Ahad, 29 Julai 2012

Bacaan Yasin,solat Hajat sempena Ramadhan dan UPSR 2012

 Salam..

Pada 27 Julai 2012 (Jumaat) bersamaan 7 Ramadhan 1433h telah berlangsungnya majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang disertai oleh hampir kesemua warga SKTAR pada jam 8.00 hingga 9.10 pagi tersebut. Alhamdulillah majlis tersebut yang telah dirangka oleh Panitia Pendidikan Islam dan penyelaras UPSR  serta dibantu oleh semua guru-guru dan staf melicinkan lagi program tersebut. Manakala murid moral diselia oleh guru wanita yang tidak terlibat pada hari tersebut. 


Seramai 30 lebih murid Islam dari 42 murid Islam keseluruhan menyerikan lagi majlis bacaan yasin,solat hajat dan dhuha itu. Imam dan pemimpin bacaan yassin diketuai oleh penulis. Nampak gaya tahun ni hanya penulis sorang je yang tinggal lepas Ustaz Roslan berpindak ke PKG KKB awal bulan 4 lalu. Teringat pada ustaz Bakhtiar yang banyak memimpin program sedemikian sejak penulis mula posting sejak tahun 2007.


InsyaAllah pelbagai program Ihyak ramadhan yang dirancang oleh Ketua Panitia Ustazah Asfarina , akan dijalankan sepanjang bulan keberkatan ini.

 Muslimat SKTAR

 Muslimin SKTAR

 Hidup mati kerana ALLAH ! 

 Dirasmikan oleh Guru Besar SKTAR, encik Abdul Rahman bin Abdullah

Inisiatif Badan Kaunseling,kerani Pn Maz dan KP P.I. Tahniah.


Ayuh kita serikan Ramadhan tahun ini dengan amal yang suci hanya untukNya. Adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang, ataupun adakah kita dapat menyempurnakan ibadah berpuasa pada tahun ini.? demi kita yang berada di dalam kekuasaanNya tiada siapa yang mampu menjamin nasib diri. Oleh itu bersegeralah kita merebut peluang yang hanya muncul sebulan dalam setahun.

Ahlan ya Ramadhan!

Ahad, 22 Julai 2012

Sepanjang seminggu (16-21 Julai 2012)

 Salam..

Dirangkumkan mulai tarikh:

 16 Julai 2012 (Isnin)
 -Harini penulis cuti peristiwa sempena hari sukan yang diadakan pada hari Ahad semalamnya. Alhamdulillah selesai. Penulis bergerak ke Rawang dan tanjung malim je sepanjang pagi ni. Cuaca pada petangnya hujan lebat. Rahmat Allah telah sampai. Alhamdlillah :-)

  17 Julai 2012 (Selasa)
-khabarnya pentaksir  kawasan, JPN, KPM dan Nazir nak tengok PAFA seperti yang dimaklumkan oleh Ustazah Asfarina. Pelbagai persiapan fail yang tiptop oleh Ketua Panitia. Syabas. Tapi hingga waktu balik tiada kunjungan dari pihak terbabit. Mungkin telah selesai ketika latihan sukan pada rabu lalu 4/7/12 oleh pentaksir daerah. 

  18 Julai 2012 (Rabu)
-Ramai guru tiada berikutan Kursus KSSR di PKG seluruh daerah. Petang harinya aktiviti Kokurikulum dijalankan seperti biasa. Pembahagian 11 kumpulan TKRS mencari Flora dan fauna di kawasan sekolah. Menakjubkan bila 2 ekor tokek bersaiz sederhana ditangkap. tapi selesai pembentangan dilepaskan semula oleh murid. 

 19 Julai 2012 (khamis)
-Penulis terlibat dengan Kursus LADAP 1m1s di PKG Kalumpang pada jam 8.00 hingga 1.30 tengahari. Kesemua sekolah seluruh Hulu Selangor tiba dengan kebanyakan mereka adalah s/u sukan dan kokurikulum. Penulis dibahagiakandalam kumpulan Sepaktakraw. Pelbagai teknik asas diterangkan oleh JU2 sukan. Bad ping pong yang diminta dalam surat sebenarya tak guna pun.ha3.


 cuma cikgu Yusmadi dari SK Seri Fajar je yang pinjam,kebetulan dia dalam group ping pong dan pembentangan guna bad ping pong penulis.ha3. 

 Dirasmikan oleh Encik Azimi PPDHS unit Sukan.

  20 Julai 2012 (Jumaat)
 -Panitia Pendidikan Islam mengumpulkan semua murid Islam untuk sesi penerangan dan tazkirah pra ramadhan. pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Ramadhan ini. InsyaAllah. Majlis pot luck turut diadakan pada waktu rehat. Nyamp2. ;-)



21 Julai 2012 (Sabtu)
 Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Balik kampung. Pergi Bazar Ramadhan dan berkumpul semula bersama keluarga dan adik beradik.

Begitulah serba sedikit diari penulis sepanjang minggu Julai 2012 ini. Berjumpa lagi di lain masa. InsyaAllah. 

Rabu, 18 Julai 2012

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum...

 

Alhamdulillah..berkesempatan lagi kita menempuhi bulan penuh keampunan,rahmat dan pembebasan dari api neraka. Janganlah kita persiakan Ramadhan yang tiba ini dengan perkara yang mungkar. Penulis mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433 Hijriah . InsyaAllah Panitia P.Islam SKTAR akan merancang beberapa program dan pengisian melibatkan semua murid islam di sekolah ini.


 

Ayuh kita kejar Ramadhan kali ini, Kita tidak mengetahui sama ada kita semua diberi lagi kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang akan tiba kelak.

Ahad, 8 Julai 2012

Mensyukuri nikmat mata

Alhamulillah..

kali ni penulis saja nak berkongsi tentang nikmat terbesar dalam pancaindera yang Allah kurniakan pada kita..jom soroti..


Asalmu dari tanah, kembalimu dari tanah.. apa beza kita dengan penciptaan kejadian binatang? lalu dilahirkan ke dunia, diajar mengenal Allah, mengenal Al-Quran, diajar mengenal Rasulullah saw!


Tapi kenapa sekarang kita berubah? kita lupa, leka dan lepas pandang akan segala-galanya. Lihatlah anugerah mata ini, sering digunakan untuk melihat benda yang haram, mengintai-ngintai, tercari-cari kesalahan orang lain. Lalu berkompromi dengan mulut untuk menyebarkan aib.


Sedarkah? Mata ini bukan hak kita tetapi ia hanyalah sebagai amanah dan pinjaman dari Allah swt. Kufurlah nikmat jika mata kita ini diciptakan hanya untuk dipejamkan dan dicelikkan untuk hal-hal tertentu sahaja sehingga kita membiarkan diri selamanya dalam kejahilan. Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur dan setiap mata terbuka, belum bererti ia melihat. Begitulah juga anugerah mata ini, melihat bulan menerangi malam, sehingga lupa ilmu mendekati Allah sahaja yang dapat menerangi hidup ini di dunia dan di akhirat. Allah yang menciptakan mata ini, Allah sahaja yang tahu apa terbaik untuk hambanya, mengapa kita masih degil, ingkar dan kufur? Terfikirkah kita secara tiba-tiba Allah swt tarik nikmat mata ini, apakah kita kian dekat denganNYA atau kian jauh dariNYA?


Ingatlah kata-kata Imam Al-Ghazali : Di dunia ini yang paling dekat dengan kita adalah mati, yang paling jauh dari diri kita adalah masa lalu, yang paling besar di dunia ini adalah nafsu, yang paling berat adalah memegang amanah, yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat dan yang paling tajam adalah lidah manusia.
 
 
-Lately ni penulis tak putus2 terfikir tentang nikmat mata..Pahala cash bila kita memikirkan ciptaanNya dan ia memudahkan kita untuk membaca al-Qur'an bahkan ia juga mampu memberi dosa cash  bila melihat aurat yang tak berhak. so fikir-fikrkan bersama ;-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...