkati mu sahabatku.


Kenagan bersamamu takkan ku lupakan..terlalu banyak yang penulis ingin coretkan tapi tangan tak termampu.


pada tengahari semalan seorang rakan kita guru j-QAF di sawarak telah dipanggil ilahi

Nama : Sabri bin Muhammad
Sekolah posting : SK Lubok Antu Sri Aman
kohort : 2006 ( B.Arab)
Status : Bujang

Asal : Tumpat
Pendidikan : UKM ( Jab.Usuluddin fals) 2002-2005 & IP Tun Razak Sarawak
Masa meninggal : 12.00 tengahari
Tempat : lemas di sungai batang Ai sarawak semasa mandi.

kehilangan beliau yang merupakan teman baik saya ( serumah semasa di U ) sungguh terasa di hati ini..semoga Allah memberkati arwah..

al fatihah

Rabu, 5 Ogos 2009

Lawatan ke Zoo Negara dan Petrosains KLCC

Salam kedamaian buat mereka yang rindukan kesejahteraan..



Pada 1 Ogos 2009 , Pihak pentadbiran sekolah telah merancang satu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara dan Petrosains. Penulis diberi tanggungjawab besar selaku ketua penyelaras proram atau senang cakap as ketua rombongan. Bermula dari persiapan kertas kerja hinggalah ke keselamatan murid-murid turun dari bas pada petang 1 0g0s itu,.


Penulis beserta 6 orang guru pengiring beserta 34 murid asrama bertolak dari Kuala Kubu Bharu tepat jam 8.00 pagi. Rombongan tersebut dirancang untuk murid asrama bagi tahun 2009. Penulis berjaya mendapatkan perkhidmatan bas dari JHEOA berpengkalan di Gombak. Surat penulis hantar 3 minggu sebelum lawatan ke PPD dan JHEOA diterima baik oleh mereka
Banyak jalan menghala ke Luala Lumpur ditutup dan terdapat banyak sekatan oleh abang2 polis berikutan demonstrasi oleh sebilangan kecil rakyat. Kami sampai ke Zoo Negara tepat jam 10.30 pagi. Penulis dan Ustaz Bakhtiar membeli tiket untuk kesemua ahli rombongan. Di situ keterujaan anak-anak asli memang ketara.. Tepat jam 1130 lawatan di situ tamat dan kami makan nasi bungkus yang dah siap2 pack dari kantin sekolah pagi tadi.


Kami sampai ke Petrosains KLCC tepat jam 1.30 tengahari. Kat situ penulis lebih teruja dari anak murid penulis sendiri. Paling tak boleh lupa penulis mencuba simulasi kereta F1 sampai 3 pusingan. hahaha.. Anak murid penulis pun tak de apa,rilek je.kihkihkih..

Kami sampai ke KKB tepat jam 6.50 petang. Kenangan sehari tersebut sungguh bermakna bagi kesemua ahli rombongan. Jutaan terima kasdih tidak terhingga di ucapkan pada puan Guru Besar Puan Azizah binti Hassan, GPK HEM, Puan Hajjah Zaharah dan warga sekolah lain yang turut banyak membantu. berjumpa lagi kita di arena seterusnya

Rabu, 29 Julai 2009

Minggu yang busy!




salam semua..maaf agak lama tak menulis kerana server internet problem dan dalam 2-3 minggu ni agak sibuk sikit.

Penulis tak nak cerita banyak kali ni..pada 21-23 Julai 2009 penulis menghadiri kursus teori kecerdasan pelbagai di SK Lembah Beringin. memang syok sebab dapat tambah lagi kenalan,cikgu2 lama pun sporting abis. ucapan tahniah buat penceramah dari IPBA, encik Baskaran dan Puan Rosmawati.. ingatkan kursus tu lebih pada teori ( dah ngantuk) rupanya byk aktivit LDK melibatkan peserta.

Pada 24-28 Julai pulak, penulis tak dan rileks, pi pulak kat JPN Shah Alam..Penulis dan seorang PPM sk ini dilantik menjadi jawatankuasa pembuka tender bagi membekal makanan bermasak asrama tahun 2010-2011. Mujur SK Tun Razak paling sikit tender masuk..cuma dalam 22 shaja. comparte skolah lain dkt 200 pun ada..kat situ penulis berpeluang jumpa rakan2 dari daerah penulis,Sabak Bernam yang mengajar kat area daerah tu.

Oklah..hari ni penulis dah masuk mengajar balik mcm biasa lepas dkt 2 minggu tak masuk sk. harini separuh guru takde..pergerakan beramai ke kursus, seminar,takk\limat dan sukan sebelum ramadhan menjelang tiba. bertemu lagi di arena penulisan..salam ukhwah..

Sabtu, 4 Julai 2009

Seusai dahulu di JPA putrajaya ( Dis.2005-Jan 2007 )

Salam kenangan salam keindahan...


Semalam penulis bergerak ke Putrajaya . Penulis memulakan langkah dari KKB tepat jam 3.30 petang, entah kenapa penulis terpaksa pusing-pusing pekan Rawang untuk mencari jalan masuk ke Highway KL . Biasa tak macam tu..



Gambar Disember 2006 : Air Terjun Sungai Gabai..Tengok tak muka penulis? Masa ni siku penulis lebam sebab tergelincir atas batu air terjun. Sakit!!!

Penulis selamat sampai di presint 9 Putrajaya ( Petronas ) untuk berhenti kejap bagi merehatkan diri yang dah drive lebih sejam tadi. Di situlah kebiasaan penulis menunaikan solat Asar dan membersihkan diri. Penulis sampai di sana jam 5.30 petang. Kotak fikiran penulis membawa kepada memori 4 tahun lepas.... Penulis dengan bandar Putrajaya bukanlah asing, terlalu banyak kenangan di sini.


Warga JPA yang kukenal.. Your always my mind bro...

4 tahun dahulu penulis cumalah seorang graduan yang masih lagi mencari identiti diri selepas menamatkan pengajian di UKM pada 17 September 2005. Penulis mendapat peluang bekerja sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA) pada bulan November 2005.. setelah menganggur hampir 4 bulan.Waktu bekerja di situ meninggalkan pelbagai kenangan. Masakan penulis boleh lupa pada rakan serumah penulis di kuarters JKR Sungai Jelok Kajang iaitu abang Jonet ( JKR Selangor), Mazlan ( EO di KPM) dan khairi (PKS KKR).


Kenangan di sana yang paling penulis tak boleh lupa apabila penulis dan rakan-rakan terpaksa berkongsi duit untuk membeli sebungkus nasi goreng ( tengah bulan)..huhuhu sedih betul,dulu takleh saving.gaji ikut hari. Setiap hujung bulan pula membawa penulis dan rakan-rakan ke pelbagai tempat untuk release tension. SIC sepang,putrajaya,tesco,Plaza Low Yat,KLCC dan lain-lain lagi naik kancil farid dan nazib. Abang Mat Jaja pula selaku tukang masak kedai dah kenal sangat muka-muka ni beli makanan. Teringat dulu penulis suka sangat makan sup sayur dan lauk paprik..nasi lebih ye bang mat.Ha3!



Manakala di tempat kerja,penulis bekerja sebagai opis boy sementara.Kontrak sambung 6 bulan-6 bulan. Masa tu tak silap penulis dapat sambung 3 kali kontrak. Di situlah penulis mula mengenal apa itu erti kepayahan mencari duit untuk hidup. Pelbagai kerja-kerja pejabat penulis lakukan bermula dari fail hinggalah ke meja urusetia kursus2. Disitu penulis mengenal ramai orang gomen, Encik Nawi,Rashdan,abang din,poji,abang mat,abang hasli dan abang jiji.(ramai lagi sebenarnya).


Penulis pernah menjadi pembantu urusetia di Kuala Terengganu,Port Dickson dan Melaka serta pernah memangku tugas Pembantu Tadbir. Di situlah penulis menguasai sedikit sebanyak kemahiran komputer. Ramai rakan-rakan masa jadi PKS dulu penulis masih hubungi lagi. Mana boleh penulis lupa kenangan "Liga Bola Online"!! Brazil (Abg Mat), Perancis (Adan),Italy ( Penulis), England (Yuzir)dan Belanda ( Jiji)..ha3.Begitulah..kadang-kandang bila mengimbau balik memori dulu terasa tenang sekejap diri ini..Tapi kita perlu pandang ke hadapan. Perkara yang lepas tak perlu dikenang-kenang sangat,cukuplah untuk jadi pengajaran berharga buat diri yang bergelar HAMBA ALLAH.

wassalam.

Rabu, 1 Julai 2009

Apa ada pada bulan Julai @ rejab tahun ini?

Salam kasih sayang kerana Allah..

Kesibukan masa dan urusan duniawi kerap kali melekakan kita sebagai hamba Allah yang mana ia bertanggungjawab atas perlakuannya. Apakah kita semua sudah bersedia menerima satu ketetapan yang hak..iaitu datangnya maut. Apakah kita telah mempersiapkan diri kita dengan amal soleh semasa hidup kita, apakah kita yakin bahawa dosa sesama makhluk itu terampun...berhati-hatilah saudaraku sekalian. Di Mahsyar Allah nanti, ada golongan yang akan menemui Allah dalam keadaan kefakiran kerana sibuknya manusia menghukum manusia dan makhluk Allah yang lain.


Penulis merasakan dunia sekarang berputar terlalu pantas, atau adakah penulis merasakannya seorang diri..Terlalu banyak urusan yang boleh kita selesaikan dalam satu hari ketika waktu dahulu, hanyalah dapat disiapkan kerja tersebut separuh jalan. Apakah Allah mulai menarik nikmat masa sedikit demi sedikit bagi menyedarkan manusia bahawa alam ini sudah terlalu tua dan hanya menunggu hari kehancurannya ( Kiamat) ? Masyaallah..terlalu kerdil rasanya diri ini.

Rejab 1430 datang kembali, bersyukurlah pada Kholiq ( Pencipta). Terdengar dari pandangan ustaz-ustaz mengatakan bahawa kebanyakan kelebihan bulan Rejab ke atas bulan -bulan lain adalah kebanyakan hadis mauduk dan dhoif ( Palsu dan lemah ). Walaubagaimana pun melatih diri berpuasa di bulan2 ini sebelum kedatangan Ramadhan adalah digalakkan terutama Puasa Sunat Isnin dan Khamis.

Ahad, 28 Jun 2009

Berlalunya Kem Bestari Solat Siri 3 2009

Salam Islam,salam kedamaian..
Pada hari semalam 27 hb Jun 2009 ( Sabtu), SKTAR telah mengadakan program KBS siri 3 yang di jalankan di bilik Warden Asrama SKTAR. Program seawal jam 8 pagi itu turut dihadiri oleh hampir kesemua guru-guru Islam di sekolah ini. Panitia Pendidikan Islam merakamkan ucapan jutaan terima kasih tidak terhingga atas kerjasama yang diberikan oleh kesemua pihak yang terlibat termasuk pengawal keselamatan,PPM hinggalah ke pembekal makanan untuk program tersebut.
Kehadiran murid seramai 25 orang dan penglibatan 18 warga SKTAR sangat baik. Penulis mengagihkan kepada 2 slot untuk guru-guru menjadi pemudahcara untuk setiap 3 protege dalam setiap kumpulan ( 1 guru 3 murid) @ 1 slot 6 guru. Seperti kelaziman untuk Pogram KBS, panitia memilih bilik warden asrama berikutan bilik trsebut sesuai dijalankan Kem kerana saiz bilik yang agak besar dan terdapat bilik air serta kemudahan pili paip di kawasan sekitar asrama.
Program yang dijalankan itu turut melibatkan kerjasama dari pihak asrama SKTAR iaitu Pembantu Pengurusan Murid saudara Said Sobri bin Said Kassim, pengawal keselamatan siang asrama, Puan Mariani, dan jamuan pagi dan tengahari disediakan oleh saudara Salleh dewan makan. Semoga jasa baik kalian Allah membalasnya.Amin.
Guru-guru dan murid-murid dijamu pagi dengan hidangan bihun singapore dan makanan tengahari Ikan tenggiri masak lemak dan Sayur Campur.Alhamdulillah kenyang sungguh semua warga SKTAR hari tu.. Guru GPI SKTAR diberi amanat menjadi Kem Komandan sepanjang Kem tersebut berlangsung. Gambar-gambar kem akan penulis dapatkan dari GPI penulis.insyaallah.
Penulis telah berkesempatan menghantar adik Anas bin Ali Zufri ke Perkampungan Orang Asli Pertak kerana beliau tertinggal bas untuk pulang. Penulis merancang untuk mengadakan lagi beberapa program bercorak Islam sepanjang bulan Rejab,Syaaban dan Ramadhan ini untuk memberi kefahaman lebih mendalam murid tentang ajaran Islam yang mulia ini. KAMI BERSYUKUR KERANA MENJADI ORANG ISLAM.alhamduillah

Selasa, 23 Jun 2009

Keajaiban telah berlaku di Palestin

Maklumat ini saya dapat agak lewat. Tapi bolehlah kita tambahkan iman kita bahawa pewaris pejuang itu tidak akan lenyap sama sekali, dan inilah buktinya:

Gaza – Palestinkini (Januari 2009)
: Hospital-hospital di Semenanjung Gaza selama keganasan Israel di sana menerima peningkatan jumlah kelahiran baru yang mencecah dua kali ganda jumlah mangsa meninggal gugur dalam perang tersebut. Pada saat hospital di Gaza tidak berhenti menerima mangsa perang Zionist sepanjang hari, seakan Allah memberikan ganti dan pengibur dari apa yang hilang dari mereka selama keganasan.

Juru cakap Kementerian Kesihatan Hamam Nisman menegaskan bahawa dalam rentang waktu perang antara 27 Desember sampai 17 Januari rumah sakit-rumah sakit menerima 3700 bayi lahir baru dan melepaskan mangsa gugur sebanyak 1366.


Nisman mengatakan kepada wartawan Rabu (11/2) bahawa Gaza menyambut kelahiran bayi baru setiap tahunnya sebanyak 50,000 bayi atau setiap bulannya sama dengan 3000-4000 anak per bulan. Namun pada bulan Januari 2008 angka kelahirannya paling tinggi dibanding bulan dan tahun-tahun sebelumnya.

Dia menyebut peningkatan kelahiran ini adalah Rahmat Allah kepada masyarakat Gaza yang telah kehilangan banyak nyawa. Ia menunding Israel sengaja membunuh kanak-kanak selama dalam perang sebanyak 437 kanak-kanak dan 2000 kanak cedera parah.

Di sisi lain, Profesor Geografi dan demografi di Universiti Al Aqsa Gaza, Dr Yusuf Ibrahim, bahawa Israel menilai tingginya tingkat kelahiran rakyat Palestin merupakan bahaya yang mengancam eksistensi Zionist di tanah Palestin.

Jumlah penduduk Gaza dalam sepuluh tahun terakhir, meningkat hingga 1,5 juta orang atau meningkat 50%. Penduduk Gaza pada tahun 1997 hanya 36% dari jumlah penduduk di wilayah Palestin secara keseluruhan. Namun akibat tingginya tingkat pertumbuhan penduduk menjadi mereka kini menyumbang 40 peratus.

Pusat Statistik Palestin memperjumlahkan bahawa jumlah warga Palestin akan melebihi enam juta orang di tahun 2025 dan di tahun 2021 akan mencapai angka 9 juta. Akibat pertumbuhan penduduk di Semenanjung Gaza berbeza dengan warga Tebing Barat kini hanya 350 ribu orang.

Akademi Palestin menyebutkan, Negara Israel membuat rancangan menghabiskan warga Palestin dengan cara pembunuhan peluru berpandu melalui serangan keganasan tentera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...