Jumaat, 25 Disember 2009

PERAKUAN PENGESAHAN JAWATAN

Salam buat para pembaca blog dari bilik j-Qaf SK Tun Abdul Razak menulis..


Pada hari Isnin bersamaan 21 Disember 2009 penulis menerima satu SMS dari seorang rakan di SK Tun Abdul Razak iaitu puan Shahrom Bee Be binti Ibrahim memberitahu bahawa perakuan pengesahan perjawatan kami telah diterima akan tetapi terdapat beberapa lagi borang yang masih belum diisi dan perlu tindakan segera bagi pihak PPD Hulu Selangor mengesahkan kami sebagai guru tetap. Alhamdulillah..itu yang penulis mampu ucapkan apabila penantian selama kurang setahun dari tarikh lantikan jawatan kami dihantar.


Surat Perakuan Pengesahan Perjawatan

Memang agak terkejut sebab perakuan pengesahan jawatan ni agak awal..ada kes di mana sesetengah guru terpaksa menunggu sehingaa 4-5 tahun berikutan surat pengesahan jawatan mereka gagal sampai ke sekolah atau PPD. Rasa terlalu awal menerima pemberitahuan ini sambil lidah tak henti bersyukur pada Allah. Tarikh sah lantikan penulis pada 1 Ogos 2008 manakala tarikh sah jawatan penulis diperakukan pada 1 Ogos 2009. Ucaan terima kasih tidak terhingga pada pihak yang menguruskan surat menyurat permohonan penulis..Terima kasih pada puan Guru Besar SKTAR, bekas kerani Puan Hashimah, PAR merangkap kerani..encik Shahrin bin Mutalib,kerani baru SKTAR, Mas dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pemprosesan surat ini.


Borang Soalan Keselamatan

Pada keesokannya hari Selasa (22 Disember 2009) penulis menerima panggilan telefon dari GPK Kanan Puan Rokiah meminta penulis datang kesekolah untuk mengambil surat perakuan tersebut. Penulis berjanji akan ambil esoknya ( Rabu) . Sebelum tu penulis pergi ke PPD Daerah Sabak Bernam untuk membeli Borang Tapisan Keselamatan disebabkan borang tersebut habis di PPD Hulu Selangor. Penulis beli 3 borang tersebut dengan RM1 satu borang. Dalam borang tu juga meminta penulis menyiapkan gambar pasport,setem dan dikhabarkan oleh kakak penulis bahawa borang tersebut perlu dipos laju ke Putrajaya dan perlu menghantar 3 borang sama untuk bahagian2 di Putrajaya.Banyak nak kena isi tu..

Borang Akta Pencen KSP Peraturan 35

Keesokannya ( Rabu 23 Disember 2009) penulis memacu jentera penulis ke Kuala Kubu Bharu walaupun malam sebelumnya penulis kena pitam dan masih dalam keadaan pening kepala, mungkin kes lewat makan.. Alhamdulillah..penulis sampai ke pejabat SKTAR jam 11.00 pagi. Disitu terdapat kerja pengubahsuaian dilakukan oleh 3 PPM dan kerani baru SKTAR. barulah ceria sikit pejabat SKTAR ye tak.hehe.. Masa tu hanya ada GPK HEM Puan Hajjah Zaharah yang bertugas di bilik guru jadi penulis berbincang mengenai surat tersebut bersama kerani baru ..namanya Mas.. baru datang semalam. Selamat datang ke SKTAR ye.


Dari apa yang penulis faham dari surat dan penerangan kerani..Penulis terpaksa menunggu beberapa hari lagi sebelum surat dan borang yang belum lengkap dihantar oleh sekolah ke PPD. Borang tersebut adalah keputusan penerimaan perakuan borang tapisan keselamatan dan borang 35 akta Pencen dan KWSP. selepas faham prosedur tersebut..penulis meminta diri pulang dan akan memaklumkan pada Mas untuk follow Up borang Tapisan yang penulis hantar pos Laju ke Purajaya pada malam tadi. Tapi agak risau kerana kakak penulis yang menghantar borang tersebut sebelum cuti panjang November lepas masih belum menerima perakuan dari pihak Kementerian Pelajaran di Putrajaya.


Selepas selesai menaip sendiri borang Akta Pencen KWSP dan mengisi 3 helai borang tapisan keselamatan..barulah penulis dapat berehat sekejap. Esoknya ( Khamis 24 Disember 2009) penulis dan 2 buah kereta akan bercuti ke Cameron Highland dengan kawan2. Penulis menjadi driver pada jentera penulis..tetap unggul membelah jalan bergunung ganang dan mencabar ke sana. Di sana banyak penulis borong sayur-sayur dan makanan. Penulis sempat berhenti di Lata Iskandar dalam perjalanan pulang dari Cameron. Tahun ni sahaja dah 2 kali penulis ke sana..makan angin dan cuti-cuti Malaysia la katakan.


Kebun Bunga Cameron Higland

Penulis selamat sampai ke Sungai Besar tepat jam 8.20 selepas menunaikan solat jamak di masjid Makmuriah SungaiBesar. Tak lama lagi sekolah akan dibuka dan bermakna cuti persekolahan akan berakhir.Bermula lah satu lagi hari-hari yang rutin seperti sediakala adanya..kuakukakua.. rupanya malam tadi lepas hampar tilam dan belek2 mesej sekejap,pukul 10 lebih penulis terlelap ..zzzz . Letih punya pasal.


Berjumpa lagi kita di arena persuratan yang lain..InsyaAllah. Salam Maal Hijrah 1430 Hijrah.

2 ulasan:

Izzah berkata...

salam..
saya sedang serch pasal borang tapisan keselamatan dan terjumpa page nie..
ustaz j-qaf kohot berapa?
saya dari kohot 2007,belum dapat pengesahan jawatan.
yang musykil tu,saya tak pernah diminta untuk mengisi borang tapisan keselamatan kasar (yang kena isi 3salinan)
saya cuma ada mengisi booklet borang keselamatan (borang yang tebal n banyak benda perlu di isi).
tak dapat apa2 feedback pun selepas isi borang tu..
rasa dah hampir setahun isi borang tu...

efika.blog berkata...

salam izzah..

saya kohort 2007 jugak. borang tapisan sebanyak 3 helai tu memang kena isi untuk dapat surat tawaran pengesahan jawatan dari KPM.
Proses tu memang ambik mase, saya dah isi bulan 1 lepas tapi still tak dapat feedback lagi..memang lambat, ustazah boleh dapatkan borang tapisan tu di PPD ustazah.1 borang RM1.00.
borang tu sepatutnye kena isi lepas abis maktab sepatutnye,tapi saya pun lambat isi jugak..syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...