Sabtu, 25 Februari 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Patah tumbuh
Hilang berganti.

Begitulah perumpamaan yang sering kita dengar bila setiap yang hilang pasti ada penggantinya. Sama ada yang mengganti itu sebaik yang pergi terpulang pada yang menilainya. Penulis nak berkongsi kisah selesai usai mesyuarat Agung PIBG pada tengahari tadi yang membawa 20 warga SKTAR ke restoran Komando belakang Maybank KKB untuk menjamu selera pada jam 1.30-2.30 petang. Jamuan diuruskan sepenuhnya oleh Kelab Guru.


Jamuan ini bagi memaklumkan perpindahan terdahulu pada bulan Disember 2011 melibatkan Puan Julie Suriani, puan Zety Hafiza dan Puan Rosnani. Cuma kehadiran puan Julie sahaja yang dapat menghadirkan diri dalam majlis sedu-sedan pada petang itu.hihihi. Zety dan Rosnani tak dapat hadir kerana jauh.
Mereka diwakilkan oleh Julie Suriani.


Manakala perpindahan pada bulan Februari ini melibatkan Guru Besar SKTAR Encik Zulhisham bin Nasir yang bakal bertukar ke SK Antara Gapi bermula 1 Mac ini. manakala Puan Noor Hafiza bt Raub akan bertukar ke PKG Kalumpang, Suami beliau iaitu Ustaz Roslan bin Maydin dikhabarkan akan bertukar ke PKG KKB bermula bulan 4 sekiranya surat diterima.


Penulis dan Cikgu Yusmawi mendengar ucapan pengerusi malis Puan Siti Khadijah yang tak nampak dalam gambar ni

Sebilangan guru wanita

Terima kasih Julie Suriani. makin naik badan.Hati senang le tu.

2 guru yang bakal meninggalkan SKTAR. Encik Roslan menerima cenderamata dari GB yang akan turut bertukar.

PK Kurikulum Puan Rokiahmenyampaikan cenderahati pada GB sebagai tanda kenang-kenangan dari SKTAR. Baru je setahun dua bulan di Tun Razak.(Disember 2011-Feb 2012).tapi apakan daya ini arahan pentadbiran. Semoga cikgu Zul sukses selalu di sana.


SELAMAT DATANG KE TUN RAZAK.

Perpindahan Puan Zety Hafiza, puan Rosnani dan Puan Julie Suriani telah diambil alih oleh 3 guru wanita yang bersemangat waja. Semoga kehadiran anda ke Tun Razak dapatlah memnatapkan lagi saf sedia ada di sini. Ahlan Wa Sahlan wamarhaban bikum. :)

Puan Noor Hafiza binti Ridzuan Jabier

Puan Hafsania
Pertukaran dari SK KKB ke SKTAR. Opsyen Pemulihan Khas.

Ustazah Rogayah binti Abdullah
j-QAF ambilan 2007.

Mesyuarat Agung PIBG 2012

Assalamualaikum w.b.t

Pada hari ini Sabtu 25/2/2012 bertempat di Dewan SKTAR telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SKTAR Kali ke 28. Penulis dipertanggungjawabkan untuk memimpin bacaan doa dan menjadi jurufoto sepanjang waktu tersebut. Majlis berlangsung dari jam 8.30-1.05 petang.



Kehadiran ibu bapa pada kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. dianggarkan seramai 120 orang telah hadir. Segala kerja keras guru-guru nampaknya membuahkan hasil yang baik bilamana setiap perjalanan program sangat baik dan lancar. Tahniah pada semua guru terutama Ustazah Asfarina yang dilantik menjadi Setiausaha PIBG kali ke-2 berturut2. Penulis juga dilantik menjadi bendahari kehormat PIBG kali kedua berturut2..2 lagi guru yang diberi amanah selaku AJK kali kedua ialah Puan Hamidah dan Ustaz Roslan.


Pelantikan baru YDP pada tahun ini ialah Encik A.Mizan yang menggantikan YDP terdahulu encik Aziz bin Angong. Hampir kebanyakan AJK PIBG dari ibu bapa adalah muka baru kecuali wakil dari Buluh Telur dan wakil dari Kerling. Majlis juga sempat mengenang kembali jasa-jasa Bekas YDP terdahulu sessi2010/2011 Allahyarham Encik Rapi bin Bata yang kembali ke Rahmatullah Julai tahun lalu akibat kekejangan otot kepala. Al Fatihah unuk beliau.


Kehadiran yang semakin baik. Siapa kata orang Asli tiada kesedaran?

Sebulat suara.

Encik Zulhisham menyampaikan hadiah pada YB Wong Kun Mun Adun KKB yang mana YB sekali lagi berbesar hati menyumbang RM2000 ke akaun PIBG SKTAR.Alhamdulillah .



Alhamdulillah. Majlis selesai selepas cabutan bertuah. Semakin kukuhlah ikatan ukhwah Fillah antara ibu bapa dan guru demi membanggunkan sahsiah cemerlang di kalangan warga murid Tun Razak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 Tengahari.

SKTAR Cemerlang..cemerlang..cemerlang!

Mesyuarat Pelarasan GPI dan j-QAF 2012

Salam..

Pada 23/2/2012 (Khamis) bertempat di PPD Hulu Selangor KKB telah berlangsungnya mesyuarat pelarasan dan pembugaran j-QAF dan Pendidikan Islam yang dipengerusikan oleh Usta Shamsudin bin Ahmad penyelaras j-QAF daerah. Maklumat telah disampaikan oleh Ustaz Norazman bin Samid dari JPN Selangor selaku Penyelaras induk j-QAF Negeri.

Alhamdulillah banyak perkara yang dikongsikan bersama seperti modul j-qaf, data guru dan perlaksanaan program PBS dan KSSR. Hampir kesemua sekolah hadir dengan menghantar guru sama ada GPI mahupun j-QAF. Mesyuarat berlangsung panjang dari jam 8.45 pagi hingga 1.05 petang.

Slot seterusnya bersambung dengan makluman PEKDIS oleh Ustaz Shamsudin. Pegawai PPDHS yang baru juga sempat memberi kata aluan sebelum mesyuarat bermula sambil disaksikan Ustaz Sabri Penyelaras Pendidikan Islam Daerah Hulu Selangor. Penulis telah menghantar maklumat data yang telah siap diisi oleh KP Ustazah Asfarinadan Ustazah Rogayah di sekolah hari semalam yang telah disahkan oleh PK Kurikulum.


Pembentangan oleh Ustaz Norazman JPN.Khusyuknya Ustaz Fadli dari SK Lembah Beringin.

Amboi ustaz Rohaizad dari SK KKB ade soalan nak ditanya tu.


Mesyuarat tamat jam 2.15 petang sebelum kesemua dijamu dengan makan tengahari yang disedikan oleh PPDHS. Terima kasih. :)

Takraw MSSD 2012

Salam.


Pada 21/2/2012 SKTAR dibawah unit Koko, Encik Yusmawi dan penulis telah menghantar 8 murid ke pertandingan Takraw MSSD di Gesir Tengah. Pertandingan menyaksikan pertarungan sengit regu A yang sekadar mencapai naib juara kumpulan H. Meskipun menang ke atas Seri Keledang B dan berkesudahan rubber set dengan pasukan SK Gesir Tengah.


Manakala regu B tewas kedua2 game..Game pertama tewas dengan SK Btg Kali dan pasukan rakan Sezon..sk Ampang Pecah. Walaupun tahun ini pasukan Takraw gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya,namun penulis berjaya mengesan beberapa bakat terpendam yang akan dicungkil di lain masa.insyaAllah.


Gelanggang Mat Taib Gesir


Pertandingan bermula

Sempat saling bertegur dan bertanya khabar dengan pasukan SK Ampang Pecah

InilahRegu HarapanBangsa
Regu A (Belakang dari kiri : Zulkhairi,Shahdil,Nazrul Ikmal dan Salman Aman)
Regu B (Kiri : Firdaus, Ramli ada SKIL!,Azerin dan Zulkamirul Nizam)

Berehat sebentar


Pasukan Takraw SKTAR 2012 pulang awal sekitar jam 1.05 Tengahari dan selamat menghantar pasukan ke Sekolah dengan selamatnya pada jam 1.30pm. Alhamdulillah.

Sabtu, 18 Februari 2012

Ladap 2012 - Headcount

Salam..

Penulis selaku SU Ladap bagi 4 tahun berturut-turut telah selesai menghandle satu kursus atas permintaan Guru Besar untuk menjemput penceramah jemputan luar. Surat rasmi yang diutuskan pada GB SK KKB 1 Puan Nor Ashikin telah diterima dan dipersetujui.

Maka pada 16 februari 2012 yang lepas bersamaan hari Khamis di Makmal Komputer SKTAR telah selesainya satu kursus berjudul headcount 2012. Jom soroti beberapa foto yang sempat penulis ambil. Semua guru hadir kecuali pn.Saedah yang cuti bersalin dan Puan Hafsania yang mendaftar PHD.


Audiens

Encik Zulhisham GB SKTAR

Pn Ashikin GB SKKKB1

Jamuan di bilik Temuan.

Slot bengkel antar penceramah dan audiens

Bengkel Headount tersebut selesai jam 4.10 petang dan majlis disudahi dengan sesi minum petang bersama guru-guru dan penceramah jemputan di bilik Temuan. Terima kasih pada unit bimbingan dan kaunseling Puan Noor Hafiza bt. Raub atas memudahkan urusan perbelanjaan majlis. Juga terima kasih pada pembekal kantin sekolah Kak Yah yang sudi menyiapkan makan tengahari dan minum petang kami pada waktu tersebut.

Klasiko Sk Tun Razak - Sk Ampang Pecah

Assalamualikum w.b.t

Pada 15 Februari 2012 hari Rabu jam 4.30 petang satu perlawanan tradisi klasiko setiap awal tahun yang berlangsung sejak 2 tahun lalu diteruskan dengan jayanya.


Pertembungan klasiko ini menemukan 2 jagu zon tengah daerah Hulu Selangor dalam acara sukan takraw. Siapa lagi kalau bukan Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah dan SK Tun Abdul Razak. SK A.Pecah dibawah pengurusnya ustaz Zaki Mahmood dan Sk Tun Razak oleh penulis sendiri.

Perlawanan selama 1 jam berakhir jam 5.30 petang itu dimenangi oleh SK Ampang Pecah dengan keputusan 2-1. Tahniah.


Fair Play

Adik Zulkamirul sedang menanduk bola lawan.

Cikgu Rosli. Pk Koku SK Ampang Pecah.

Reaman kuda oleh adik Naszrul Ikmal dari Sk Tun Razak

Penulis sedang menutup mulut..he3 dan cikgu Muzamil dari SK A.Pecah


Perlawanan usai ditamatkan dan dengan rahmat Tuhan Maha Agung hujan lebat bermula menandakan perlawanan ditamatkan setelah selesai game. Terima kasih pada EnZ aki yang sudi hantar satu lagi regu SKTAR ke Kampung Tun Razak berikutan PK SKTAR Puan Jashiah terpaksa balik awal ambik anaknya jam 5 petang.


Rekod Kasiko Takraw :

2010 : Sk. A.pecah
2011 : Sk Tun Razak
2012 : Sk A.pecah


Regu A SKTAR :
-Halim Ajemi t.6
-Salman Aman t.6
-Firdaus Mohd Nor t.6
-Shahdil Aha t.6

Regu B SKTAR :
-Naszrul Ikmal t.5
-Zulkmairul Nizam t.4
-Azerin Sukar t.6
-Rahim Rani t.5

Berjumpa lagi di tahun hadapan.

Ahad, 5 Februari 2012

Fakta Menarik Tentang Rasulullah SAW

Salam semua..
Harini ahad 5 Februari adalah hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad SAW. so penulis nak kita berkongsi sedikit tentang fakta menarik manusia agung yang difirmankan oleh Allah sebagai sebaik2 manusia dan contoh.

Siapa yang tidak mengenali Nabi Muhammad S.A.W terutamanya orang Islam. Banyak kisah kisah kehidupan Baginda ditatapkan dan didokumentarikan. Contohnya dalam Jejak Rasul bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Berikut merupakan fakta unik secara ringkasnya mengenai kehidupan Baginda. Kalau ada kesalahan fakta, minta perbetulkan.



1. Nabi SAW tidak melepaskan tangannya saat berjabat sebelum mitranya melepaskan terlebih dahulu.

2. Nabi SAW tidak pernah mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.

3. Nabi SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.

4. Nabi SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berpikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.

5.beliau tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)

6. Harta Nabi SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.


7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur.

8. Nabi SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.

9. Santapan Nabi SAW yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan kambing.

10. Nabi SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu mempermalukan orang.

11. Nabi SAW merupakan contoh jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.

12. Nabi SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.

13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salju di oase.

14. Beliau tidak pernah sakit gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali sehari.

15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.


Selamat menyambut Maulidul Rasul 12 Rabiul Awal 1433 Hijriah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...